Thursday, 29 November 2018

[Video Isu kuil-PEGUAM KATA MENTERI PERPADUAN (Waytha Moorthy) DANGKAL] Husam tuntut kerajaan Pas-Kelantan MOHON MAAF & Bayar ganti rugi! Polis Evo 2: Pemimpin PAS kena MINTA MAAF.

Jumaat, 30 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Saya bersyukur dengan langkah tidak semena-mena Kerajaan Kelantan menarik balik larangan memasuki Kota Darul Naim ke atas sebilangan orang termasuk saya dan Cik Gu Wan Abdul Rahim.

Ternyata langkah sekatan itu tidak bersandar kepada undang-undang. Ia adalah tindakan politik untuk mengacau hak kebebasan mangsa-mangsa serta cubaan untuk memalukan pihak terlibat.

Saya dengan ini menggesa Kerajaan Kelantan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi atas aib yang ditimpakan kepada semua pihak berkaitan, termasuk Pengerusi Amanah Kelantan, Tuan Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Jika tidak, mungkin saman malu dan tuntutan ganti rugi boleh difailkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Sekian.
Husam Musa
29 November 2018

Polis Evo 2: Pemimpin PAS kena minta maaf

Antara punca yang mendorong gerakan menggesa Polis Evo 2diboikot adalah disebabkan lakonan Hasnul Rahmat yang memegang watak Hafsyam atau Saif - lelaki antagonis berserban dan menggunakan Islam sebagai tunggangan.
Rasa kurang senang itu menyebabkan ada pemimpin PAS mengajak anggota parti itu memboikot filem berkenaan dan melabelnya sebagai sampah.
Ia berlaku kerana watak Saif yang dipercayai dilihat sama dengan presiden mereka.
Antara yang terawal menyebar dan mengajak rakyat untuk memboikot filem ini ialah Riduan Mohd Nor atas alasan filem itu memalitkan kejahatan dan keganasan itu berpunca daripada Islam.
Ridhuan juga memberi contoh filem Sicario 2 yang juga dianggapnya sampah lalu disamakan dengan Polis Evo 2.
Amat pelik apabila Ridhuan menyatakan Sicario 2 begitu dan daripada gaya penulisannya dia seperti sudah pun menonton filem berkenaan.
Namun untuk Polis Evo 2, Riduan melabelnya sampah hanya dengan membaca sinopsis.
Saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus menonton filem ini. Polis Evo 2 berjaya mengangkat dan menghargai jasa Polis Diraja Malaysia yang berbakti kepada negara.
Polis Evo 2 juga mengangkat pejuang Islam yang sebenar dan menunjukkan Islam itu rahmat untuk seluruh alam!

HAZMI HASSAN ialah ketua Pemuda Amanah Kelantan.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena