Tuesday 23 May 2017

[Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Adun tunggal Pas Pulau Pinang puji kerajaan negeri & "Nampak sgt ada 'Lebai Cai' ni kaki muhong..."?

Selasa, 23 Mei 2017

Adun tunggal Pas Pulau Pinang puji kerajaan negeri

 | MOHD ALI HASHIM
Datuk Salleh Man menunjukkan sikap yang berbeza dengan Pas apabila memuji kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng
Datuk Salleh Man menunjukkan sikap yang berbeza dengan Pas apabila memuji kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng
Walaupun pimpinan Pas Pusat telah meruntuhkan hubungan dengan pembangkang sebelum mereka berbaik dengan Umno, wakil tunggal Pas yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir bertindak lebih bijak dan proaktif ketika sidang Dun Pulau Pinang semalam.
Melalui ucapan perbahasan beliau, Datuk Mohd Salleh Man telah membuktikan bahawa kepimpinan kerajaan negeri di bawah DAP kini adalah lebih berjaya apabila memuji pelaburan asing yang telah dibawa masuk ke negeri ini.
"Yang lebih membanggakan ialah kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berada ditangga ketiga dalam jumlah pelaburan asing langsung (FDI) dalam negara ini.
"Jumlah FDI sejak tahun 2008 sehinggalah 2016 bernilai RM41.55 bilion mengatasi 11 negeri lain dalam Malaysia.
"Syabas diucapkan serta tahniah atas insiatif dan usaha keras dalam menarik pelabur khususnya FDI " katanya.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu turut menjadi tumpuan pembangkang apabila didesak bertubi-tubi oleh Adun Umno untuk menyatakan pendiriannya.
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid juga mendesak Mohd Salleh untuk menyatakan pendirian beliau sama ada masih menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang didukung oleh Pakatan Harapan ataupun sebagai adun bebas serta berada bersama-sama blok pembangkang.
Tidak setakat itu, beliau juga dilontarkan pertanyaan sama oleh Adun Pulau Betong, Datuk Mohamad Farid Saad supaya menyatakan pendirian ketika Pas sedang bekerjasama dengan Umno ketika ini.
Mohd Salleh merupakan satu-satunya Adun tunggal Pas yang berjaya memenangi kerusi tradisi Pas dalam pilihan raya umum ke 13.
Manakala lima lagi kerusi Dun yang ditandingi Pas iaitu kerusi Dun Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Sungai Acheh dan Bayan Lepas juga kecundang kesemuanya.
Lebih parah lagi apabila calon Pas bagi kerusi Dun Sg Acheh pada PRU yang lalu, Mohd Yusni Mat Piah hilang deposit setelah hanya berjaya mendapat 690 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Lebai2 cai pas kata dap anti islam. Adun tunggal pas ni plk kata kjaan penang pimpinan dap ni baguih.
Nampak sgt yg lebai cai ni kaki muhong...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena