Semua anggota MIC Labuan keluar parti, sokong Dr M
MIC bahagian Labuan hari ini bubar selepas semua anggotanya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti dan mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mulai hari ini.
MIC Labuan yang ditubuhkan pada 1986 sebaik sahaja Umno dan MCA melebarkan sayapnya ke Labuan, mempunyai lima cawangan dengan 336 anggota di pulau itu.
Bekas Pengerusinya Datuk Ramasamy Rengasamy mengumumkan keputusan parti itu selepas bermesyuarat dengan semua anggotanya bagi memutuskan halatuju politik komuniti india di Labuan hari ini.
Beliau mendakwa keputusan dibuat selepas pihaknya berunding dengan ibupejabat MIC.
“Kami merumuskan satu resolusi berhubung pendirian politik kami, di mana demi kepentingan komuniti India di sini, kami memilih untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan semasa,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan mesyuarat selama kira-kira dua jam dengan pemimpin-pemimpin MIC Labuan dan anggotanya di Hotel Lazenda di Wilayah Persekutuan Labuan.
Ramasamy berkata bekas pemimpin-pemimpin MIC Labuan serta anggotanya belum membuat sebarang keputusan parti komponen mana dalam Pakatan Harapan (PH) yang akan disertainya, namun keputusan akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.
- Bernama
Mk
2 comments:
Dlm dunia ni. Betul2 Satu watak je yg org nampak romantic, Tapi bodoh tahap gaban. Rose dlm cerita titanic. Dia Dah duduk dlm bot keselamatan, Dia boleh lompat balik ke kapal Yg sedang karam. Mcm tu juga la politik Malaysia... Banyak Yg mula lompat keluar Dari bot Yg sedang karam Akibat keputusan nakhodanya Yg melabuhkan sauh ketika layar sedang kembang... Tapi ade geng suci dgn bangganya lompat Dari bahtera yg terapung dgn Selamat. Mungkin kuasa Yg mana esa nak menunjukkan sesuatu Kat kita. Mereka juga lupa akan Pesanan seorang yg menyatakan jgn kita dipatuk ular Yg sama. TaK Tau Sana ade president dia bijak atau...... Entah la. Kutuk lebih2 kang, walaun Kata Aku ni murtad... Padahal Aku maki pas, bila masa plak aku kutuk agama sendiri....
Halo semua orang yang anda ingin mendapat kredit untuk memecahkan kebuntuan di bank, dengan penolakan kredit fail permohonan anda. mengambil aktiviti anda; Pembinaan rumah anda; Rumah atau pangsapuri; Etc. Pembelian Rumah kredit - PERKHIDMATAN PINJAMAN Federa adalah berkhidmat untuk anda boleh menyediakan 100 EURO..1000 .. 10000 ... EURO 7,500,000 EURO kepada semua orang yang berada dalam keperluan kewangan atau khas yang ingin mempunyai pinjaman dalam tempoh yang singkat. Bagi kadar faedah antara 1.4% hingga 3% bergantung kepada amaun yang kena dibayar .Bagi Maklumat Lanjut sila hubungi: Email: [ F E D E R A L O A N @ G M A I L. C O M ] atau whatsapp / panggilan + 1 8 4 5 7 3 1 5 7 1 6
Post a Comment