Thursday, 22 November 2018

[Video Timb Menteri persoal k'jaan T'ganu roboh rumah tradisi berusia 118 tahun] Patriot: Pihak mana dapat faedah jika berlaku rusuhan kaum?

Jumaat, 23 November 2018
Image may contain: text and outdoor
Rumah pusaka Kampong Tanjung akhirnya dirobohkan.
Rumah pusaka Kampung Tanjung akhirnya diroboh
KUALA TERENGGANU - Satu-satunya rumah warisan bercirikan seni bina Melayu tradisional di Kampung Tanjung, di sini dirobohkan pihak berkuasa setelah penghuninya masih enggan keluar dari situ.
Tindakan merobohkan kediaman itu dilakukan kira-kira jam 9 pagi tadi oleh dua buah jentolak.
Ketika kediaman itu dirobohkan, pemiliknya, Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, ada di rumah itu.
Kekecohan yang berlaku ketika kerja-kerja merobohkan rumah itu menyebabkan orang ramai turut mengerumuni kawasan itu.
Menurut Wan Mokhtar, beliau diberikan notis mengosongkan kediaman yang dibina sejak awal 1900 itu, tiga hari lalu.
Katanya, sebelum ini, beberapa notis arahan supaya mengosongkan kediaman yang telah diberikan, namun, beliau enggan patuh atas sebab pampasan yang diberikan tidak setimpal.
"Saya tidak mahu keluar kerana ini adalah rumah saya dan pampasan yang dijanjikan akan diberikan sebanyak RM20,000 tidak memadai.
"Walaupun ia telah dirobohkan, tuntutan hak saya berkenaan kediaman ini diteruskan di mahkamah dan akan terus berjalan," katanya.
SH.

Patriot: Pihak mana dapat faedah jika berlaku rusuhan kaum?

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini membidas gabungan baru NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang didakwa cuba melakukan provokasi kebencian dan menghasut rusuhan kaum.
Menurut Presiden Patriot, Mohd Arshad Raji, kumpulan itu ibarat mangsa lemas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri, termasuk menghancurkan negara.
“Mereka menunjukkan perangai samseng dan kelakuan seperti orang yang tidak bertamadun dengan berniat menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat.
“Pihak manakah yang mendapat faedah jika berlaku perselisihan faham di antara kaum, jawapannya jelas.
“Ada segelintir pemimpin daripada pentadbiran terdahulu menanti perbicaraan dan sedang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini tanpa menyebut sebarang nama tetapi jelas merujuk kepada pemimpin Umno.
Seghubungan itu, bekas pegawai kanan tentera itu mahu pihak polis, khususnya ketua polis negara supaya memantau ucapan atau pesanan tular berbaur kebencian daripada pihak yang ingin menimbulkan masalah.
“Mereka ini dalam keadaan terdesak, dan diumpamakan seperti mangsa lemas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri, termasuk menghancurkan negara,” katanya sambil menambah tindakan segera perlu sebelum perkara berkenaan menjadi lebih serius.
Arshad berkata, kelantangan ucapan berbaur hasutan, pesanan tular yang memprovokasi kebencian dan demonstrasi yang dirancang diadakan pada 8 Disember seperti dilaporkan media dilihat amat membimbangkan.
“Patriot melihat ada kemungkinan protes anti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) akan digunakan untuk mencetuskan rusuhan dan huru-hara dalam negara.
“Insiden seperti protes anti Icerd walaupun perdana menteri sudah memaklumkan Malaysia tidak akan meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan terhadap pemimpin dan ‘bangsa’ DAP, tuduhan timbalan menteri pertahanan sebagai perisik DAP dan menteri kewangan menyalurkan dana pelajar Melayu kepada tokong Cina; perkara ini semua dilihat mempunyai hubung kait dan bukan insiden terpencil.
“Kebebasan bersuara ada batasnya, walaupun di era Malaysia Baharu. Ucapan dan mesej oleh pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan, Gagasan 3 yang tular disasarkan untuk melakukan provokasi kebencian dan menghasut rusuhan kaum,” katanya.
Menurut Arshad, pemimpin G3 ini tidak pernah dilihat memperjuangkan isu kepentingan nasional dan tidak mampu mengutarakan isu berkaitan bangsa dan agama dengan cara yang bijak dan beradab.
Rabu lalu, G3 mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.
G3 mendakwa isu Icerd dibawa oleh oleh Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang sebagai agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.
Kit Siang turut didakwa sebagai bapa perkauman yang membawa “agenda ala Zionis”.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena