Wednesday 31 May 2017

[Video Jangan risau, tiada tol di Jambatan Ketiga Klang!] Itu pun Noh tekad nak rampas Selangor? PPR: Kerajaan Persekutuan jangan jadi ‘lanun’.

Khamis, 1 Jun 2017


Jangan risau, TIADA TOL di Jambatan Ketiga Klang !!
Tahniah Kerajaan Negeri Selangor..
TETAPI.. Pengerusi BN Selangor Noh'udang' tekad nak rampas tampuk pemerintahan kerajaan Selangor - 29/6/2016
Foto Suara Rakyat.

TERKINI.. Kerja pembinaan jambatan ketiga Klang sudah siap dan telah dibuka kepada umum..
Kerajaan Selangor telah buktikan kepada UMNO-BN apa itu rakyat didahulukan.
Dibina dengan rizab kerajaan negeri Selangor sebanyak RM199 juta sahaja BERBANDING kos yg nak dibuat oleh UMNO-BN semasa janji sebelum PRU12 sbyk RM230 juta.
NAMPAK TAK !!
04.02 PPR Kota Damansara (REMY)

Isu PPR: Kerajaan Persekutuan jangan jadi ‘lanun’

SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan Persekutuan diingatkan supaya menjadi ‘gentlemen’ dan bukannya mengambil sikap seperti ‘lanun’ mengambil alih PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang dari Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Persekutuan sepatutnya menghormati tuntutan Kerajaan Negeri sebanyak RM60 juta seperti dinyatakan sebelum ini.

“Kerajaan Persekutuan mungkin boleh menggunakan kekerasan mengambil alih PPR tersebut tetapi kita negara bertamaddun. Maka Kerajaan Persekutuan tidak boleh menggunakan undang-undang rimba untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
“Tuntutan Kerajaan Negeri RM60 juta dari Kerajaan Persesekutuan adalah munasabah. Terdapat bukti seperti tuntutan pembayaran,” katanya.
Tegasnya, sekiranya Kerajaan Negeri mengambil sikap lepas tangan maka sudah tentu PPR itu tidak akan dapat didiami hari ini bahkan Kerajaan Persekutuan juga perlu membelanjakan kos tinggi untuk kerja baik pulih.
“Kerajaan Persekutuan mendakwa jumlah dibelanjakan Kerajaan Negeri adalah untuk penyelenggaraan berjadual. Bagaimanapun kebanyakan kerja baik pulih itu adalah akibat vandalisme dan perbuatan khianat lain. Ia tidak boleh dikategorikan sebagai penyelenggaraan biasa atau berjadual.
“Kerajaan Persekutuan juga mendakwa Kerajaan Negeri telah dapat mengutip sewa dari penduduk. Pada hakikatnya sewa dikutip adalah rendah. Amalan tidak membayar sewa ini berakar umbi sejak zaman Barisan Nasional. Di zaman Barisan Nasional pungutan sewa juga adalah rendah,” katanya.
Selangorkini.
Read More

[Video Pengganas Ditangkap - Merampas MAS AIRLINES, di Melbourne?] MH128: Penumpang kecoh bawa powerbank bukan bom.

Khamis, 1 Jun 2017


MH128: Penumpang kecoh bawa powerbank bukan bom

MH128 selamat
KUALA LUMPUR 1 JUN: Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pesawat Malaysia Airlines MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom. “Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. “Penumpang itu, warganegara Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP. Selangorkini.

Penumpang cetus gangguan pesawat MAS berpatah balik

Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik disebabkan seorang penumpang yang mencetuskan gangguan.
Dalam satu kenyataan malam ini, MAS berkata penerbangan MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia pada malam Rabu, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 1 Jun pada 5.28 pagi waktu Malaysia.
Penerbangan itu berpatah balik selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang krew kabin bahawa seorang penumpang cuba memasuki ruang kokpit,” kata kenyataan itu.
Penerbangan tersebut berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada 1.11 malam (waktu Australia) dan dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang itu pada 11.41 malam.
Read More

[Video Ustaz Osman Don Pakatan Harapan Mendapat Sokongan Dari Semua Kaum] Makin ramai pindah ke Selangor dan P. Pinang, bukti pentadbiran Pakatan cemerlang.

Khamis, 1 Jun 2017

Foto Suara Rakyat.
Antara menteri Ameno yang 'TAK PERNAH MENIPU' rakyat..

Makin ramai pindah ke Selangor dan P. Pinang, bukti pentadbiran Pakatan cemerlang

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Selangor dan Pulau Pinang merupakan dua negeri yang mencatatkan migrasi bersih tertinggi sejak lima tahun lepas.
Merujuk data daripada Laporan Migrasi bagi tahun 2011 hingga 2016, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, Selangor mencatatkan migrasi bersih sebanyak 19,400 diikuti Pulau Pinang, 12,000.
“Angka daripada Laporan Migrasi itu jelas menunjukkan rakyat Malaysia mengundi dengan berpindah beramai-ramai ke Selangor dan Pulau Pinang.
“Ini adalah petanda yang jelas bahawa rakyat Malaysia yakin dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Migrasi bersih bermaksud perbezaan antara bilangan mereka yang berpindah masuk dan keluar dari sesuatu kawasan tertentu bagi tempoh setahun.
Kian Ming yang juga Penolong Setiausaha DAP Selangor berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak pula merupakan dua negeri yang mencatatkan migrasi keluar terbesar dengan masing-masing berjumlah 163,400 dan 40,000 dari 2009 hingga 2016.
“Sebab bagi corak migrasi (dua negeri terbabit) tidak pula diberikan dalam Laporan Migrasi. Tetapi berkemungkinan Perak kehilangan penduduknya ekoran prospek pekerjaan yang lebih baik di Selangor dan Pulau Pinang.
“Untuk Kuala Lumpur pula, mereka kehilangan penduduk mungkin disebabkan harga rumah yang tinggi dan mungkin juga disebabkan dasar menarik yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor,” jelasnya.
Mengikut laporan tersebut juga, kata Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP itu, 61 peratus penduduk Kuala Lumpur bermigrasi ke Selangor pada 2015 hingga 2016, manakala dari 2014 hingga 2015, 62 peratus penduduk ibu kota itu pindah ke negeri yang sama.
“Jika trend ini terus berlaku, Kuala Lumpur akan menjadi bandar yang diduduki kebanyakannya orang kaya dan ekspatriat dan juga pekerja asing miskin,” ujarnya. – Roketkini.com
Read More

[Video Bagaimana 28,000 nama tercicir, soal HARAPAN pada SPR] Selepas sambut TPM, MP Pas naik kenderaan dengan MB Terengganu.

Khamis, 1 Jun 2017
Ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menaiki kenderaan bersama Datuk Razif Abdul Rahman selepas dipelawa menteri besar Terengganu itu
Ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menaiki kenderaan bersama Datuk Razif Abdul Rahman selepas dipelawa menteri besar Terengganu itu
Selepas aksi mesra dengan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Mei lalu, keesokannya pula ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilihat menaiki kenderaan bersama menteri besar Terengganu.
Difahamkan, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mempelawa Khairuddin yang juga ahli parlimen Kuala Nerus menaiki kenderaan bersama beliau selepas selesai program majlis penyerahan projek pembangunan jambatan di atas sungai Terengganu ke Pulau Sekati.
Khairuddin bersama sama Razif ketika menguji jambatan baru Pulau Sekati Kuala TerengganuKhairuddin bersama sama Razif ketika menguji jambatan baru Pulau Sekati Kuala Terengganu
Khairuddin dengan segera menerima pelawaan tersebut, menurut portal pru14.tv.
Pada 28 Mei lalu, pesuruhjaya Pas Terengganu yang baharu Datuk Husien Awang turut menyambut kehadiran Zahid ke Terengganu dan berbuka puasa bersama-sama di program penerapan nilai-nilai murni bersama timbalan perdana menteri di Masjid Tok Jembal, Seberang Takir yang merupakan tempat Razif sendiri.
Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Husien Awang (baju melayu kelabu) bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razli dan Adun Bukit Tunggal Dr Alias Razak dalam majlis berbuka puasa bersama timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Husien Awang (baju melayu kelabu) bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razli dan Adun Bukit Tunggal Dr Alias Razak dalam majlis berbuka puasa bersama timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi
Perkembangan ini dilihat membuka lembaran baharu kepada politik Terengganu khususnya ke arah kerjasama Pas-Umno menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Pas tidak mahu bersama-sama Pakatan Harapan.
Umno pula dilihat senang dengan perkembangan ini dan menyambut baik jika Pas ingin bekerjasama dengan parti itu.
MALAYSIA DATELINE
Read More

[Video Ketamakan Najib & Pemimpin BN Yg Tak Peduli Dosa Pahala] AUKU jadikan universiti seperti kilang, reban ayam.

Khamis, 1 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Selamat Menyambut Hari Keamatan & Hari Gawai 2017 dari Parti Amanah Negara buat semua yang meraikannya.

AUKU jadikan universiti seperti kilang, reban ayam


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dicipta dan diluluskan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk mengekang dan menimbulkan perasaan takut dalam kalangan mahasiswa.
Ekoran itu, Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, institusi pengajian tinggi di negara ini gagal menghasilkan mahasiswa yang berketerampilan.
“Maknanya universiti seperti (sudah) jadi macam satu kilang atau reban ayam yang tak (mengalakkan) berfikir.
“Mengapa kita tidak membenarkan, memeriahkan masyarakat (untuk berbeza pandangan). Ia akan menimbulkan idea-idea yang segar daripada perbezaan itu. Ini yang saya fikir kita perlu perjuangkan,” katanya dalam wawancara Helo Roket baru-baru ini.
Mengikut perangkaan kerajaan, lebih kurang satu perempat daripada graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini gagal mencari pekerjaan.
Manakala bagi mereka yang berkerja pula, 45 peratus meneri gaji bukan RM1,500 atau kurang.
Justeru, Dr Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata, undang-undang seperti AUKU tidak diperlukan dalam sebuah negara yang membangun seperti Malaysia.
“AUKU itu sendiri wujud pada tahun 1971 sedangkan kita merdeka pada tahun 1957 maknanya undang-undang ini dibuat selepas merdeka apabila kerajaan menyedari bahawa mahasiswa menjadi suatu ancaman kepada mereka (kerajaan) dan juga kepada tenaga akademik.
“Dan ini saya fikir perkara yang tidak harus berlaku dalam negara yang membangun,” katanya.
Malah, katanya lagi, universiti telah menyimpang jauh daripada konsep asalnya iaitu mengembangkan ilmu dan menjunjung tinggi kebijaksanaan.
“Ini yang saya fikir menyedihkan dan tragis, kita membelanjakan berbilion-bilion wang rakyat untuk menubuhkan universiti (tetapi) sudahnya kita berhadapan dengan profesor yang dipersoal kredibiliti mereka.
“Malah, berhadapan dengan generasi mahasiswa yang kononnya tidak ada kualiti, payah cari kerja dan sebagainya,” ujarnya. – Roketkini.com

Read More

[Video Khalid Samad AMANAH-Politik PAS Yang Kononnya Matang] Larangan Edar RDPT - Laporan Polis Seluruh Negara! Bagaimana SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih?

Khamis, 1 Jun 2017

Foto Mohd Sany Hamzan.
Laporan telah dibuat di seluruh negara oleh pemuda-pemuda Amanah berkenaan larangan edaran RDPT oleh SPR.

Foto Mohd Sany Hamzan.

Foto Mohd Sany Hamzan.

Bagaimana SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih?


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Timbul keraguan terhadap pertambahan sebanyak 28,416 pengundi di bawah prosedur tuntutan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suka tahun pertama 2017.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu tidak dimaklumkan melalui kenyataan media seperti mana kebiasaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghebahkan mengenai pameran RDPT.
Melalui hasil semakan lanjut, beliau mendapati SPR menggunakan peruntukan Seksyen 14 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang jarang digunakan dan kurang diketahui bagi tujuan pertambahan tersebut.
Peruntukan itu, katanya, membenarkan pengundi baru, yang namanya tercicir daripada daftar pemilih atau berlaku kesilapan berkaitan nama dan alamat, ditambah atau diperbetulkan dalam senarai yang dikemas kini.
Namun, katanya lagi, adalah sukar untuk mempercayai SPR terlupa untuk memasukkan lebih 28,000 pengundi dalam RDPT bagi suku tahun pertama 2017.
“Mengapa SPR tergesa-gesa ingin memasukkan nama berkenaan dan tidak menunggu sehingga pameran awam dalam RDPT bagi suku tahun kedua 2017.
“Adakah kerana SPR mahu memastikan semua pengundi berkenaan berada dalam rang daftar pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung pada September?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Melalui analisis lanjut, katanya yang juga Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, pertambahan sebanyak 1,170 pengundi di Selangor kebanyakannya melibatkan anggota tentera atau pasangan.
“Saya tidak membantah penambahan pengundi tentera dalam rang daftar pemilih. Sebaliknya mempersoalkan prosedur yang digunakan untuk membolehkan nama mereka ditambah,” ujarnya.
Beliau telah menulis surat kepada Pengarah SPR Selangor bagi menuntut penjelasan mengenai pertambahan pemilih tersebut.
“Kegagalan SPR memberikan penjelasan yang memuaskan akan menjejaskan kepercayaan awam terhadap integriti agensi tersebut,” tegasnya. – Roketkini.com
Read More

[Video Dr Asri - Allah bersama Pemimpin Yang Adil, Sekalipun Dia Kafir?] Gambar Sivarasa diputarbelitkan oleh cybertrooper Barang Naik? Sivarasa akan menulis surat penjelasan kepada Sultan Selangor.

Rabu, 31 Mei 2017


Image result for Gambar sivarasa
Betul ke Ahli Parlimen Subang Sivarasa beri tazkirah dalam masjid?

Gambar Sivarasa memberi ucapan ringkas sebelum menyampaikan sumbangan telah diputarbelitkan oleh cybertrooper Barang Naik, kononnya Ahli Parlimen Subang itu menyampaikan tazkirah di dalam masjid tersebut.
KECOH di media sosial cerita kononnya Ahli Parlimen Subang YB Sivarasa Rasiah menyampaikan tazkirah di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.
Gambar Sivarasa yang memakai baju Melayu sambil memegang mikrofon seolah-olah sedang memberi ceramah di dalam masjid disebarkan oleh cybertrooper BN (Barang Naik).

Rupa-rupanya, Sivarasa bukannya memberi ceramah politik apatah lagi nak beri tazkirah (apa kejadah dia nak beri tazkirah?) sebaliknya beliau sekadar memberi sedikit ucapan ringkas kerana menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM71,000 kepada masjid-masjid berkenaan.

Majlis itu sebenarnya dianjur dan disempurnakan oleh saudara Radzlan Jalaluddin dari Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Kota Damansara. 

Sivarasa akan menulis surat penjelasan kepada Sultan Selangor

KENYATAAN

Saya baru menerima kenyataan media oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berhubung laporan berita tentang kehadirannya di masjid An Nur yang telah menjadi isu. Untuk adil saya menyiarkan sepenuhnya kenyataan ahli Parlimen berkenaan yang di sepanjang perhatian saya beliau merupakan seorang berkarektor yang baik dan bertanggungjawab.

Perbahasannya di dalam parlimen menggambarkan beliau seorang wakil rakyat yang bersopan santun dan sangat menghormati peraturan-peraturan Dewan dan mengekalkan dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang yang profesional.

Berikut adalah kenyataan media beliau yang dihantar menerusi email saya:



KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN LAPORAN BERITA TIDAK TEPAT TENTANG KEHADIRAN SAYA DI MASJID AN NUR

Saya ingin membetulkan beberapa laporan media yang telah memberi gambaran tidak tepat saya, pada hari Rabu yang lalu, telah memberi ceramah politik di Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang. Ada juga yang lapurkan secara tidak betul bahawa saya hadir sebagai wakil Menteri Besar Selangor.

Saya tidak memberi apa-apa ceramah, khususnya ceramah politik pada malam itu di Masjid An Nur. Perkara ini telah disalahertikan.

Malah saya tidak hadir sebagai wakil Menteri Besar seperti yang dikatakan dalam beberapa laporan media. Saya juga tidak pada bila-bila masa pun diminta untuk mewakili beliau untuk majlis tersebut.

Majlis yang saya hadiri itu adalah majlis pemberian sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di kawasan DUN Kota Damansara yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Damasara, En Radzlan Jalaludin. Saya hadir selepas dimaklumkan berkenaan majlis penyampaian sumbangan itu.

Penganjur tidak bila-bila pun menjadualkan saya untuk memberi apa-apa ceramah dalam majlis itu. Walaubagaimanapun, sebelum dijemput menyampaikan sumbangan bersama dengan Penyelaras DUN En Radzlan Jalaludin, saya dijemput oleh pengara majlis untuk memberi sepatah dua kata kepada lebih kurang 70 wakil-wakil surau-surau dan masjid-masjid yang akan menerima sumbangan Ramadan. En Radzlan juga telah memberi ucapan ringkas sebelum saya.

Sebagai tetamu yang dijemput memberi sepatah dua kata, tidak elok kalau saya menolak.

Justeru, saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam ramadan kareem kepada para hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan negeri Selangor untuk terus bimbing institusi surau-surau dan masjid-masjid di Selangor. Saya juga berkongsi sedikit pengalaman saya sejak 2008 sebagai Ahli Parlimen berkenaan lawatan-lawatan saya ke surau-surau dan masjid-masjid di kawasan Subang dan macam mana lawatan tersebut telah membantu saya mendalami fahaman saya berkenaan Islam dan masyarakat Islam.

Tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat dalam majlis penyampaian itu.

Sumbangan yang diberikan malam itu berjumlah RM 71,000 yang diagihkan RM 1,000 setiap surau dan RM 1,500 setiap masjid

Saya hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam. Bagi saya adalah wajar untuk seorang wakil rakyat untuk memberi sokongan penuh kepada institusi agama Islam di kawasan saya.

Itu sahaja yang berlaku.

Oleh kerana isu ini telah disalaherti, dan kerana saya tidak mempunyai sebarang niat pun untuk melanggar arahan dan nasihat DYMM Tuanku Sultan Selangor, maka saya juga akan menulis sepucuk surat peribadi kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk menjelaskan tentang perkara ini.

Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
31 Mei 2017 [wm.kl.6:34 0m 31/05/17]

Posted by mohd sayuti Omar

Read More

[Video Dr MAZA Jawab Tohmahan PAS] Adun BN Mengaku Berpakat Untuk Kenakan Sivarasa!

Rabu, 31 Mei 2017

Adun BN Mengaku Berpakat Untuk Kenakan Sivarasa




PETALING JAYA: Adun Kota Damansara dari Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan hari ini membuat pengakuan membuat perancangan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa ke depan isu Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan ucapan di sebuah masjid.

Ketika diminta mengulas isu itu, Halimaton enggan memberikan komen, tetapi berkata:

“Saya nak biarkan NGO masuk (komen), akhir sekali baru saya cakap, sebab saya tengah rancang benda itu, lepas itu baru saya bagi komen saya,” katanya kepada FMT.

“Saya sebenarnya dah ‘plan’ dengan NGO-NGO ini supaya bawa isu ini berhari-hari, lepas itu baru saya nak komen di hujung itu nanti.”

Halimaton menang DUN Kota Damansara selepas PAS memaksa pertandingan 3 penjuru melawan penyandang kerusi itu, Dr Nasir Hashim yang menggunakan lambang PKR.

Kehadiran Sivarasa yang menemani penyelaras PKR bagi DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang mengundang kritikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

‘Ucapan ringkas, tiada politik’

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Radzlan sekali lagi menegaskan Sivarasa tidak mengeluarkan ucapan berunsur politik.

“Beliau hanya beri ucapan sepatah dua kata, beliau juga sebut beliau bersama kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya untuk membangunkan institusi keagamaan terutamanya masjid dan surau,” katanya.

Radzlan menasihati pengkritik berhenti mengeruhkan keadaan, dan berkata beliau bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Kami sedia memberi memberi kerjasama sekiranya kami dipanggil oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau autoriti untuk kami memberi penjelasan dan kami tidak mahu perkara ini disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya, sambil menegaskan jemaah sekitar tidak membantah kehadiran Sivarasa.

Tinjauan FMT ke masjid berkenaan mendapati pihak pengurusan masjid enggan memberi komen disebabkan siasatan yang sedang berjalan.

“Saya tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kerana hanya Jais sahaja boleh membuat kenyataan. Sivarasa hanya membuat ucapan ringkas,” kata nazir masjid, Mesni Mohd Dahlan.


Posted by Jeebond BLM
Read More

[LIVE 'Menghayun Buaian, Menggoncang Dunia'] Wabak sumpahan 1MDB terus merebak di Singapura! Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB.

Rabu, 31 Mei 2017

Rafizi Ramli secara langsung.
4 jam
Bicara Srikandi - "Menghayun Buaian, Menggoncang Dunia"
Rancangan 'Bicara Srikandi' adalah rancangan terbaru yang akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu yang dihadapi kaum wanita hari ini. Dihoskan oleh Aiman ​​Athirah, siri ini menjemput tetamu dari pelbagai latar belakang untuk memastikan perubahan negara khususnya daripada sisi pandang seorang Wanita, Anak Perempuan, Isteri, Ibu, Aktivis Sosial dan Pemimpin.

Foto Amanah Negeri Sembilan.
AMANAH Kawasan Seremban hari ini mengedarkan bubur lambuk, akhbar Amanah dan taqwim waktu berbuka di rumah flat dan bazaar sekitar Panchor/Ampangan.
Menghidupkan budaya bersedekah dan budaya pemberian bubur lambuk di bulan Ramadhan.
Foto Amanah Negeri Sembilan.

Foto Amanah Negeri Sembilan.

Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB


ULASAN l Wabak sumpahan 1MDB terus merebak di Singapura.
Yang terbaru, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) telah mengenakan hukuman ke atas dua buah bank kerana terlibat dalam urus niaga haram berkaitan 1MDB.
Dua bank itu ialah Credit Suisse dari Switzerland dan United Overseas Bank (UOB) yang berpangkalan di Singapura sendiri. Credit Suisse didenda S$700,000 (kira-kira RM2.2 juta) manakala UOB didenda S$900,000 (RM2.9 juta).
Mereka didenda di bawah peraturan berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Mencegah Pembiayaan Keganasan.
“Pemeriksaan terhadap Credit Suisse dan UOB mendedahkan beberapa perlanggaran terhadap keperluan anti-pengubahan wang haram (AML) dan kecuaian kawalan.
“Ini termasuk kelemahan meneliti pelanggan dan ketidakcukupan keselamatan terhadap kegiatan dan transaksi pelanggan-pelanggan,” kata kenyataan MAS.
Tindakan terbaru Singapura itu mengukuhkan lagi bukti jenayah kewangan yang melibatkan 1MDB dan pembabitan langsung Perdana Menteri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat dan Pegawai Nombor Satu (MO1) 1MDB.
Najib tak saman lagi
Najib masih belum membersihkan namanya daripada tuduhan menerima AS$680 juta (kira-kira RM2.6 bilion pada kadar tukaran 2013) wang yang dicuri daripada 1MDB.
Beliau masih belum mengemukakan saman ke atas akhbar Wall Street Journal seperti yang beliau ancam pada 5 Julai 2015 kerana mengaitkan beliau dengan kecurian duit 1MDB itu.
Sejak itu, kes kecurian dan pengalihan haram duit 1MDB telah disiasat dan diambil tindakan oleh beberapa buah bidang kuasa (jurisdiction). Selain Singapura, tindakan juga telah dan sedang dilakukan di Amerika Syarikat dan Switzerland.
Singapura telah pun membicarakan beberapa orang yang terbabit dan menjatuhkan hukuman penjara serta denda ke atas sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dan menutup dua buah bank yang bersubahat mengubah duit haram 1MDB.
Di Amerika Syarikat pula, Jabatan Kehakiman (DoJ) dalam samannya tahun lalu mengenal pasti Jho Low dan anak kiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, sebagai penerima duit haram 1MDB di Amerika.
DoJ menggunakan udang-undang yang dikenali sebagai KARI. Ia membolehkan pihak berkuasa Amerika merampas harta orang asing yang dibeli dengan duit yang dicuri daripada rakyat jelata sesebuah negara.
KARI adalah singkatan kepada "Kleptocracy Asset Recovery Initiative" iaitu usaha mendapatkan balik harta yang dicuri oleh sesebuah kerajaan. Kleptokrasi bermaksud kerajaan yang mencuri.
Di Swizerland, tiga buah bank masih disiasat kerana disyaki melakukan rasuah dan mengubah wang haram bersangkutan 1MDB manakala kumpulan perbankan terbesar di Switzerland, UBS Group AG, telah diberi amaran atas penglibatannya.
Nampaknya negara asing yang selalu kita sebut sebagai negara kafir lebih mengambil berat terhadap penipuan 1MBD dan beban yang akan ditanggung oleh rakyat jelata Malaysia beberapa generasi akan datang.

DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.
Artikel ini dimuatkan kali pertama dalam blognya. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena