Monday, 24 September 2018

[Video PERDANA MENTERI DI LONDON-Rakyat Malaysia di UK Hadir Sesi Dialog Bersama Tun] Lepas satu, satu. Syed Ali Alhabshee pula keluar Umno & KJ bimbang lebih ramai keluar Umno.

Isnin, 24 September 2018

ARAB PUN TARIK DIRI, TAK MINAT LAGI?

Syed Ali Alhabshee pula keluar Umno

Lepas satu, satu.
Hari ini Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula mengumumkan keluar Umno sebentar tadi.
Bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu dilapor mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Cheras hari ini.
Beliau memberi alasan “demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan”.
Kelmarin beliau dilihat hadir dalam sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (AMANAH) di Temerloh.
Syed Ali terkenal sebagai seorang pemimpin Umno yang lantang dan terkedepan mengkritik Pakatan Harapan sebelum ini.
Tindakan drastik itu Syed Ali itu dibuat selepas enam anggota parlimen Umno berbuat demikian selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.
Mk.

KJ bimbang lebih ramai keluar Umno

Khairy Jamaluddin menekankan kepentingan perhimpunan agung parti Umno (PAU) Sabtu ini bagi memulihkan Umno.
“Perhimpunan agung Umno hujung minggu ini adalah turning point (detik perubahan) untuk parti kita.
“Jika PAU tidak berjaya memberi hala tuju yang jelas kepada ahli parti dan rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari Umno,” tulis bekas ketua Pemuda Umno di Twitter.
Beliau berkata demikian selepas Ketua Umno bahagian Cheras yagn juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengumumkan keluar parti hari ini.
Tindakan drastik pemimpin lantang itu dibuat selepas enam anggota parlimen Umno berbuat demikian pasca pilihan raya umum 9 Mei lepas.
PAU yang bersidang pada 29 Disember depan adalah yang pertama bagi Umno setelah bergelar pembangkang.
Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini adalah ‘turning point’ untuk parti kita. Jika PAU tidak berjaya memberi halatuju yang jelas kepada ahli parti & rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari UMNO.

2 comments:

nick said...

Penyamun2 berlumba2 terjun menyelamatkan diri dari kapal yang nak karam. Ada aku kisah? Aku kisah sebab mmg harap sangat kapal UMNO dan BN cepat2 karam dan langsung tenggelam tak timbul2.

Nick.
cape Tiger.

P.s - Jangan ada parti2 PH yang hulur tangan nak selamatkan penyamun2 tu. Biar je Parti lebai amik penyamun2 tu.

azhar rangkuti said...

Dahan tempat berpaut sudah patah
Tak lama lagi, pohon akan rebah

Kantung pun semakin kontang
Alasan perlu dicipta
Jalan perlu dicari
Untuk menyeberang ke padang yg lebih subur menghijau

Kalau tidak;
Hidup mewah akan bertukar menjadi payah
Tidur malam pun takkan lena
Mengenangkan nasib yg dah berubah

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena