Sunday 22 November 2015

DAP yakin Anwar setuju PH tanpa libatkan Pas...Pengorbanan Amanah seakan-akan 'tidak dihargai' Azmin?

Ahad, 22 November 2015

DAP yakin Anwar setuju PH tanpa libatkan Pas


Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong mengatakan beliau yakin bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersetuju partinya, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bekerjasama tanpa melibatkan PAS walaupun beliau kini berada di dalam penjara.

Teo berkata, keyakinannya itu kerana PAS sudah pun memungkiri janji dan membelakangkan polisi yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat dahulu.

“Kami Pemuda DAP tidak sekali-kali ingin campur dalam masalah dalaman PAS sehinggalah PAS sendiri merosakkan hubungan dengan PKR dan DAP.

“Pakatan Harapan bukanlah tempat untuk pemimpin yang hipokrit!,” katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.

Pada masa sama, ahli Parlimen Rasah itu juga menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali kerana tidak mengiktiraf Pakatan Harapan walaupun ia ditubuhkan secara rasmi dan direstui Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pengorbanan pemimpin-pemimpin parti Amanah yang selama ini mempertahankan Pakatan Rakyat seakan-akan tidak dihargai.
“Mereka ini terpaksa keluar daripada PAS atas prinsip yang kukuh dan jelas. Jadi adalah menjadi tanggungjawab PKR dan DAP untuk mempertahan dan membantu mereka,” katanya.

Katanya, Pemuda DAP akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pemuda PKR dan Pemuda Amanah dalam gerak kerja memperkuatkan Pakatan Harapan serta mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada gabungan pembangkang baharu itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena