Friday 31 October 2014

[Video] BN Menang KEDAH Senang 'Berjoget Tengah Sawah' jam 12.30 tengah malam di Pendang...

Sabtu, 1 November 2014


Berjoget tengah sawah

Pengunjung dan pelayan leka menari.

PENDANG - Jika dari luar, kedai makan ini dilihat tenang di tengah sawah, namun siapa sangka pada malamnya ia dijadikan tempat hiburan.

Tidak punya papan tanda, kawasan kedai makan itu kelihatan meriah dengan pengunjung yang kononnya datang untuk menjamu selera dan itu antara helah yang digunakan pengusaha untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 12.30 tengah malam mendapati, kedai tersebut menyajikan tarian mengghairahkan dan minuman keras kepada pengunjung beragama Islam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pengunjung dalam lingkungan 50 tahun, hanya ingin dikenali sebagai Mat.

Atas sebab keselamatan, dia tidak mahu identitinya didedahkan dan enggan gambarnya dirakam.

"Kebiasaannya, kedai ini akan ramai pada malam Jumaat, pengunjung yang datang akan dilayan oleh pelayan kedai tersebut dengan berpakaian seksi."

"Setiap layanan yang diberikan, mereka akan menerima tip sebanyak RM30," katanya.


Minuman keras yang disediakan kepada pengunjung Muslim.

Jadi tempat lepak

Katanya, selain minuman keras, kedai makan ini juga menyajikan air berkarbonat dengan harga RM7 sebotol.

"Harga yang dijual memang mahal, kalau ikutkan memang Mat tidak mahu datang sini, mahal sangat, tapi sebab bosan, Mat datang la sini."

"Mat selalu datang kedai ini dengan kawan pada jam 11.30 malam, lepas habis kerja. Sinilah tempat kami lepak," katanya.

Mat berkata, pelayan perempuan dalam kedai tersebut berumur lingkungan 27 hingga 40 tahun.

"Biasanya, mereka akan menggoda dengan aksi mengghairahkan," katanya.

 Pelayan yang menari berpelukan melayan pengunjung.

Suami abai tanggungjawab
"Perangai suami saya berubah sejak berkunjung ke situ, setiap kali dapat gaji dia akan ke kedai makan tersebut untuk berjoli dengan perempuan seksi."

Itu keluhan seorang wanita mendakwa suaminya kerap berkunjung ke kedai makan yang menyediakan khidmat pelayan.

Wanita berkenaan menceritakan keadaannya kepada Sinar Harian selepas tidak sabar dengan kerenah suami yang sering mabuk dan berfoya-foya dengan pelayan kedai terbabit.

Ibu kepada anak lima itu berkata, sejak belakangan ini, suaminya kerap mengunjungi kedai berkenaan dan hanya akan pulang awal pagi.

Bukan  setakat itu, katanya, suami yang juga pekerja projek turut mengambil minuman keras yang didakwa boleh diperoleh secara mudah di kedai terbabit.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Aminah (bukan nama sebenar) berkata, kehidupannya semakin tertekan apabila sering dipukul suaminya.

“Setiap kali saya minta duit untuk beli barangan dapur dan belanja sekolah anak-anak, suami akan naik angin dan menengking dengan kata-kata kesat.

“Sejak berkunjung ke situ, dia jadi seorang pemabuk dan lupa tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

Katanya, dia hanya mampu berdoa semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada suaminya.


Polis tumpas premis

Bertindak atas aduan, polis Kedah menyerbu pusat hiburan yang menawarkan minuman keras bersembunyi di sebalik kedai makan di sempadan Pokok Sena - Pendang jam 1.15 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, semakan mendapati, penjaga premis gagal mengemukakan lesen hiburan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Polis turut menahan seorang penjaga dan seorang  pelayan wanita berumur 27 tahun yang terbabit.

"Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Seramai 14 pengunjung turut disiasat melibatkan 12 lelaki Melayu dan dua wanita Melayu. Semakan dibuat mendapati, mereka tiada rekod jenayah,” katanya.

Mohd Nashir berkata, pihaknya turut merampas beberapa peralatan antaranya dua komputer, dua pembesar suara, satu mikrofon, satu amplifier dan satu unit mixer. -SH


Posted By Green Boc

Read More

Yesss!...Kenapa asyik Anwar yang selalu kena? Pemerhati luar berasa pelik...

Jumaat, 31 Oktober 2014
Photo: Yesss....!!!!
Yesss....!!!!

Pemerhati Luar Pelik Kenapa Asyik Anwar Yang Selalu Kena?

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Australia, Elizabeth Evatt, hairan dengan motif di sebalik pendakwaan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan liwat.

Evatt, yang menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan hakim Mahkamah Persekutuan negara itu tertanya-tanya mengapa undang-undang itu hanya digunakan ke atas Anwar.


Wanita 81 tahun itu berkata, tidak ramai individu didakwa atas kesalahan meliwat di Malaysia, dan kebanyakan kes itu hanya melibatkan Anwar.

Beliau juga berkata, undang-undang mengenai kesalahan liwat itu mendiskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.

"Ini adalah tinggalan sistem perundangan British yang sudahpun dimansuhkannya,” kata beliau.

Ditanya sekiranya beliau mengesan apa-apa campur tangan dalam prosiding tersebut, Evatt berkata beliau tidak melihat kejadian seperti itu setakat ini.

"Saya fikir, kita perlu tunggu keputusannya," tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati antarabangsa, Danthong Breen berkata isu yang dibangkitkan dalam rayuan itu juga menimbulkan keraguan munasabah, yang membolehkan pembebasan dari sabitan.

“Sekiranya keraguan dapat dibuktikan, itu sudah cukup untuk mendapatkan pembebasan,” kata wakil Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu.

Kedua-duanya merupakan antara lima orang pemerhati yang hadir di persidangan Mahkamah Persekutuan.

- mkini
BLM
Read More

[Video] Kedah 'sekali' lagi! Puting beliung, 20 rumah rosak teruk...

Jumaat, 31 Oktober 2014

Lagi puting beliung di Kedah - 20 rumah rosak teruk





Pautan kekal imej terbenam

DI KEPALA BATAS, JITRA

ORANG ramai melihat rumah yang rosak teruk akibat dilanda puting beliung dekat Alor Setar, Kedah hari ini. 

ALOR SETAR - Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di beberapa kawasan di daerah ini termasuk Kampung Sungai Baru, Kampung Batin, Taman Inang dan Mergong rosak teruk akibat puting beliung dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Di Kampung Sungai Baru di Jalan Kuala Sungai di sini sebuah rumah ranap manakala sembilan lagi mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.
Seorang mangsa, Mohd. Nizam Hamzah, 46, berkata, dia sempat merakamkan pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya.
"Hampir keseluruhan bumbung rumah saya diterbangkan angin.
"Saya juga nampak pusaran angin menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Baru di sini hari ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati puluhan rumah rosak dan banyak pokok tumbang dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan - Kosmo
Sumber: Mimpi Senja
Kedahkini
Read More

[Video] TEMBAK-MENEMBAK DI PENAMPANG SABAH pulak dah!

Jumaat, 30 Oktober 2014


Kes Tembak Menembak Di Penampang, Rompakan Bersenjata Di Servay, Penampang Baru, Tembak Menembak Di Survey Penampang Baru, Berita Terkini Kes Tembak Di Penampang Sabah 30 Oktober 2014
kes tembak penampang sabah

Satu insiden tembak menembak di kawasan premis rumah kedai di Penampang Sabah membabitkan sepasukan polis dengan suspek dipercayai perompak bersenjata mengemparkan orang ramai yang berada berdekatan lokasi tersebut.

Difahamkan orang ramai disitu terdengar bunyi beberapa das tembakan dan akibat terkejut menyebabkan mereka bertempiaran lari.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.10 petang Khamis 30 Oktober 2014 dimana sepasukan polis dilihat mengepung beberapa blok rumah kedai di lokasi tersebut selepas berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan individu perompak bersenjata.

Orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian sempat merakamkan gambar situasi dan dikongsikan bersama pengguna laman sosial.

Berdasarkan salah sekeping gambar yang disebarkan di laman sosial itu kelihatan dua individu terbaring kaku di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Daripada info laman sosial mendakwa dua individu disyaki perompak terbunuh dalam insiden berbalas tembakan tersebut

Gambar Kes Tembak Menembak Di Penampang Sabah
Berikut adalah beberapa keping foto yang diperolehi dari laman sosial, memaparkan keadaan di lokasi kejadian terkawal selepas insiden berkenaan.

gambar kes tembak penampang sabah

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/berita-terkini-kes-tembak-di-penampang-sabah-30-oktober-2014.html#ixzz3HifaHk68
Read More

[Video] Anwar: Shafee lebih minat bangkit perkara 'ghairah'

Jumaat, 30 Oktober 2014


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak di pihak pendakwaan lebih berminat untuk mencemar nama baiknya dan bukan menangani hujah pembelaan.

"Apa yang dilakukannya adalah membangkitkan perkara mengghairahkan untuk (dimainkan oleh) Utusan (Malaysia) dan TV3.

"Pemahaman saya ke atas amalan (guaman) ini, beliau sepatutnya menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembelaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan rayuan sabitan Liwat II ditangguhkan tengahari ini.

Katanya, pasukan pembelaan beliau menjalankan “tugas cemerlang” namun Shafee tidak menjawab hukah yang dikemukakan berhubung bukti DNA.

Persidangan di Mahkamah Persekutuan yang berlangsung kini adalah untuk mendengar rayuan Anwar ke atas sabitan kes tersebut.

Shafee menyambung penghujahannya hari ini dengan mengemukakan butiran mengghairahkan berhubung kejadian liwat itu.

Peguam yang dilantik kerajaan itu memberitahu wartawan bahawa beliau sudahpun selesai mengemukakan 20 peratus daripada penghujahannya.

Ia akan bersambung pada hari Isnin, dan pihak pembelaan juga akan mengemukakan hujahan balas.

Ketua Hakim, Tun Ariffin Zakaria memberi gambaran bahawa persidangan itu mungkin akan dilanjutkan sehingga hari Selasa.

- mkini
BLM.
Read More

Masjid Ubuddiyyah DIBEDIL GAS PEMEDIH MATA!...Geng ustaz, buatlah solidariti untuk 11 ORANG KENA ZALIM INI!

Jumaat, 30 Oktober 2014

GENG USTAZ,BUATLAH SOLIDARITI UNTUK 11 ORANG KENA ZALIM INI.

Seorang bapa memberitahu penulis,pada 25 November ini, kerajaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kes anak beliau.(13 orang kena zalim  berhimpun depan Istana Iskandariah,Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak,pada 2009)

Kes 13  orang kena zalim itu, sebenarnya Mahkamah Tinggi telah membebaskan  dua tertuduh dan  hanya mengenakan denda RM5000  ke atas 11 yang lain.

Melihat hal ini,kerajaan melalui pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan atas kes ini.

Kes ini ,akan didengari pada 25 November ini.Menurut ,Abang Zul, bapa kepada mangsa kezaliman itu, notis untuk hadir ke Mahkamah Rayuan,dihantar melalui tangan. TETAPI, Abang Zul.memberi tahu anaknya berada di Kuala Lumpur.Jadi penghantar surat,akan menghantarnya ke Kuala Lumpur.

Harap-harap ada geng ustaz,buat solidariti untuk mereka.Sebab pengerusinya,antara orang yang berucap supaya hadir di hadapan istana, atas isu MB Perak,2009.

SISI BUKIT

LATEST: FRU MENGGGANAS, MASJID DIBEDIL GAS PEMEDIH MATA!

February 6, 2009
3.45 petang: Pihak polis menangkap lapan orang di kawasan Masjid Ubudiyyah sebentar tadi selepas melepaskan beberapa gas pemedih mata.  

3.20 petang: FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.
Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.
Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta.

3.05 petang: Pihak polis menambah kekuatan dengan menghantar satu lagi trak FRU dengan 30 ahlinya dan sebuah 'water cannon' telah menuju ke arah masjid dari pintu utama Istana Iskandariah.
Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut adalah pimpinan muslimat seperti Dr Lo' Lo, Siti Zailah dan pimpinan muslimat negeri serta lebih 2,000 orang yang masih setia berhimpun.

2.45 petang: FRU bertindak melepaskan lagi gas pemedih mata berjumlah 10 das dan arah semua penyokong bersurai.

2.30 petang: FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada para penyokong sambil memberi amaran kepada para penyokong.

2.20 petang: Perarakan bermula dengan laungan 'Hancur BN' walaupun disekat oleh FRU di laluan utama ke Istana. Rakyat terus berasak menuju ke Istana.

2.15 petang: Kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat keluar dari Masjid Ubuddiyyah dan berkumpul sebelum mula berarak menuju ke Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar.

12.30 tgh. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin bersama pimpinan peringkat negeri akan bergerak ke Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar sebentar lagi.
Turut kelihatan selain Adun-adun Pakatan Rakyat adalah beberapa pimpinan PAS peringkat negeri seperti Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang, dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo Hj Ghazali serta pimpinan daripada DAP dan KeADILan.
Difahamkan kawasan Masjid Ubudiyyah ketika ini mula dibanjiri dengan orang-ramai yang ingin melihat dari dekat perkembangan terkini dan amanat pimpinan negeri terutamanya daripada Nizar sendiri.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru orang ramai agar memenuhi Masjid Ubudiyyah tengahari ini sebagai protes terhadap upacara angkat sumpah Adun-adun BN petang nanti.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

"Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya.
Malaysia Today

Photo: GENG USTAZ MENYOKONG MAJLIS FATWA

Mengikut maklumat yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, Sisters In Islam(SIS)  akan mengambil tindakan terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fatwa yang menyebut  "SIS adalah sesat kerana mengamalkan fahaman Liberalisme dan Pluralisme". 

 Hasil semakan dan penelitian pihak kami terdapat satu fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor bertarikh 17 Julai 2014 yang menyatakan SIS Forum berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme sesat dan menyeleweng.

Kami difahamkan juga, SIS melalui Tetuan Zaid Ibrahim & Co akan mengambil tindakan mahkamah pada 31Okt 2014 jam 8.30 pagi di Mahkamah Jalan Duta.

Pihak kami menyokong penuh usaha MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan isu ini bagi membendung fahaman Liberalisme dan Pluralisme yang semakin berleluasa di Malaysia. 

 Gejala ini amat membahayakan akidah umat Islam dan tidak boleh dibiarkan membarah dalam masyarakat ISLAM di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam agar bersama-sama memberi sokongan kepada institusi ISLAM berhubung isu fatwa ini. Kita mesti tolong -menolong dalam berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ustaz Norazli Musa
Presiden GENG USTAZ
30 Oktober 2014
6 Muharram 1436
Read More

Thursday 30 October 2014

Polis nafi LUDAH TAHANAN...Gaya Sang Penguasa CEKAK PINGGANG DAN LENGAN DILIPAT

Jumaat, 31 Oktober 2014


GAYA ALAT SANG PENGUASA KETIKA MERUNTUHKAN RUMAH ORANG MELAYU

Biar gambar berbicara:

GAYA SANTAI, CEKAK PINGGANG DAN LENGAN DILIPAT
Sementara itu seorang anak kecil tercengang-cengang melihat kerakusan sang penguasa...

Ketua alat sang penguasa ini pula didakwa meludah muka seorang siswa:
BERDIRI SAMBIL BERCEKAK PINGGANG DAN SEBELAH KAKI DILETAK DITEMPAT AGAK TINGGI

Sesungguhnya gaya badan seseorang itu berkomunikasi menjelaskan apa yang tersirat.

Bebahagiakah kita apabila nanti orang Melayu terus dinafikan hak untuk tinggal di bandaraya?

Bukan Yong nak galakkan orang Melayu tinggal sebagai peneroka bandar aka setinggan. 

Tidak sama sekali.

Orang Melayu, secara tradisinya suka tinggal di atas tanah dan ada sedikit kawasan untuk bercucuk tanam. Tanah inilah yang sukar didapati di tengah bandaraya.

Tetapi ingatlah...Pokok itulah sebenarnya yang dianugerah Allah untuk membekalkan kita oksigen. Pokok itu kita bunuh. Di atasnya kita bina rumah bernilai juataan ringgit yang orang Melayu dan rakyat marhein hanya boleh pandang sahaja.

Carilah satu formula yang memberi ruang dan peluang kepada orang Melayu untuk terus tinggal di bandaraya walaupun tidak mampu memberi rumah berjuta-juta ringgit...
MILIK SIAPAKAH KONDO INI? (SUMBER) 

Bebahagialah wahai sang penguasa dan alat-alatnya...di atas penderiataan orang lain... 

Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah SWT.
BEGINIKAH KESUDAHANNYA? (SUMBER)

SETELAH SIASATAN DIJALANKAN POLIS NAFI LUDAH TAHANAN.


SHAH ALAM – Polis menyifatkan status seorang pemilik Facebook (FB) bernama Abdul Muqit Muhammad sebagai berniat jahat bagi memberi imej buruk kepada pasukan itu.

Abdul Muqit dalam statusnya mendakwa diludah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika menyatakan hasrat untuk menunaikan solat Zuhur.

Status yang dimuat naik itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai serta menjadi viral apabila dikongsi pemilik FB lain.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini berhubung kejadian itu.

“Kami tidak pernah halang mana-mana tahanan untuk solat. Ruangan solat juga ada disediakan. Apa tujuan dia untuk memuat naik status seperti itu? Statusnya itu sengaja untuk mencetuskan provokasi dan mencemarkan imej pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Munusamy, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap anggota yang bertugas pada hari berkenaan dan jelas perkara itu tidak terjadi.

“Jika benar dia  dikasari oleh anggota kami, buat laporan pada saluran yang betul dan kami akan siasat,” katanya lagi.
Read More

Ho Yooo! BR1M naik...SOKONG NAJIB JATUH 48%.

Jumaat, 31 Oktober 2014

SOKONG NAJIB JATUH 48%, WALAUPUN BR1M DINAIKAN!!!


Sokongan Najib jatuh 48%, mungkin akibat potong subsidi bahan api

Pemotongan subsidi bahan api baru-baru ini mungkin punca sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot dalam kaji selidik terkini. 

Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merosot 6% kepada 48% bulan ini hasil kaji selidik yang terakhir dilakukan pada Ogos, lapor Merdeka Center hari ini, memetik rasa tidak puas hati akibat pemotongan subsidi bahan api.

Najib mendapat 54% rating persetujuan pada Ogos, selepas ia mengambil alih operasi memulihkan penerbangan MH17, kotak hitam dan mangsa ketika pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh di Ukraine pada Julai.

"Pada pandangan kami, penurunan dalam angka kedudukan itu mungkin akibat daripada langkah pengurangan subsidi bahan api pada 2 Oktober 2014," kata pengumpul suara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian itu dilakukan pada 11 Oktober dan 26 Oktober lalu.

Badan itu menemubual 1,005 pengundi berdaftar melalui telefon.

Penarafan kelulusan terbaru dipercayai yang paling rendah pernah dicatatkan perdana menteri.

Sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi bahan api, Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api pada awal bulan ini, yang menyaksikan kenaikan 20 sen seliter bagi RON 95 petrol dan diesel.

RON 95 kini berharga RM2.30 seliter, meningkat daripada RM2.10, manakala diesel RM2.20, meningkat daripada RM2 sebelum ini.

Sehubungan itu, kaji selidik itu mendapati penilaian kelulusan bagi Putrajaya menyaksikan penurunan 3%, dengan 38% responden mengatakan mereka gembira dengan kerajaan berbanding 41% yang dicatatkan pada Ogos lepas.

"Sekali lagi, kita mengatakan ini disebabkan rasa tidak puas hati orang ramai mungkin berpunca daripada kebimbangan atas kos sara hidup yang meningkat disebabkan kenaikan harga bahan api serta harga komoditi yang tertekan di kawasan luar bandar di negara ini," kata pengkaji itu.

Kaji selidik itu juga mendapati hampir separuh daripada responden merasakan negara ini "menuju ke arah yang salah", bertentangan dengan 41% yang merasakan Malaysia berada di landasan yang betul.

Sentimen negatif sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup, keadaan umum ekonomi serta kebimbangan sentimen perkauman dan penyampaian perkhidmatan awam.

"Mereka yang merasakan negara ini berada pada landasan yang positif berdasarkan pandangan mereka mengenai keamanan dan keselamatan, ekonomi yang baik dan bantuan kebajikan yang berterusan daripada kerajaan," kata Merdeka Centre.

Ekonomi kekal menjadi kebimbangan yang paling utama di kalangan responden, meningkat kepada 71% dalam kajian kali ini dibandingkan dengan 54% dua bulan lalu.

"Kami mengesan sentimen ini juga mengambil kira langkah tebatan yang diumumkan dalam ucapan belanjawan negara perdana menteri pada 10 Oktober 2014," kata Merdeka Centre. – tmi
Read More

Iye ke! Pemuda Umno ragui jasa Tun M...Neh pulak RM1.54 Bilion Hanya Untuk Komisen Majlis Amal...Apa cerita?

Khamis, 30 Oktober 2014
Photo
Otai Reformasi shared Vander Stone's photo.


KUALA LUMPUR 30 OKT: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua  menyelar tindakan 1 Malaysia Development Berhada (1MDB) membayar komisen berlebihan kepada firma pelaburan Goldman Sachs untuk penganjuran majlis kutipan derma pada 2012 and 2013.

Beliau merujuk satu laporan akhbar The Edge, berhubung wang komisyen bernilai 10 peratus dari RM15.2 bilion yang berjaya dikumpul dalam majlis amal itu.

Pua mempersoalkan mengapa 1MDB membayar komisyen amat tinggi kerana kadar untuk acara sebegini biasanya hanya antara 0.2 hingga 2 peratus daripada dana yang terkumpul.

"Dalam keadaan biasa, pengumpulan RM 15.2 bilion oleh satu entiti tidak akan melibatkan kos lebih RM152 juta.

"Bagaimanapun 1MDB membayar RM1.54 bilion. Pengurusan tertinggi 1MDB adalah sekumpulan orang bodoh yang tidak cekap," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, Goldman Sachs tidak beretika kerana tidak mendedahkan alasan untuk meminta fi terlalu tinggi daripada 1MDB dan menggesa 1MDB supaya bertanggungjawab kerana tindakan itu.

"Rakyat Malaysia hanya boleh membuat satu kesimpulan. Pengurusan tertinggi 1MDB dianggotai golongan yang terdesak dan bodoh merelakan diri digunakan oleh Goldman Sachs yang tidak beretika," kata beliau, lapor Malaysiakini.

Justeru, kata Pua, pengerusi pembaga 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada jalan lain selain memecat pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hazem Abdul Rahman.
BLM.
Read More

Derita Rakyat! Tragedi tanah sekangkang kera & Tragedi kanak-kanak 4 tahun kaki dan tangannya diikat...

Khamis, 30 Oktober 2014
Ikuti berita selanjutnya....

Photo: beza berbeza
beza berbeza...
Photo: Hidup YAHUDI MELAYU.... Yahudi israel bg tanah dan penempatan kat bangsa dia.. Yahudi melayu umno di rampas tanah bangsa sendiri...Umno haprak tlh jual tanah mlayu...tahniah melayu.Melayu tak kan ilang didunia tpi melayu terus dihukum oleh pemimpin Umno wlpun..mereka kata memperjuangkan hak melayu...!!!
Hidup MELAYU.... Yahudi israel bg tanah dan penempatan kat bangsa dia.. melayu umno di rampas tanah bangsa sendiri...Umno haprak tlh jual tanah mlayu...tahniah melayu.Melayu tak kan ilang didunia tpi melayu terus dihukum oleh pemimpin Umno wlpun..mereka kata memperjuangkan hak melayu...!!!





Perobohan rumah warga emas di Kg #ChubadakTragedi Muharam 1436 yang hilang kemanusiaan

Ianya merupakan satu kemalangan dan tragedi kepada isu kemanusian dan kebajikan rakyat Malaysia. Apatah lagi mereka yang menjadi mangsa kezaliman tersebut adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya. Apa yang mereka miliki hanya semangat dan lidah untuk mengungkapkan kata-kata mempertahankan hak mereka. "Tolong jangan roboh rumah kami". Ungkapan pendek tapi sayang adakah ianya sampai kepada perdengaran Perdana Menteri kita yang terkenal dengan ungkapan 'Rakyat didahulukan'?

Tanah sekangkang kera yang didiami pasangan warga emas yang berjasa kepada Kota Kuala Lumpur pun diambil dengan sedimikian rupa, inikan pula tanah milik rizab Melayu yang dikatakan agak terancam di tempat-tempat yang lain?

Sekiranya isu Kampung Chubadak pun kerajaan gagal untuk mencari penyelesaian yang baik, apatah lagi rakyat Malaysia boleh harapkan daripada kerajaan ini?

Apakah ini yg dilauang² oleh pejuang Melayu UMNO serta suku sakat UMNO cara menolong orang2 Melayu...

OH! Malayasiaku melayu ditindas melayu juga menindas

Melayu tipu melayu. ...Melayu tindas melayu. ..apa pun dalam minda Juak² Otak Karat Biru suku sakat UMNO pihak lain juga yg dipersalahkan ...aduh! karat biru betol otak suku sakat UMNO.

Gambar kanak-kanak 4 tahun terbaring di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat

Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.
Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.


KEPALA BATAS: Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.

Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.

Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.

Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.

“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.
-sinarharian-

Kerengga.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena