Sunday 22 November 2015

[Video] DAP akan membantah sekeras-kerasnya TPPA pada sesi Parlimen akan datang..."Obama akui harga ubat meningkat sebaik sahaja TPPA disahkan".

Ahad, 22 November 2015

DAP tuntut penjelasan Putrajaya kerana kenyataan TPPA bercanggah Obama

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berucap semasa DAPSY National Congress 2015 di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang hari ini, mengkritik GST yang membebankan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 22 November, 2015.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berucap semasa DAPSY National Congress 2015 di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang hari ini, mengkritik GST yang membebankan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 22 November, 2015.

Lim berkata, sekiranya Putrajaya tidak menjelaskannya, DAP akan membantah sekeras-kerasnya perjanjian itu pada sesi Parlimen akan datang.
Katanya, Obama ketika lawatannya ke Malaysia mengakui harga ubat akan meningkat sebaik sahaja TPPA disahkan.
Namun sebelum ini, Mente pada sesi Parlimenri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal.
Mustapa berkata, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.
Lim berkata demikian ketika berucap di hadapan 400 orang perwakilan DAPSY yang hadir di Kongres Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.
Ketua menteri Pulau Pinang itu menambah, tidak cukup dengan harga tol yang meningkat serta mata wang ringgit menurun, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menambahkan lagi beban rakyat Malaysia.
"GST tidak cukup celaka? GST sudah cukup celaka. Saya tahu kalau cakap macam ini mungkin kena dakwa macam Nurul Izzah.
"GST celaka, tambah dengan mata wang ringgit, harga minyak tak turun rakyat susah. Masuk lagi dengan TPPA.
"Harga ubat akan naik. Kita tidak mampu beli ubat, betul-betul hendak bagi kita mati," katanya. – 22 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tuntut-penjelasan-putrajaya-kerana-kenyataan-tppa-bercanggah-obama#sthash.REZnAgs2.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena