Wednesday, 21 November 2018

[Video AMANAH menjadi kerajaan kerana kita bersama PKR, DAP dan Bersatu] ICERD: PM kena jawab di Parlimen, jawapan Waytha Moorthy gagal.

Rabu, 21 November 2018

AMANAH menjadi kerajaan kerana kita bersama PKR, DAP dan Bersatu
AMANAH menjadi kerajaan kerana kita bersama PKR, DAP dan Bersatu,jika Amanah bersendirian tidak akan mengecapi apa yang di cita – citakan untuk menjadi sebahagian dalam kerajaan yang memerintah sekarang.

MD.
ICERD: PM kena jawab di Parlimen, jawapan Waytha Moorthy gagal

ICERD: PM kena jawab di Parlimen, jawaban Waytha Moorthy gagal



Sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius mahu isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) reda, seharusnya Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjawab dan menjelaskannya di Parlimen, kata Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Katanya, P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memang gagal.
“Jawapan beliau di Parlimen mengelirukan rakyat, lagi pun ada perbezaan pendirian antara PM dengan menteri.” Katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman facebooknya.
Di sidang APEC, PM berkata ICERD mustahil dilaksanakan kerana ia melibatkan pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga, tetapi Waytha Moorthy kata ia tidak perlu dan tidak melibatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“PM cakap lain, Waytha lain, Anwar lain, Ketua Pemuda AMK lain dan Menteri Agama pun cakap lain. Apakah PM sengaja membiarkan isu ini dipolemikkan sebagai escapism?


“Hanya akan terjawab kalau PM yang cakap di Parlimen dan beri kata dua kepada Waytha supaya hentikan “roadshow kosultasi” yang mahu dilaksanakan.

“Rakyat juga tertanya-tanya apa muslihat PM lantik Waytha sebagai menteri yang menjaga perpaduan sedangkan mustahil PM tidak tahu tuduhan palsu Waytha di Belanda itu.”
Ujarnya, di Parlimen Waytha menjelaskan, kenyataan di Belanda itu ditujukan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu.

“Bukankah daripada 61 tahun pemerintahan BN itu, Tun M menjadi PM selama 22 tahun dan tiga tahun sebagai TPM.

“Waytha kena lebih spesifik, berapa banyak kuil yang dirobohkan dan berapa ramai orang India yang dipaksa memeluk Islam selama 22 tahun Tun M menjadi PM. Ada ke tak ada?
“Apa tindakan Waytha, sejak PH memerintah Selangor dari 2008, hampir 22 buah kuil Hindu telah dirobohkan. Apakah itu diskriminasi kaum?”

Tegasnya, kalau PM tidak buat arahan “full stop” kepada ratifikasi ICERD, dibimbangi ramalan ahli nujum wanita daripada Thailand kononnya akan berlaku rusuhan besar di Kuala Lumpur bulan Disember nanti akan menjadi kenyataan.

Malaysia dateline.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Idup lagi Dia ni... kenapa umno reject ko dari jadi calon. Tau tak bleh menang... Jenis Muka Kaki kipas Dan juga Muka suwey... Honestly....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena