Wednesday 25 November 2015

[Video Haram Jadah!] Pegawai Inikah Yang Gelar Najib Sebagai 'Lembu'? Semuaaa salah LEMBU!

Rabu, 25 November 205





Apa kah perkataan yang sesuai utk Najib ni..???



Adakah orang percaya tidak mencuri?...bela lembu beranak kondo ...

14 hrs 
 

Mahkamah Tetapkan Tiada Siapa Bersalah Dalam Kes NFC, Hanya Lembu Bersalah?

Smuaaa slh LEMBU!

Pegawai Inikah Yang Gelar Najib Sebagai 'Lembu'?


Siapa Pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang gelar DS Najib sebagai "LEMBU"?


Melaui satu posting di facebook oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Maria Tay, dia mendakwa bahawa ada seorang hamba Allah ini telah menggelarkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak umpama seperti seekor lembu.

Melalui posting tersebut, individu yang disyaki terbabit dipercayai adalah seorang pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi. Menurut pendakwa, individu terbabit menggelarkan Najib sebagai ‘lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan’ ketika membuat satu kenyataan di hadapan hadirin termasuk duta-duta asing dalam sebuah majlis.

Namun begitu, dalam satu lagi posting berikutnya, Maria mendakwa bahawa individu tersebut tidak mengeluarkan kata-kata tersebut dengan jelas tetapi hanya membidas dengan hanya mengibaratkan Najib dan kroninya sebagai tidak berguna.

"Orang itu tidak secara khusus melabel Najib sebagai 'lembu yang tidak berguna' dan saya pasti tidak akan memuat-naikkannya.

"Apa yang saya maksudkan adalah bahawa orang itu memburukkan kerajaan dan semua pegawai atasannya hingga mereka seolah-olah seperti 'lembu yang tidak berguna',” katanya.

Ohhhhhh.. Mungkin perumpamaan 'lembu yang tidak berguna' itu diberikan sendiri oleh Maria bagi menggambarkan betapa dahsyatnya individu  yang didakwa terbabit membidas Najib.

Namun begitu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan  telah mengarahkan kementeriannya untuk menyiasat kesahihan dakwaan pemilik akaun facebook tersebut.

"Saya sudah berhubungan dengan Menteri (Datuk Seri Mustapa Mohamed)... Siasatan akan dijalankan. Ini tuduhan serius," katanya.

Sementara itu, dalam satu posting facebook milik Datuk Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu, beliau juga sebelum ini pernah mendakwa bahawa individu yang juga merupakan kakitangan kerajaan tersebut membuat kenyataan mengutuk kerajaan dalam satu majlis yang berlangsung beberapa bulan yang lalu.

Memetik posting Maria, individu tersebut mendakwa bahawa kerajaan perlu dibubarkan dan MITI tidak peduli kerana mereka boleh beroperasi dengan sendiri tanpa menteri-menteri yang tidak berguna.

Kenyataan berani mati tersebut turut didengari oleh dua perwakilan asing, ketua pegawai eksekutif dan eksekutif tempatan yang hadir. Identiti individu terbabit masih lagi dirahsiakan kerana isu ini masih lagi disiasat.

Dipetik dari - TiraGomez/UtaraNews.com
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena