Sunday 16 December 2012

Konvoi HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT Peringkat Negeri Perak

Bandar Seri Iskandar, Perak  Ahad 16 Disember 2012

Konvoi HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT Peringkat Negeri Perak dari DUN Manjoi ke Bandar Seri Iskandar telah disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat sebentar tadi. Pelancarannya bermula berhampiran Stesen Minyak Caltex Taman Meru kira-kira jam 2.30 petang. Menurut Pengarah Konvoi En. Zairul Azrun Zainal Abidin Ketua Pemuda Pas Kawasan Tambun fasa pertama konvoi dari Taman Meru ke Stesen Minyak Petronas Batu Gajah Perdana. Kemudian fasa kedua konvoi terus ke Bandar Seri Iskandar. Peserta konvoi terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat Kawasan Tambun, juga merupakan pendokong gagasan PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA.

Menurut En Ahmad Khair Faizal bin Yahya Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru, Konvoi Kebangkitan Rakyat dari Taman Meru disertai 35 kereta dan 40 buah motosikal. Perjalanan konvoi memakan masa 30 minit. Setelah melalui perjalanan  sejauh 20 km peserta konvoi bergabung dengan peserta konvoi fasa kedua. Menurut jurucakap urus setia konvoi, setelah digabungkan peserta konvoi bertambah ramai dan mencecah 20 motosikal berkuasa tinggi, 80 buah motosikal, dan 80 buah kenderaan. En Ahmad Khair Faizal merakamkan terima kasih kepada peserta konvoi Pakatan Rakyat yang telah memberi sokongan padu sebelum menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. Keseluruhan konvoi selamat tiba di Bandar Seri Iskandar tepat jam 4.00 petang setelah berkonvoi sejauh 40 km. Seterusnya peserta konvoi ke masjid berhampiran untuk bersolat Asar.

Hasil tinjauan dan temuramah blogger kebanyakkan peserta konvoi pada hari ini berhasrat akan menghadiri Himpunan Sejuta Rakyat di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai semangat yang kental, terutamanya orang muda generasi-Y dalam era maklumat di hujung jari. Mereka turut berbangga menjadi sebahagian pelakar sejarah tanahair.

Unit Komunikasi Pas Taman Meru turut membantu dalam aspek teknikal dan membekalkan 8 set hd untuk kegunaan petugas konvoi menyelaraskan trafik dan perjalanan serta keselamatan peserta.

Sebelumnya, Tn Hj Asmuni turut menasihati peserta konvoi agar memandu dengan berhemah serta patuhi peraturan di jalan raya. Beliau teramat teruja dan bersyukur kehadrat Allah swt kerana konvoi kali ini disertai 80 peratus orang muda. Tahniah orang muda, yang berani membuat perubahan.

Pada sebelah malamnya, kehadiran orang ramai mencecah 30,000 orang. Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perak diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Idris Ahmad AJK Pas Pusat sehingga jam 12.30 malam. Himpunan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

*Upload video akan menyusul.

En Ahmad Khair Faizal Setiausaha Pas Kawasan Tambun/Ketua Pas Cawangan Taman Meru menyerahkan bendera pelepasan konvoi  kepada Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat petang tadi.


















































!




























Takbir  Allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena