Sunday, 25 November 2018

[Video BUKAN RUSUHAN antara orang Melayu dan India! Penjelasan Sebenar Rusuhan Kaum di Kuil Sri Maha Mariamman] Rusuhan di kuil: MB beri amaran jaga mulut.

Isnin, 26 November 2018
Foto Otai BERSIH.
Lebai Hadi kantoi pon Walaun hati tetap sokong n spin 360 kata cai Ph fitnah..kikiki

Rusuhan di kuil: MB beri amaran jaga mulut

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan atau membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan kaum dan agama di negeri itu.
Peringatan itu turut dibuat terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, susulan insiden rusuhan di sebuah kuil lama di Subang Jaya, awal pagi tadi.
Amirudin berkata rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights itu cukup mengecewakan beliau.
"Saya dah bagi kenyataan supaya jangan ada pihak-pihak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris terutamanya yang mampu menimbulkan rasa kurang selesa (antara kaum).
"Saya berasa amat sedih dengan apa yang berlaku dan berharap tindakan tegas dapat diambil kepada mereka yang memulakan dan mereka-mereka yang menimbulkan suasana yang kurang baik dan kurang harmoni sebagaimana kejadian pagi tadi," katanya kepada pemberita di di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.
Malaysiakini pagi tadi melaporkan keganasan meletus di luar kuil Seafield Sri Maha Mariamman. Sekurang-kurangnya sebuah lori pikap diterbalikkan khalayak yang marah.
Insiden kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil, yang berusia lebih 100 tahun.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena