Monday, 24 September 2018

[Video Hahaha ini kelaka wey Nogori Sembilan Part 2 PRK PD & Sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Umno] BN boikot PRK Port Dickson.

Isnin, 24 September 2018

BN boikot PRK Port Dickson

BN boikot PRK Port Dickson
Barisan Nasional (BN) memutuskan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada Oktober depan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Maka kami mengambil keputusan bahwa BN akan boikot PRK PD.
“Ertinya kita tak akan letakkan calon mewakili BN atau atas nama BN,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik di ibu negara hari ini.
Kerusi Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan dan hari penamaan calon pada 29 September.
Terdahulu, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat Umno tidak perlu terlibat dalam pilihan raya kecil parlimen Port Dickson.
Ia antaranya bagi menumpukan usaha pemulihan parti dan melakukan kajian mendalam terhadap sokongan terhadapnya di seluruh Malaysia.
Setakat hari ini PRM mengumumkan akan meletakkan calonnya di PRK Port Dickson.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena