Monday 30 November 2015

Rahsia dah terbongkar! Kenapa tetiba Khairuddin boleh sokong Anwar...'Denggi lokap' menginsafkannya?

Selasa, 2 Disember 2015

Rahsia tetiba kenapa Khairuddin boleh sokong Anwar dibongkar..!!!

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Khairuddin-Abu-Hassan.jpg  
Sokongan secara tiba-tiba bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin didorong oleh pengalaman hidupnya semasa dalam tahanan polis, kata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf.

“Dari dulu lagi, kita kata Anwar tidak bersalah, sepatutnya dibebaskan,” kata Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Khairuddin pada Ahad lalu membuat kenyataan yang mengejutkan dengan menuntut pembebasan Anwar.

Ini berlaku seminggu selepas Khairuddin dibebaskan dari tahanan polis.

Katanya, beliau menyokong penuh mana-mana daya usaha untuk membebaskan Anwar dan sudah tiba masanya bekas ketua pembangkang itu berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.


Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu ditangkap pada 18 September lalu dan terkena demam denggi seminggu kemudian ketika di lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Anwar dipenjarakan Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa ketua umum PKR itu bersalah melakukan liwat.

Anwar dan penyokongnya menafikan dakwaan itu dan mendakwa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik.
KedahLanie.
Read More

Isu 1MDB & RM2.6 bilion...Pagoh bersedia dengan wakil BEBAS!

Selasa, 1 Disember 2015

MUHYIDDIN - PAGOH BERSEDIA DENGAN WAKIL BEBAS


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakannya menyuarakan berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat kerana mewakili suara ahli parti di Pagoh sehingga dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan. 


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bersuara berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak mahu menanggung dosa jika mendiamkan diri.

Timbalan presiden Umno itu berkata, tindakannya itu yang dibuatnya kerana mewakili suara ahli parti di Pagoh sehingga dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.

Mempersoalkan tindakan menghalangnya daripada merasmikan mesyuarat sayap Umno pada perhimpunan agung akan datang, Muhyiddin mengatakan bersedia menghadapi kemungkinan dipecat daripada parti kerana terus bersuara dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Mereka kini mengenakan tindakan terhadap saya dengan tidak membenarkan saya berucap pada perhimpunan Umno."Adakah beliau takut dengan seorang individu sehingga melanggar tradisi parti dengan tidak membenarkan seorang timbalan presiden berucap?

"Beliau kata ada sokongan 3 juta ahli tetapi anda di Pagoh, anda sokong beliau?" katanya sewaktu berucap di Pagoh, Johor merujuk kepada Najib seperti dilaporkan Malaysiakini."Saya sedar tindakan dan ucapan saya akan menyebabkan orang tertentu marah tetapi saya senang hati orang Pagoh bersama-sama saya. 

Tiada sesiapa hidup selama-lamanya dan saya tidak boleh menanggung dosa jika saya diam."Jika mereka mahu singkirkan saya silakan tetapi jangan lupakan sumbangan saya selama 36 tahun," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Beliau turut bertanya jika Umno Pagoh bersedia menerima wakil rakyat bebas dan pertanyaan itu disambut sorakan daripada hadirin majlis."Apa yang saya lakukan adalah bersuara demi untuk menyatakan apa yang saya rasakan benar. 

"Apa pun diharapkan janganlah buat begitu kepada ahli yang sudah berpuluh tahun berkorban untuk parti," katanya seperti dilaporkan Bernama.Muhyiddin berkata walau apa pun yang berlaku, beliau tetap merupakan ahli Umno yang setia kepada parti.

"Biarlah dicincang dan dipancung, saya tetap (setia pada) Umno," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.

Read More

Jangan tau main politik jea...Rakyat dah tenggelam!

Selasa, 1 Disember 2015
Mana p wakil rakyat....??
Wakil tok ketua...??
Wakil ketua segala ketua...??
Rakyat dh jd mcm ni..
Jgn tau main politik jea..

Lokasi Kg Perlis Bayan Lepas...rakyat dalam kesusahan...



Only in Malaysiaaaaa....
P/s: Berbanggalah dgn barangan buatan Malaysiaaaaaaa!


 ...ni udang kering..sebungkuih dah serengget untuk quantity cenggitu ... perrggghh 

makin ramai ler worang dengar bisikan halus nanti ... dan akan pasti ada worang akan dibaling dengan batu lesung ... 



Kalo disemenanjung lembu bsalah..adakah di sabah En Kambing plak..tiada manusia yg bsalah dlam hal ni, kalo xsuke dok bangla


Bersama-samalah kita berdoa... — feeling blessed at Kediaman Rasmi Perdana Menteri "Sri Perdana" Putrajaya.

Read More

Khalid Samad - Persoalan Ekstrimisme Dan Budaya ‘Takfiri’..."Dr. Mujahid difitnah memanjangkan agenda Amerika"?

Selasa, 1 Disember 2015

Persoalan Ekstrimisme Dan Budaya ‘Takfiri’ – Khalid Samad

MUQADDIMAH
Baru-baru ini YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah mengeluarkan kenyataan bersama YB Dato Raja Kamarul Bahrin berhubung masalah ekstrimisme. Dalam kenyataan tersebut Mujahid dan Raja Bahrin telah berusaha menjelaskan bahawa antara punca utama ekstrimisme adalah sikap ‘hanya kami betul, yang lain sesat’. Ini seterusnya membawa kepada budaya ‘takfiri’ ia itu menghukum dengan menyatakan kumpulan atau orang ini terkeluar dari Islam. Hasil dari itu maka akan menular sikap dan tindakan ekstrim sehingga menghalalkan penumpahan darah dan mungkin membawa kepada pembunuhan terhadap golongan yang berbeza pandangan.

Kenyataan mereka ini dispin sehingga ditokok tambah dengan apa yang tidak dinyatakan beliau. Tujuan di sebalik usaha spin ini ialah supaya isu yang ditimbulkan mereka berdua ditenggelamkan dan apa yang tidak dinyatakan sebaliknya menjadi isu perbahasan.

Saya ingin membawa balik perbincangan kepada apa yang telah dinyatakan Dr. Mujahid dan Raja Bahrin, dan bukan tokok tambah yang dibuat pihak lain. Pihak lain ini telah mensasarkan Dr. Mujahid dan oleh itu tulisan saya seterusnya menyebut Dr. Mujahid sahaja.

KESINAMBUNGAN USAHA ALMARHUM TG YUSUF RAWA
Saya melihat kenyataan Dr. Mujahid sebagai satu usaha untuk menghalang timbulnya kembali budaya takfiri yang pernah satu ketika dahulu menghantui gerakan Islam di Malaysia. Oleh itu usaha beliau bukan sebagai satu usaha memperlekehkan Almarhum ayahnya sendiri, seperti yang didakwa melalui media sosial; tetapi sebaliknya mempunyai kesinambungan terhadap usaha Almarhum.

Budaya ‘takfiri’ ini merupakan budaya yang telah mula bertapak di kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu sehingga membawa bermacam-macam masalah dan angkara. Budaya ini telah dapat dikekang dan ditangani pengaruhnya hasil usaha gigih pimpinan PAS yang muncul bersama ‘kepimpinan Ulama’ pada tahun 1982.Kumpulan ulama’ yang menerajui kepimpinan baru ini pada ketika itu terdiri dari Almarhum TG Yusuf Rawa, Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor, Almarhum Ust Hassan Shukri, Almarhum Ust Yahya Othman, Ust Abdul Hadi Awang, Ust Nakhaie Ahmad dan ramai lagi. Mereka telah berjaya memperjelaskan usaha sebenar perjuangan Islam sebagai satu usaha memberi penerangan berhubung Islam sambil menyeru manusia kepadanya. Ia bukan usaha untuk menghukum manusia sebagai kafir, munafik, fasik atau sebagainya. Antara ungkapan yang dimasyhurkan pada ketika itu adalah “Duat laa Qhuda” atau “(kami) Duat bukan Qadhi”. Duat adalah plural kepada Da’i atau pendakwah.


Turut juga dipopularkan konsep “Muwajjahah Silmiyah” atau “berhadapan (dengan masyarakat) secara damai”. Adunan dua konsep ini, iaitu ‘Duat Laa Qhuda’ dan ‘Muwajjahah Silmiyah’ adalah antara rahsia kejayaan PAS meletakkan dirinya di arus politik perdana mulai tahun akhir 80an. Ia adalah juga rahsia kejayaan PAS membendung munculnya ekstrimisme dalam PAS sendiri.

KESAN PENOLAKAN PENDEKATAN ‘TAKFIRI’
Melalui penolakan pendekatan takfiri ini dan kepimpinan yang jelas fikrah mereka serta berhikmah, maka budaya takfiri dapat dibendung PAS dari terus menguasai gerakan Islam di Malaysia. Bagi PAS, ini telah membuka jalan kepada pendekatan yang lebih inklusif, saling berkerjasama antara kumpulan gerakan Islam dan parti politik pembangkang lain. Malahan, kerjasama dengan golongan bukan Islam juga dimulakan dengan adanyaengagement atau perhubungan dengan persatuan pendidik dan guru-guru Sekolah Cina serta aktivis masyarakat berbangsa Cina yang lain sehingga terbentuknya Chinese Consultative Council (CCC). Ini semua berlaku dengan pesatnya pada pertengahan 80an.

Penolakan pendekatan menghukum dan takfiri ini juga telah memungkinkan usaha bersama Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah (1990), Reformasi melalui Gerak (1998), Barisan Alternatif (1999) dan seterusnya Pakatan Rakyat (2008 – 2015).
Oleh itu usaha untuk menghalang timbulnya kembali budaya menghukum dan takfiri seharusnya dialu-alukan dan tidak dibantah melalui penyebaran maklumat yang keliru dan mengelirukan.

SPIN DAN SERANGAN PERIBADI TERHADAP DR. MUJAHID
Malangnya kenyataan Dr. Mujahaid dispin sehingga dikatakan ianya kutukan terhadap usaha ayahnya sendiri. Ditambah lagi bahawa ianya kutukan terhadap golongan Syuhada’ Memali. Ditambah lagi bahawa kononnya ia mengaitkan PAS dengan Al-Maaunah dan sebagainya!
Sedangkan kenyataan beliau langsung tidak menyentuh peristiwa-peristiwa tersebut! Dan sikap Dr. Mujahid terhadap syuhada’ Memali adalah sepertimana sikap Almarhum ayahnya, bahawa mereka adalah mangsa politik rakus UMNO/BN dan mereka telah gugur sebagai syuhada’. Mereka dibunuh dalam keadaan diserang dan bukan menyerang, terus berada dalam rumah mempertahankan diri dan hak mereka.

Begitu juga difitnahkan bahawa Dr. Mujahid hanya memanjangkan agenda Amerika kerana agenda ekstrimis adalah agenda Amerika! Adakah mereka menafikan wujudnya masalah ekstrimis ini? Sedangkan apa yang dimaksudkan sebagai agenda Amerika adalah bahawa Amerika sebenarnya disebalik golongan ekstrimis ini supaya imej Islam tercemar dan sentiasa kelihatan ganas! Maka penolakan pendekatan ekstrimis adalah penolakan agenda Amerika bukan memanjangkannya.

Dan berbagai lagi serangan peribadi yang dilemparkan terhadap Dr. Mujahid semata-mata kerana beliau ingin menghalang timbulnya kembali budaya menghukum dan takfiri yang pernah ditentang PAS satu ketika dahulu. Dan sememangnya ianya dilihat seolah-olah ingin ditimbulkan kembali dengan kecenderungan menghukun sebagai fasik, munafik dan sebagainya kebelakangan ini.

Kalau tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan Dr. Mujahid sekalipun, nyatakan apa yang tidak dipersetujui, dengan hujah, tidak perlu dilakukan fitnah atau‘character asassination’ atau menyerang peribadi beliau.

Saya tidak berhajat untuk menjawab setiap satu dari fitnah tersebut kerana usaha sedemikian akan mencapai tujuan dan matlamat golongan pemfitnah. Sememangnya mereka ingin supaya perbahasan diselewengkan dari persoalan asal.

Saya hanya ingin menegaskan bahawa budaya menghukum dan takfiri yang ingin dihalang Dr. Mujahid perlu disambut baik oleh semua ummat Islam dan bersama memikul bertanggung-jawab untuk menentukan bahawa ianya tidak kembali mempengaruhi masyarakat Islam Malaysia. Jika tidak, maka bahaya kemunculan IS seperti yang disebut Dr. Mujahid akan menjadi satu realiti di Malaysia, naudzubillahi min dzaalik.

KESIMPULAN
Islam merupakan agama yang meraikan perbezaan pendapat. Asalkan ianya bukan isu yang menyentuh persoalan aqeedah, maka perbezaan pandangan ini wajar dibahas dalam suasana ukhuwwah dan saling menghormati. Masing-masing mempunyai hujah dan setiap hujah ada asasnya. Akhirnya kebenaran hujah akan terbukti melalui pengamalannya.

Kecenderungan untuk mengaitkan semua persoalan ummat Islam dengan aqeedah, walaupun tiada kena-mengena dengan aqeedah, akan menghasilkan sikap yang keras atau syadid dan mendatangkan masalah ‘takfiri’. Para sahabat sendiri pernah berbeza pandangan dengan Nabi (SAW) atas persoalan urusan dunia dan Nabi tidak mengkafirkan mereka atas sebab berbeza pandangan dengan Baginda. Atau menuduh mereka menghinanya kerana berbeza pandangan. Ada kalanya Nabi mengakui kebenaran pandangan sahabat dan adakalanya sebaliknya.

Jika berbeza pandangan dengan Nabi sendiri, atas soalan urusan keduniaan, yang tidak ada hukum yang jelas mengenainya, tidak dianggap menghina atau derhaka kepada Nabi oleh Nabi sendiri, bagaimana ianya boleh dianggap sebaliknya apabila berbeza dengan manusia lain. Walaupun manusia itu ‘ulama besar dunia’ sekalipun.

Oleh itu biarlah pendekatan kita lebih terbuka, jangan menghukum dan mengkafirkan dengan semudah itu. Supaya trend ke arah ekstrimisme ini dibendung dan perbezaan pandangan dihargai dan dibincang dengan baik dan waras. Supaya akhirnya ummat Islam ini dapat maju ke hadapan tanpa dimomok ketakutan yang diada-adakan.

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD
Read More

Neh, Senarai kepincangan pentadbiran kamu Najib! Dr M beri 'amaran'?

Selasa, 1 Disember 2015

Dr Mahathir senaraikan kepincangan pentadbiran Najib

Dalam surat terbuka kepada ahli dan pemimpin akar umbi Umno menjelang perhimpunan agung tahunan parti minggu depan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan apa yang didakwanya sebagai kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga mengulangi dakwaannya bahawa Umno kini milik Najib dan perjuangan parti terhad kepada mendokong presiden.

“Kesetiaan ahli terhad kepada presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara,” katanya dalam tulisan terbaru di blog.
Mahathir yang mengetuai Umno dan negara selama 22 tahun juga menyenaraikan kepincangan pentadbiran Najib hari ini.

Berikut antaranya,

    Memperkenalkan slogan 1Malaysia, yang sama dengan Malaysian     
     Malaysia (slogan DAP);

    Melantik penjajah sebagai penasihat;


    Penggunaan konsultan barat:


    Mewujudkan PEMANDU untuk menggantikan Unit Perancang Ekonomi;


    Bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi;


    Meletak negara di bawah kehendak Singapura;


    Pinjaman berbillion ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negara;


    Menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar;


    Tidak dapat membukti di mana modal yang dilabur berada;


    Gagal membayar faedah hutang;


    Beli tanah kerajaan dengan harga yang amat murah;


    Jual tanah kepada institusi kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi;


    Kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk


“Wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB,

“(Wang) RM2.6 billion tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh SPRM dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil.

"Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga membidas cara hidup mewah lebih dari kemampuan perdana menteri dan tindakan rakyat yang menegur disoal-siasat oleh polis dan dituduh sabotaj bank dan kewangan negara.

Dr Mahathir juga berkata cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat dan beban bagi rakyat bertambah.

“Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU-14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan Umno akan menjadi parti pembangkang.

“Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Umno untuk bangsa, negara dan agama,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung Umno dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember ini.
Kedah Lanie.
Read More

Pak Yus (Jambu)...Air mataku mengalir tika menulis status ini. الفاتحة

Selasa, 1 Disember 2015

'PAK YUS, AIR MATA SAYA MENGALIR KETIKA MENULIS STATUS INI'



Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus, bacalah dengan nama Allah.

Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, insan inilah yang datang menghulurkan bantuan. 

"Nah! Ambillah duit ini. Kalau tak ada duit nak hidup, habaq kat aku jangan habaq kat orang lain. Kita geng utara, jangan buat malu kat orang," katanya sambil ketawa.

Di kemudian hari, bila saya nak memulangkan kembali duit yang dipinjamkan, inilah kata-kata arwah:

"Aku tak mahu. Daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim tak pun pergi belanja kawan-kawan. Ramai lagi yang perlukan duit itu," katanya.

"Mulianya hati kamu,"

Ketika mana saya berasa bosan, insan inilah yang akan mengajak lepak bermain PS4 FIFA di rumahnya. Manchester City adalah pasukan kegemaran dia. Sebelum game bermula, dia akan siap berpakaian jersi dan kasut bola, semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak ketawa. 

"Riangnya kamu,"

Ketika berada di kampung, insan inilah yang akan call atau WhatsApp ajak main Futsal dan bola sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua guna duit poket dia. Selesai bermain, insan inilah yang akan belanja satu pasukan. Kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu. 

Apabila Raja Lawak United ditubuhkan, insan inilah yang sponsor kami jersi dan bola. Dalam padang, dialah kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pada pesanan insan ini kepada saya,

"Bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan sombong," katanya.

Tetapi apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah meminta saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan tetapi tidak sempat untuk proses rakaman. Katanya, "Aku nak lagu ini, aku nak rap duo dengan Waris,". Tersenyum saya pada ketika itu. 

Saya terkilan, tak sempat membalas segala jasa baik arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa. 

Jam 1 pagi, saya mendapat tahu berita pemergiannya, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya terus ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat juga. Saya kapankan arwah, saya solatkan arwah, saya usungkan jenazah arwah. Sempat juga saya kucup dahi arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum. 

Jika benar di dahinya tertera kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah bahawa dia bukan biasa-biasa. Saya beritahu ini bukan bertujuan untuk riak atau sebagainya tetapi hanya untuk khabarkan. Tiada apa lagi yang mampu saya balas jasa baik arwah melainkan iringan dan kiriman doa.

Saham akhirat insan ini sebagai salah seorang penyumbang kepada sebuah sekolah agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar. 

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih di atas ilmu dan nasihat dari kamu. Al-fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah. - Ilham Tuah Raja Lawak

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
BLM.

الفاتحة



Jenazah Yus Jambu selamat dikebumikan.
Jenazahnya dikebumikan pada pukul 2.45 petang yang turut dihadiri rakan artis seperti Hairi Safwan, Angah Raja Lawak, Achey, Atu Zero, Ajak Shiro dan Akim.
Abang Allahyarham Jaafar Edoo, 53, berkata pemergian adiknya amat dirasai kerana semasa hidup, adiknya banyak membantu keluarganya dan beliau merupakan seorang yang sangat dermawan.
Beliau berkata beliau tidak menyangka perbualan dalam telefon 3 hari lepas merupakan perbualan terakhir beliau dengan adiknya yang menghidap sakit jantung sejak tahun 2008.
"Tiga hari lepas dia ada menelefon saya memberitahu  dia sangat sibuk dengan kerjayanya dan dia berjanji jika ada kelapangan dia akan segera pulang ke kampung untuk melawat kami.
"Kami berasal daripada keluarga yang teramat susah. Sejak dia menceburi industry hiburan, dia  banyak merubah nasib kami sekeluarga. Dengan kehilangan ini, saya sekeluarga amat sedih kerana orang yang menjadi tempat kami bergantung sudah tiada," katanya.
Jaafar berkata adiknya sebenarnya merupakan seorang yang pendiam berbeza dengan karektornya di pentas seni yang sering dilihat periang dan mempunyai ramai kawan.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan 5,000 orang yang terdiri daripada peminat, kenalan dan penduduk kampung selepas solat Zohor yang diimamkan bapa saudaranya Suban @ Ani Hassan.
Jenazah beliau disemadi berdekatan pusara arwah ibu dan bapanya.
Yus pada mulanya bergiat aktif dalam bidang seni teater, hadrah, muzik asli dan beliau boleh bermain semua alat muzik tradisional dengan baik sejak awal 90-an bermula di Taman Budaya Perlis (kini Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis).
Beliau juga merupakan seorang guru tari di Taman Budaya Negeri Perlis selain pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Teater Peringkat Kebangsaan 2006.
Yus mula dikenali selepas kumpulan Jambu yang disertainya bersama Tauke menjadi juara Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007. – Bernama, 30 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jenazah-yus-jambu-selamat-dikebumikan#sthash.Eftzcxj9.dpuf
Read More

Singkir Pas dari Selangor, fitnah jahat blogger-bloger yang didakwa pro BN..."Wan Azizah bersetuju dengan kenyataan Azmin"?

Isnin, 30 November 2016
Singkir Pas dari Selangor, fitnah jahat blogger – Wan Azizah
 | November 30, 2015
Wan Azizah bersetuju dengan kenyataan Azmin, bahawa perlunya kerjasama dengan gabungan parti pembangkang termasuk Pas untuk menjatuhkan BN.
azizah-azmin
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya kerajaan negeri Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali bersetuju menghalau Pas daripada kerajaan negeri tidak benar sama sekali.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Azmin sebelum ini bahawa Pas diperlukan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), selain melakukan kerjasama dengan gabungan dalam Pakatan Harapan.
“Semalam Azmin sudah mengatakan bahawa kita (pakatan pembangkang) perlu bersatu dalam usaha untuk menjatuhkan BN. Saya bersetuju,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.
Mengulas lajut, Wan Azizah berkata, dakwaan kononnya Azmin akur dengan desakan DAP untuk menghalau Pas dari pentadbiran kerajaan Selangor hanyalah fitnah jahat yang dibuat blogger-blogger yang didakwa pro BN.
“Tidak benar (Azmin tunduk kepada desakan DAP), blogger-blogger ini mengambil upah, jadi kita tidak boleh ambil (dengar) apa yang mereka katakan sebagai fakta,” katanya.
Terdahulu, blogger pro BN mendakwa, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin berada dalam tekanan hebat berikutan desakan DAP yang mahu kerajaan Selangor mengiktiraf Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti gabungan DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Harapan serta desakan DAP yang mahu Azmin mengiktiraf kewujudan Pakatan Harapan.
Katanya, Tony Pua selaku Pengerusi DAP Selangor turut mendesak Azmin menyingkirkan Pas dan semua EXCO Pas yang dilantik bagi membolehkan Pakatan Harapan mentadbir Selangor secara solid tanpa ada sebarang campur tangan Pas di negeri itu.
FMT.
Read More

Kerajaan 'ingat' TNB ini apa agaknya? Malaysia sudah ada IPP China.

Isnin, 30 November 2015


Ini pandangan peribadi, yang aku perasan TNB ni asyik jadi 'mangsa' saja. Mari aku ungkit isu sejak 2013(tak perlu imbas sampai 1993, kita boleh baca buku Allahyarham TS Ani Arope, tokoh besar rakyat & korporat):

1. Bila tarif elektrik naik, menteri naif salahkan TNB. Kata jangan asyik nak untungkan pemegang saham, kena fikir kebajikan rakyat. Padahal tarif naik tu kesan daripada kos bahan api yang naik, yang disebabkan dasar Kerajaan yang kurangkan subsidi bahan api.

2. Bila harga minyak dunia turun, menteri naif cuba lagi nak salahkan TNB katanya tak nak turunkan tarif elektrik. Padahal yang semak tarif tu kerja Kerajaan, yang meluluskan tarif turun tu kuasa pada Kerajaan.

3. Bila umum projek loji janaelektrik baru, Project 3B(Jimah East). TNB masuk bidaan. Kerajaan tak bagi TNB, bagi ke 1MDB, TNB tak dapat. Bila 1MDB tak mampu, siapa ambil Projek 3B, TNB.

4. Bila nak jual aset 1MDB, 5 loji janaelektrik Malaysia dan 8 loji di luar negara. TNB masuk bidaan. Peraturan tak benarkan 100% milikan asing. Tapi Kerajaan bagi kebenaran khas dan syarikat China dapat, TNB tak dapat. Malaysia sudah ada IPP China.

5. Semalam, Kerajaan nak cukai lagi TNB, RM2,000juta.

Kerajaan ingat TNB ini apa agaknya?

Mari aku ingatkan, TNB ini syarikat yang berkaitan Kerajaan. Jumlah saham TNB 4,000,000,000 unit. Sebahagiannya dimiliki rakyat Malaysia melalui saham Khazanah. Sebahagian lain dimiliki pemegang saham, ada duit KWSP, Amanah Raya, PNB dan Tabung Haji. Jika seorang miliki 10,000unit, pemegang saham adalah seramai 400,000. TNB ini ada 30,000 warga kerja.

Sebarang tindakan Kerajaan yang tidak adil dan merugikan TNB, agaknya berapa ramai orang yang akan terkesan? 430,000 orang akan terkesan secara langsung(tak termasuk keluarganya). Kalau setiap orang ada 2 ahli keluarga, 860,000 orang terkesan secara tak langsung. Ini pun tak termasuk lagi pihak berkepentingan tak langsung seperti, pencarum KWSP, Amanah Raya, pendeposit Tabung Haji & ASB/ASN melalui PNB, berapa juta orang jumlahnya? Rumusannya, sangat ramai yang terkesan dengan tindakan-tindakan Kerajaan kepada TNB sejak 2 tahun lepas.

Bayangkan tindakan Kerajaan ini menyebabkan orang yang terkesan ini tidak berpuas hati dan menyatakan bantahannya, bagaimana? Agak-agaknya kalau mereka berhimpun dan bersatu, tubuhkan organisasi sendiri, bagaimana?
Kita faham yang Aspirasi Rakyat hari ini adalah politik idea & dasar, ekonomi yang pro-rakyat dan negara yang bebas rasuah & penyelewengan.

Kita cuma mengingatkan, dalam aspirasi untuk ekonomi yang pro-rakyat, jangan sampai mereka tubuhkan parti politik sendiri dan berjuang mempertahankan keadilan dan kebajikan semua pihak yang berkepentingan dengan TNB dan GLC lain, dan bersama-sama dalam PRU14 yang akan datang. Bayangkan kekuatan kuasa politik parti Tenaga itu nanti? Dan kalau itu terjadi, dijangka jutaan orang yang terkesan akan bersama. Aku akan bersama.

Dr kakitangan TNB

Mohon kawan-kawan share.
Read More

[Video] 1MDB - Beli RM18bilion, Jual RM9.83bilion, Rugi RM8.17bilion? BIJAK TANG MANA kalau berniaga rugi!

Isnin, 30 November 2015



MANA hero-hero pembela Melayu Umno atau NGO-NGO mereka untuk pertahankan kedaulatan dan kepentingan negara !!!!

Lelongan sudah bermula dek kerana #1MDB.

Dulu Najib kata..
1MDB merupakan satu plan perniagaan yang amat bijak.

1MDB Beli Rm 18 Bilion
1MDB Jual Rm 9.83 Bilion
1MDB Rugi Rm 8.17 Bilion..

BIJAK TANG MANA kalau berniaga rugi !!!

Dulu puak sana selalu berhujah cakap.. "1MDB beli IPP untuk turunkan tariff elektrik, kita tak mau kroni jaa yang pegang IPP, bagilah 1MDB yang menjadi pemilik bagi IPP. Bila 1MDB beli IPP barulah tarif elektrik negara dapat turun"

Laa ni nak turun macam mana? Semua asset IPP 1MDB dah jual dekat negara China ?





Mereka & keluarga mereka yg x mboh berubah...tetap dulu kini & selamanya...terlalu syg & tahsub..





Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena