Sunday 30 November 2014

Laporan polis terhadap 'Ustazah Kening Nipis'..."Kalau pembangkang, dah lama tidur lokap..."

Isnin, 1 Disember 2014
Laporan polis terhadap Ustazah Umno kerana sebar cerita bohong
DUA wanita Melayu, satu Cina dan satu India telah membuat laporan polis terhadap seorang Ustazah Umno yang juga dikenali sebagai ustazah kening nipis kerana menyebarkan cerita bohong dan fitnah, di Perhimpunan Agung Umno PWTC.

Cerita bohong yang disebarkan oleh Ustazah kening nipis ini dilihat sengaja mahu menimbulkan kekacauan dan huru-hara apabila memfitnah, kononnya berlaku tindakan membakar Al-Quran oleh orang Cina di Kedah untuk upacara sembahyang mereka.

‎Laporan Polis dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching, turut hadir Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya dan ahli parti DAP, Syefura Othman.


Kenyataan Ustazah Kening Nipis itu jelas sekali bercanggah dengan kenyataan media, MB Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menjelaskan bahawa tiada kejadian orang Cina membakar Al-Quran, sebaliknya Al-Quran dimaksudkan telah dikoyak oleh seorang lelaki Melayu yang mengalami gangguan mental.

Di bawah ini kenyataan media rasmi Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar kedah.
Kenyataan fitnah Ustazah Kening nipis ni, jelas sekali mahu mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, siap mengajak orang Melayu bangkit pertahankan agama Islam bagai dalam Perhimpunan Agung UMNO tanpa usul periksa.

Sama-sama kita lihat Ustazah Kening Nipis ini akan didakwa di bawah Akta Hasutan, Seksyen 505 atau siasatan mendapati dia tiada niat menghasut hahaha...

"Kalau pembangkang, dah lama tidur lokap..."

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/11/laporan-polis-terhadap-ustazah-umno.html#ixzz3KbbH6bln

Kenapa 'Image Ummm' Wanita Umno Viral di FB ?



Adakah serangan wanita umngok sudah menepati sasaran ?

Nampaknya contoh tauladan dari Mashitah sebagai bekas pendakwah RTM dikritik dengan hebat oleh warga Facebook..

Ada beberapa komen yang sangat sesuai untuk Mashitah dan wanita umngok lain,adakah mereka akan memperdulikan hujah hujah itu...

Sendirik punya lubang kubor sendirik mau jaga ler...

Dalam perkembangan lain, semakin gawat statement Mashitah ... 

DAP lapor polis? Mashitah kata tak gentar

Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan laporan polis DAP terhadap dakwaannya tentang pembakaran kitab Al-Quran oleh orang Cina di Kedah.

Ditanya wartawan Malaysiakini tentang perkara itu sewaktu ditemui di perhimpunan agung Umno, Mashitah menjawab: "Kalau dia (DAP) nak saman saya pun, samanlah".

Mashitah juga ditanya mengenai perbezaan fakta mengenai kejadian yang dibangkitkannya, dan juga kejadian yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai perkara itu, Mashitah berkata ia perlu dirujuk kepada Mukhriz.

"Yang itu awak boleh semak dengan dialah...Yang saya punya (fakta) bersandarkan kepada saya dimaklumkan oleh ketua wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa)," katanya lagi.

Isnin lalu, Mukhriz mengumumkan seorang lelaki Melayu kini ditahan di wad psikiatrik selepas didapati mengoyakkan kitab Al-Quran.

Namun, Mashitah pada hari Rabu lalu mendakwa ada orang Cina di Kedah membakar Al-Quran untuk upacara sembahyang mereka.

Pagi ini, dua MP wanita DAP membuat laporan polis terhadap kenyataan Mashitah yang disifatkan mereka sebagai membuat kenyataan tidak bertanggungjawab.
sumber...malaysiakini
Dicatat oleh 
Read More

Ucapan 'Penghabisan Stok' 2014 - Semua mahu UMNO berubah, tapi apa yang berubahnya?

Isnin, 1 Disember 2014
UMNO: Apakah Yang Akan Berubahnya? 
Semua mahu UMNO berubah, tapi apa yang berubahnya? 
Shahbudin Husin - 10:00AM Nov 30 2014 
SUARA LANTANG: Sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, tuntutan perubahan bergema di sana-sini. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk sekian kalinya melaungkan lagi perubahan semasa majlis Taklimat Presiden pada Selasa lalu dengan mengatakan orang Melayu akan menjadi "bangsat" jika UMNO tidak segera berubah dan kemudian hilang kuasanya.  

Sehari selepas itu, semasa merasmikan Perhimpunan AgungWanita, Pemuda dan Puteri, Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dalam nada yang lebih keras dan serius mengenai perlunya perubahan dilakukan dalam UMNO. 

Beliau bahkan menyebut beberapa budaya dalam UMNO seperti pak turut, warlord, budaya feudal , ugut, cah keting dan sebagainya yang menjadi amalam sehingga UMNO ketika ini mengalami defisit kepercayaan dan terus dijauhi oleh rakyat, terutamanya oleh golongan muda.  

Tan Sri Muhyiddin juga secara berterus-terang meminta pemimpin yang sudah lama agar berundur secara sukarela dan memberi laluan kepada pemimpin muda mengambil alih teraju kepimpinan.  Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir pula, bukan saja lantang bersuara mengenai perubahan, bahkan mahukan wakil atau jurucakap Perhimpunan Agung UMNO tahun ini lebih berani menegur dan mengkritik kepimpinan parti yang dianggapnya banyak membawa kerosakan kepada bangsa dan negara.  

Tanpa ditegur, pemimpin mungkin tidak tahu apa dan di mana kesilapan mereka, tambah bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu lagi. Tetapi apakah yang berlaku selepas itu? Meneliti ucapan Datuk Seri Najib semasa majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO kemudiannya, ramai yang kecewa dengan intipati yang disampaikannya. 

Tiada perubahan, lesu dan hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Satu-satunya perkara yang diingati oleh semua orang dalam ucapannya ialah tindakannya membuat pusingan U mengenai Akta Hasutan.  Setelah berjanji untuk memberi dimensi baru dalam pentadbirannnya yang berasaskan keterbukaan dengan berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan sejak 2012, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 ini beliau berpatah balik dan memungkiri janjinya itu dengan mengatakan akta tersebut akan terus dikekalkan.  

Secara jelasnya tindakan ini menunjukkan rasa takutnya beliau untuk berubah setelah ditekan dan diasak oleh kumpulan kanan dan konservatif dalam UMNO. Datuk Seri Najib juga jelas gentar dengan suara-suara nyaring Perkasa, Isma dan lain-lain NGO Melayu yang tetap mahukan Akta Hasutan terus dipertahankan. 

 Dalam ucapan-ucapan jurucakap dan pembahas sepanjang Perhimpunan Agung UMNO ini, bukan saja agenda perubahan tidak terlihat ketara, bahkan aliran menegur dan mengkritik pemimpin dalam isu-isu semasa yang diperbualkan dalam masyarakat juga masih "jauh panggang daripada apinya". 

Tiada teguran yang berani dan membina kepada mana-mana pemimpin. Dalam isu rasuah, perilaku pemimpin, menolong orang Melayu, perumahan rakyat dan sebagainya, semua teguran dan pandangan yang dikemukakan hanya bersifat umum semata-mata. Mengenai hutang 1MBD yang dianggap turut membebankan negara sebagaimana ianya berterusan dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen PR, malah turut dikritik oleh Tun Mahathir dan Tun Daim, tiada jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berani menyoal atau bertanya secara terus-terang mengenainya, terutamanya kepada Datuk Seri Najib yang menubuhkan agensi pelaburan tersebut. 

Jurucakap daripada Kelantan, Ikmal Hisham Abdul Aziz bahkan memuji sumbangan khidmat masyarakat 1MDB, khususnya dalam menaja ribuan jemaah haji ke tanah suci Mekah sejak ia ditubuhkan.  Beliau juga cuba membodek Perdana Menteri dengan mengatakan mereka yang membangkitkan isu-isu negatif mengenai 1MDB adalah kerana cemburu dengan kejayaannya. 

Persoalannya, adakah Tun Mahathir dan Tuan Daim mengkritik 1MDB kerana cemburu juga? Mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi bualan masyarakat sejak dulu, jurucakap daripada UMNO luar negara, Nur Farhana Mohd Anuar secara terbuka menyalahkan blogger dan penggiat media sosial pro UMNO kerana didakwa lambat bertindak mempertahankan pelbagai serangan terhadapnya.  

Tanpa bertindak menyarankan agar Datin Seri Rosmah jangan berlebih-lebihan dalam bergaya, beraksi dan menonjolkan diri demi menjaga nama baik UMNO dan kerajaan atau sekurang-kurangnya meminta Perdana Menteri agar lebih "mengawal" karenah isterinya, amatlah menyedihkan apabila menyaksikan Nur Farhana yang sepatutnya mempunyai idealisme dan keberanian sebagai golongan muda akhirnya turut memilih kaedah bodek dan ampu di dalam Dewan Merdeka itu. 

Tindakan beliau itu bukan saja mengecewakan, malah bertentangan sama sekali dengan nilai dan naluri generasi muda yang lebih prihatin dengan ketelusan, pembaziran, kemewahan dan pertanggungjawaban. Yang harus disoal selepas mendengar majoriti ucapan di perhimpunan ini ialah di manakah berubahnya UMNO? 

Bukan saja saranan Tan Sri Muhyiddin agar pemimpin lama mengundurkan diri tidak disambut sewajarnya di mana hanya seorang pemimpin UMNO iaitu Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Cheras yang sudah mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 2016 nanti, yang lainnya seperti tidak mendengar langsung seruan berundur itu.  

Nada berucap para wakil serta jurucakap juga tidak banyak berbeza berbanding perhimpunan tahun-tahun sebelumnya. Keghairahan memuji dan membodek serta takut mengkritik pemimpin masih ketara dan membudaya. Tun Mahathir barangkali akan terus kecewa dengan wakil dan jurucakap yang nampaknya masih tidak berani menegur dan mengkritik pemimpin sebagaimana yang kerap disarankannya.  

Berakhirnya perhimpunan tahun ini, bermakna berakhir jugalah seruan kepada perubahan. Selepas ini, agenda perubahan akan berehat seketika dan tunggulah...ulang tayangnya akan dipersembahkan lagi pada perhimpunan tahun depan. Posted by mountdweller 
Read More

Nasib Macai Melayu: Selepas 'Red Indian, Beruk, Bangsat, Goblok, Haramjadah' Kena Bangang Pulak...

Isnin, 1 Disember 2014
Gambar: Oi melayu UMNO ..ni mak sedara hampa cakap orang umno takda otak..

Kasi hentam sikit laa...
Oi melayu UMNO ..ni mak sedara hampa cakap orang umno takda otak..

Kasi hentam sikit laa...
Gambar: Macam-macam ada dalam UMNO ... macam BERUK pun ada?

Pemuda UMNO macam BERUK bloggers UMNO BANGANG... meLAYU UMNO bangga la tu?
Macam-macam ada dalam UMNO ... macam BERUK pun ada?

Pemuda UMNO macam BERUK bloggers UMNO BANGANG... meLAYU UMNO bangga la tu?

Selepas 'Red Indian,Bangsat, Haramjadah' Kena Bangang Pulak

Kesian...

Apa lagi perkataan kesat dari mulot PM 47% selepas haramjadah ...

Bloggers upahan Umngok atawa blogger umngok kena tibai lagi..

Najib tibai kata Bangang pulak tu....

Ambik kau...mengampu pon kena tibai jugak...

Kot kot ler nkorang pon 2x5 jer dengan pemimpin nkorang...hahaha

Elok ler pakat pakat kalih sokong PR pulak biar Najib BN betol betol tersungkor...

Serangan Najib terhadap blogger lemahkan jentera siber Umno, kata wartawan veteran 

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengakui secara terbuka partinya mengupah bloggers.

Pengakuan Datuk Seri Najib Razak blogger pro Umno didanai akan melemahkan jentera atas talian parti itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, pertama kali seorang pemimpin Umno mengakui secara terbuka mereka mengupah bloggers untuk menulis bagi pihak mereka.

“Pendedahan dan herdikan Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber.

"Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan,” kata Kadir menerusi kiriman terbaru di blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Semalam, Najib menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Katanya, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa menggulung ucapan di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kadir berkata ungkapan bangang yang digunakan Najib kepada blogger Umno semalam adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

“Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Najib itu,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk “Mohd Najib kecam blogger upahan Umno”.

Menurut Kadir, sebelum Najib, sudah ada beberapa pemimpin Umno yang menggelar blogger dengan gelaran yang buruk.

"(Tan Sri) Zainudin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi menteri penerangan melabelkan blogger 'goblok'.

"Khairy Jamaluddin menanggil mereka 'beruk' dan (Datuk Seri) Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi timbalan menteri tenaga, komunikasi dan air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi," katanya.
sumber...TMI

Dicatat oleh 
Read More

[Video] PAU 2014 'Bangang' - Hidop mayuuu! Jerit luncai Umno...Apa melayu dapat?

Isnin, 1 Disember 2014

Photo: Hidop mayuuu!!! Jerit luncai umno dengan bodohnya  ..

Berapa tinggal tanah rezab melayu?
Hidop mayuuu!!! Jerit luncai umno dengan bodohnya ..

Berapa tinggal tanah rezab melayu?
Gambar: Ungkapan ''BANGANG' yang Najib Razak belajar daripada Kak Mah yang diucapkan kepada blogger UMNO dalam #PAU14 adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. 

Kesian juga pada mereka yang siang malam mengutuk dan memfitnah pihak yang bertentangan dengan kehendak tuan mereka secara istiqomah dan dilakukan saban hari namum kerana hasilnya tidak berjaya memgembirakan Tuan mereka dan masih belum cukup untuk membela first lady maka dengan itu habuan yang mereka dapat ...."blogger BANGANG"

Dah la kena hentam dengan Young Blogger UMNO (KLUN) Nur Farhana Mohd Anuar sebelum itu di #PAU14 lepas tu kena pula dengan Tuan Besar...Teruk sungguh berkerja sebagai blogger upahan UMNO ni rupanya?
Tergamaknya Najib Razak kata begitu pada MACAINYA...

Ungkapan ''BANGANG' yang Najib Razak belajar daripada Kak Mah yang diucapkan kepada blogger UMNO dalam #PAU14 adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul.

Kesian juga pada mereka yang siang malam mengutuk dan memfitnah pihak yang bertentangan dengan kehendak tuan mereka secara istiqomah dan dilakukan saban hari namum kerana hasilnya tidak berjaya memgembirakan Tuan mereka dan masih belum cukup untuk membela first lady maka dengan itu habuan yang mereka dapat ...."blogger BANGANG"

Dah la kena hentam dengan Young Blogger UMNO (KLUN) Nur Farhana Mohd Anuar sebelum itu di #PAU14 lepas tu kena pula dengan Tuan Besar...Teruk sungguh berkerja sebagai blogger upahan UMNO ni rupanya?
 — berasasedih.
Gambar: kau orang semua kena tahu..
setiap sebutir beras yang kita makan itu
adalah kerana umno tau..bukan dari tuhan..
bukan dari patani tau..semua ni datang dari umno..
jadi buat apa nak tentang kebenaran ini wahai macai o0i..
tak takot murtad dari agama umno ke?
kau orang semua kena tahu..
setiap sebutir beras yang kita makan itu
adalah kerana umno tau..bukan dari tuhan..
bukan dari patani tau..semua ni datang dari umno..
jadi buat apa nak tentang kebenaran ini wahai macai o0i..
tak takot murtad dari agama umno ke?


Gambar: Isu Banggol Donas: Kezaliman yang wajar dihentikan

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan pengambilan tanah Kampung Banggol Donas diambil perhatian besar dan segera oleh Perdana Menteri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus membuat gesaan itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tanah di kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus itu.

Kandungan surat terbuka sebagaimana di bawah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dato’ Sri,

Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato’ Sri selaku Perdana Menteri.

Untuk makluman Dato’ Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008. Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.

Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.

Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa'iid bin Musayyab.

Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.

Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka'ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.

Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.

Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.

Fakta kes kezaliman Banggol Donas adalah seperti berikut:

PROJEK PEMBINAAN JALAN SUSUR LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

1. Kerajaan Negeri Terengganu ingin membina jalan susur Lebuhraya Pantai Timur 2 dari Gemuruh ke Kuala Terengganu dengan pembinaan jalan susur Kg Jeram ke Kg Bukit Guntong sepanjang 7.6 KM, termasuk 2 kilometer naik taraf Jalan Persekutuan FT03. Fasa 1 dari Kg.Banggol Binjai ke Jeram Tokkong sejauh 2 kilometer. Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda sejauh 3.6 kilometer. Kedua-dua fasa dihubungkan dengan sebuah jambatan Sungai Nerus sepanjang 200 meter.

2. Kos projek sebagaimana laporan akhbar Sinar bertarikh 25hb. Jan 2010 bernilai RM226 juta. Ia bermakna 1KM bernilai RM30 juta, mungkin menjadikannya sebuah projek jalan antara yang termahal dibina di negeri Terengganu, lebih mahal dari LPT2 bagi satu kilometre.

3. Projek ini dibina secara runding terus menggunakan DANA KHAS negeri Terengganu oleh MZ Hakujaya Sdn Bhd.

4. Tempoh pembinaannya selama 3 tahun bermula Jan 2010-Dis 2012.

MANGSA KEZALIMAN PROJEK

1. Projek ini memangsakan tanah rumah penduduk di Kg Banggol Donas seramai 22 keluarga yang diambil secara paksa dan tidak berperaturan beralaskan Kanun Tanah Negara.

2. Penduduk mempunyai geran tanah namun akhirnya dimaklumkan mereka menduduki tanah kerajaan. ‘Borang K’ dikeluarkan menyatakan tanah mereka telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.

3. Penduduk semenjak 2008 telah mencadangkan pembinaannya mengambil tanah sekitar yang tidak berpenghuni, namun pandangan itu diabaikan dan tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan negeri.

4. Ada laluan alternatif yang boleh dibina tanpa menyentuh kampung ini dan melenyapkan hak milik penduduknya namun pihak kerajaan negeri Terengganu seperti tidak mahu mengubahnya.

KENAPA PROJEK INI DIBANTAH?

1. Kerajaan Mempunyai Alternatif Untuk Tidak mengambil Tanah Penduduk Banggol Donas. Motif Pengambilan Tanah dipertikai.

Pembinaan Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda melibatkan pengambilam tanah 24 buah rumah kediaman di kg. Banggol Donas boleh dielak sekiranya jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda diluruskan melalui tanah lapang milik sebuah syarikat korporat di tepi kampung. Kenapa jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda bila tiba dihadapan kg. Banggol Donas dilencong ke kiri mengakibatkan lenyapnya 22 buah rumah kediaman dan melencong pula ke kanan menuju ke kg. Jeram setelah melepasi kampung Banggol Donas. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar.

2. Tidak Mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 (akta 486) Penduduk dinafikan hak untuk diberitahu. Motifnya juga dipertikai.

a. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.

b. Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen 4(1) APT 1960 menyatakan.” ....Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.”

Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.

c. Pembinaan jalan susur ini dimulakan sebelum tanah milik diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960. Pencerobohan ini seolah-olah direstui apabila EXCO JKR membuat lawatan tapak pembinaan pada 3hb. Ogos 2010 sebelum tanah tersebut diwartakan pada 28hb. Oktober 2010.

d. Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 “yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu “. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan . Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.

Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) ....Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.

Tindakan Penduduk

Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk oleh penduduk kampung telah mengambil tindakan berikut:

1. Pada 31hb. Jan. 2008; menghantar surat bantahan pertama kepada Pengarah JKR Negeri dan salinan kepada Menteri Besar Terengganu. Susulan itu suatu perjumpaan diadakan dengan Pengarah JKR pada 11hb. Feb 2008 yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika itu.

2. Surat-surat bantahan juga telah dihantar kepada Menteri Besar, Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Negeri, Ketua Pengarah JKR, Menteri Kerja Raya, Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan konsultan seawal tahun-tahun 2008, 2009 dan 2010. Kesemua surat tersebut tidak mendapat respons kecuali surat kepada Perdana Menteri dan surat kepada Ketua Pengarah JKR.

3. Pada 8hb Oktober 2010; menghantar Memorandum kepada SUHAKAM. Susulan itu pada 11hb. Okt 2010 SUHAKAM menulis surat kepada kerajaan Negeri meminta supaya kerja-kerja pembinaan diberhentikan buat sementara, berunding dengan pemilik tanah berhubung dengan bantahan jajaran dan meminta Pihak Berkuasa mematuhi procedur Akta Pengambilan Tanah 1960. Namun, permintaan SUHAKAM tidak dipedulikan. Dialog dan perundingan tidak diadakan seolah-olah penduduk kampung menduduki tanah haram.

4. Pada 11hb. Mei 2011, menghantar MEMORANDUM kepada Menteri Besar Terengganu meminta jajaran diubah. Respon beliau ialah jalan tidak boleh di ubah kerana jalan sudah buat.

5. Pada 12hb. Jun 2011, membuat lapuran ke SPRM Kuala Terengganu. Penduduk sehingga hari ini masih menunggu hasil daripada lapuran salah guna kuasa dan tidak mematuhi procedure dalam pelaksanaan projek.

Cadangan Penyelesaian oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung

1. Jajaran di kawasan penempatan di Kampung Banggol Donas dikaji semula, diubah dan “re-align”untuk menyelamatkan kawasan penempatan Melayu.

2. Memberhentikan kerja-kerja pembinaan dalam kawasan penempatan sehinggalah kajian semula jajaran selesai.

3. Pihak Berkuasa Negeri mengadakan dialog terbuka dengan penduduk kampung Banggol Donas.

4. Pelaksanaan projek ini hendaklah mematuhi kesemua Procedure Akta Pangambilan Tanah 1960 untuk melindungi kepentingan pemilik tanah berdasarkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Saya mengharapkan isu ini diambil perhatian besar dan segera oleh YAB Dato Sri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.

sumber : HARAKAHDAILY | 28 November 2014.
Isu Banggol Donas: Kezaliman yang wajar dihentikan


KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan pengambilan tanah Kampung Banggol Donas diambil perhatian besar dan segera oleh Perdana Menteri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus membuat gesaan itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tanah di kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus itu.



Kandungan surat terbuka sebagaimana di bawah.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dato’ Sri,

Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato’ Sri selaku Perdana Menteri.

Untuk makluman Dato’ Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008. Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.

Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.

Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa'iid bin Musayyab.

Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.

Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka'ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.

Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.

Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.
sumber : HARAKAHDAILY |
Read More

[Video] Ustazah Popular Umno yang 'keliru & celaru' jawapan balas UAI

Isnin, 1 Disember 2014
Mainkan Video

Keliru & celaru bilamana Ustazah UMNO Dato Mashitah Ibrahim .yang mau mencari popular
Sekali lagi Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim telah menyindir dan menyatakan akan Ustaz pendakwah seperti menyertai rancangan Maharalawak Mega, kali ini dalam #PAU14 Sayap wanita sebagai perwakilan wanita UMNO Kedah.

Kenyataan Kurang Enak Ustazah UMNO Mashitah seperti itu sebenarnya sebelumnya telah dijawap oleh Ustaz Azhar Idrus dengan FAKTA yang jelas dan menarik..

Namum kita hairan bila ada peluang mempopularkan diri sekali lagi Ustazah UMNO yang kononnya cukup tinggi agamanya mempersenda dan mengutuk mereka yang tidak sealiran dalam politiknya

Saksikan Video ucapan mempersenda dan mengutuk dari Ustazah UMNO dan jawapan balas Ustazah Azhar Idrus sebelum ini..

TERBAEK UAI ...


ℑσм pαкατ² ⇨ Ƭσηтση✔ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔ and Support pageRιηтιнαη Rαкyαт untuk INFO seterusnya...

TERIMA KASIH
 — bersama Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate ) dan 13 yang lain.
Read More

[Video] Najib silap lagi - Saya belajar daripada Rosmah, BANGANG! Panglima Ludah jugak kena 'bangang'

Isnin, 1 Disember 2014

Gambar: OH! BANGANG RUPANYA BLOGGER UMNO NI!!! - Semut Hitam
.
Pertembungan Young Blogger UMNO VS Blogger Upahan UMNO ... Najib memberi pujiaan yang sangat bermakna buat BLOGGERS UPAHAN UMNO..

Kata blogger UMNO "Mentang - mentang la ada 'Awek Cun' yang tawar diri nak mempertahankan Kak Mah, kita ni pulak yang digelarkan 'Bangang'"

KAH! KAH! KAH!...siang malam duk membela UMNO sebaliknya mengutuk pihak lain last sekali dapat pujian yang bermakna dan  membanggakan dari Najib Razak ' BLOGGERS UMNO BANGANG"

cien d loe
OH! BANGANG RUPANYA BLOGGER UMNO NI!!! - Semut Hitam
.
Pertembungan Young Blogger UMNO VS Blogger Upahan UMNO ... Najib memberi pujiaan yang sangat bermakna buat BLOGGERS UPAHAN UMNO..

Kata blogger UMNO "Mentang - mentang la ada 'Awek Cun' yang tawar diri nak mempertahankan Kak Mah, kita ni pulak yang digelarkan 'Bangang'"

KAH! KAH! KAH!...siang malam duk membela UMNO sebaliknya mengutuk pihak lain last sekali dapat pujian yang bermakna dan membanggakan dari Najib Razak ' BLOGGERS UMNO BANGANG"

cien d loe
 — berasa teruja.

Gambar: Exco pemuda UMNO yang juga terkenal dengan gelaran Panglima Ludah 1Malaysia Arman Azha https://www.facebook.com/armandpju memanggil "Anjing " kepada mahsiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) konon dia tuduh mahasiswa tersebut sibuk nak berpolitik...

 bagaimana pula dengan Mahasiswa Kelab Umno?
Gelaran apa pula Panglima Ludah 1Malaysia nak beri?

GENG BANGANG 1MALAYSIA


Exco pemuda UMNO yang juga terkenal dengan gelaran Panglima Ludah 1Malaysia Arman Azha https://www.facebook.com/armandpju memanggil "Anjing " kepada mahsiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS) konon dia tuduh mahasiswa tersebut sibuk nak berpolitik...

bagaimana pula dengan Mahasiswa Kelab Umno?
Gelaran apa pula Panglima Ludah 1Malaysia nak beri?

GENG BANGANG 1MALAYSIA
 — bersama Razak Ajak.



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena