Monday 16 November 2015

Putus hubungan dengan Salleh Man..."Tak dak dah la wakil Pas di P.Pinang, awat la jadi gitu".

Isnin, 16 November 2015

Putus hubungan dengan Salleh Man

PERMATANG PAUH - Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata Pas kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di sini hari ini.

Katanya, pendirian Pas pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh Man mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan Yang Dipertua 2 Pas Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan Pas negeri, akan dimaklumkan kepada Pas pusat. - Bernama
Batuvskayu.

PAS Dah Tak Ada Wakil Di Pulau Pinang...


ULASAN GB

Entah apa yang ada di dalam benak pemimpin PAS Permatang Pauh sehingga mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan ADUN PAS sendiri iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Sekarang, apabila PAS sudah memutuskan hubungan dengan ADUN Permatang Pasir bererti PAS sudah tidak ada kerusi di DUN Pulau Pinang.

Dan susulan itu, sepatutnya semua ahli-ahli PAS yang menjadi kakitangan kerajaan Pulau Pinang di atas lantikan politik perlu meletakkan jawatannya.

Selepas ini juga, rasanya elok juga PAS umumkan mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Pulau Pinang jika merasakan dirinya telah kuat jika bersendirian.

Nampaknya PAS Pulau Pinang sudah seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Pakatan Harapan.

PAS Permatang Pauh tidak ambil iktibar kekalahan Yusni Mat Piah yang bertanding di Sungai Acheh pada pilihanraya ke 13 yang lalu di mana Yusni hanya memperolehi 600 undi dan hilang depositnya.

Bebeza pula pendirian PAS di Selangor.

Exco-exco PAS Selangor masih mengekalkan jawatannya malah PAS Selangor beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor walaupun DAP masih ada di dalam kerajaan negeri.

Rakyat sedang memperhati dan menilai gerak-geri dan tindakan PAS yang kini berjuang dengan nafus dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.....

ulasan:

nick berkata...
Jangan tak tau nanti sibuk puak2 ni berdolak-dalik cakap keputusan tu tak muktamad sebab majlis syura' belum bagi persetujuan..alah..macam apa yang diorang lakonkan masa muktamar dulu.Biasalah mamat2 serta minah2 yang perasan diaorang ni pejuang2 suci yang langsung takdak silap apatah lagi buat dosa. Mereka semua fikir bila taat dan walak tanpa soal, maka Allah akan memandu segala tindakan dan akhlak mereka menjadi sempurna serta dirahmati.

Ni lah yang ada dalam benak puak2 akal kurang, ilmu secoet tapi berangan2 dialah muslim sebenar yang setanding dengan sahabat2 Rasullullah SAW. Islam tu sendiri pun tak faham apatah lagi nak faham politik dalam islam. Semuanya ingat asalkan nampak macam islam, nama pun islam serta berhabuk2 "speaking arab", mereka dah lengkap amal dan syariat sebagai muslim. Diri sendiri pun belum kenal tapi dah berlagak macam "wali2 dan mujahid2 terbilang"! Rosak Islam dek kerenah puak2 perasan ni!

Nick.
Cape Tiger.
Tanpa Nama berkata...
PAS akan lingkup perlahan-lahan. Tunģgu pru 14.
dol berkata...
program perpaduan ummah merentas ideologi pd 16-18 dis 2015... program pra UG Hj hadi dn najib ada.... ramai lg

termasuk dijemput ialah prof quraish shihab seorg syiah totok indon

nampak tk mcmana syiah nk masuk melalui org mcm hj hadi. najib bkn tau apa... syiah atau yahanana srmua dia kwn ..jnji jilat dia

jika hadi betkuasa syiah akn melebar dimlysia. ini sgt bahaya bkn main2.

dh kata hadi yg pro syiah... sedang takiyyah utk berbaik dgn hadi demi dpt kuasa sikit

bila ada kuasa sikit nnti dia akn nasihat najib berbaik2 dn buka pintu lbh luas utk syiah

tunggulah tragedi timur tgh sedang dirancang di negara ini

tk caya tunggullaaaaa
Tanpa Nama berkata...
Asyik putus hubungan dan silaturrahim saja kerja puak puak ni..ini bukan ajaran islam tetapi ajaran syiah..rakyat malaysia mesti berhati hati dgn kumpulan syiah ni.
Tanpa Nama berkata...
Hancorlah negara. Musnahlah kesejateraaan rakyat kalau syihab al syiah ni dibawa masuk ke negara kita. Tolonglah baca web2 berita islam di indonesia sekarang. Tolonglah ambik tahu apa sudah jadi di sana. Puak syiah betul2 dah bikin kacau bilau. Mereka maki hamun para sahabat secara terang2, mestilah marah kaum ahli sunnah.

Pemerintah sekular pulak tak ambil peduli. Maka meranalah saudara2 kita di sana. Sekarang hadi panggil pulak puak2 ini datang bawak ajaran syiah. Hadi. Hadi. Pendeknya ilmu dan akal kau.
Tanpa Nama berkata...
Pas akan bungkus lepas ni ..caya laaa
tanya sama itu hud hud berkata...
Aku dari dulu tak suka hadi awang sebab dia tolak pengajian sifat 20.
Kemudian dia kata wahbi termasuk dalam ahli sunnah wal jamaah.
Boleh cari video2 tersebut di youtube
yen uchop berkata...
Perkembangan terkini aku sokongan sekuat kuatnya pas bergabung ngan umno nanti pas jadi kuat. Bila mengundi nanti aku bagi betul pada pas lulus dengan tanda right dan aku takkan menolak pangkah palang pas atau umno, aku cakap betul ni.
Dr.Paridul Adras Ismail berkata...
Pas tidak mendapat keuntungan dengan memutuskan hubungan DAP. Pas seterusnya mengalamai kerugian besar apabila memutuskan hubungan dengan YB Salleh Man. Salleh Man ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dan adun Permatang Pasir. Kini Pas tiada apa-apa kekuatan di Pulau Pinang selain daripada kekuatan "kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang najis". Salleh Man terpaksa mengikut rendak kerajaan negeri kerana takut kehilangan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Elaunnya tinggi, ada pemandu dan kereta kerajaan. bertindak Masyarakat masih tertanya-tanya bila pula Pas Selangor mahu memutuskan hubungan dengan Pesuruhjayanya. Baru-baru ini Iskandar Samad, selaku pesuruhjaya Pas Selangor telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan Presiden TGHA mengenai kerjasama dengan PERKASA. Tiga exco Selangor dari Pas pasti tidak mahu melepaskan jawatan mereka kerana masing-masing mendapat elaun lumayan, kereta besar dan habuan-habuan yang lain. Manifesto Pas sudah jadi manipulasi Pas. Pas engkau ini bagaimana? Salleh Man kamu pula di mana?
Tanpa Nama berkata...
Biasa la.
Parti dah nak putus haid
Tanpa Nama berkata...
Ce cite sikit asal usul sifat 20 ni. Mai mana? Zaman sahabat, tabien, abie tabien tak dak. Kenapa yg wahabi ni bukan ahli sunnah wal jamaah. Mohon pencerahan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena