Thursday 25 May 2017

[Video Keluar PAS Bukan Keluar Agama - Ust Miqdad Zakaria] Soalan murid 10 tahun ini tentang Proton, buat Hannah Yeoh terkejut.

Jumaat, 26 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
Sejarah Tak Pernah Menipu..
Pemimpin UMNO penyangak sebenar yg gadai tanah2 Melayu di Pulau Pinang..

LGE yang perkenalkan GST..
LGE perkenalkan 1MDB..
LGE naikkan harga minyak masak..
LGE hapuskan subsidi gula, tepung, beras ST
LGE naikan tarif elektrik
LGE perkenalkan MKN.
LGE naikkan caj TOL, tambang pengangkutan awam..
LGE jual EDRA Global Energy pada PRC
LGE jual bandar Malaysia pada PRC..
BUKAN Najib Razak....

#HidupMelayu...!!

Soalan murid 10 tahun ini tentang Proton, buat Hannah Yeoh terkejut


SUBANG JAYA, 25 MEI: “Adakah puan terlibat dalam penjualan Proton kepada China seperti yang diumumkan semalam?”
Demikian soalan yang ditanya kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh oleh seorang murid berusia 10 tahun hari ini.
Soalan tersebut membuatkan Hannah, yang mutakhir dihujani fitnah dan tuduhan tidak berasas tentang bukunya ‘Becoming Hannah’; sedikit terkesima.
“Bagaimana murid-murid hari ini begitu tajam fikirannya dan sangat bermaklumat?
“Pada usia mereka, saya sibuk main getah di sekolah dan mengira duit syiling untuk membeli makanan tidak seimbang selepas habis sekolah!” ujar Hannah ketika dihubungi Roketkini.
Semalam, DRB-Hicom mengumumkan akan menjual ekuitinya sebanyak 49.9 peratus dalam Proton Holdings kepada Kumpulan Zhejiang Geely Holding; sebuah syarikat automotif dari China.
Bukan sahaja itu, DRB-Hicom turut dilaporkan akan menjual kesemua kepentingannya dalam syarikat Lotus, juga kepada Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd.
Justeru, Geely akan menjadi pemilik perusahaan automobil nasional yang dicetuskan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1983.
“Proton telah dijual, ia telah dijual kepada warga asing.
“Ya, saya sedih. Saya boleh menangis. Tetapi benda dah jadi. Proton bukan lagi milik negara. Tidak ada kereta nasional sekarang,” tulis Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu di blognya hari ini.
“Saya akan meninggal dunia tidak lama lagi. Saya sudah jauh melampaui usia normal.
“Dan sambil saya menelusuri tahun-tahun akhir, atau mungkin bulan dna hari, saya akan menyaksikan bagaimana negara yang dicintai ini dijual kepada warga asing, untuk melangsaikan hutang trilion ringgit negara,” tambah Mahathir dengan nada sayu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena