Monday 31 August 2015

Usaha menahan GHB menubuhkan parti, GAGAL! 'Mereka' kecewa...PAS perlu sambut baik kemunculan PAN.

Selasa, 1 September 2015

PAS perlu sambut baik kemunculan PAN

ULASAN KHAS
Barisan kepimpinan GHB pada sidang umum parti.
Selepas 15 jam selesai himpunan Bersih 4 dengan jayanya, kumpulan PAS yang ditolak dalam muktamar lalu telah mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai wadah penerus perjuangan mereka.

Ia diumumkan oleh Mohamad Sabu selaku pengerusi GHB dan beliau juga pengerusi jawatankuasa protem parti baru itu dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur petang semalam.

Kesemua anggota kumpulan berkenaan yang menggelarkan mereka pembawa Gerakan Harapan Baru (GHB) hadir, kecuali empat bekas pemimpin PAS yang juga kalah tidak menzahirkan diri. Mereka ialah bekas Naib Presiden Husam Musa dan Mahfuz Omar dan dua bekas Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf dan bekas Naib Ketua Dewan Muslimat Muntaz Mat Nawi. Belum dapat dipastikan apakah mereka berempat juga bergabung dalam GHB ini atau pun akan terus bertawaqqus dan istiqamah bersama PAS.

Mohamad Sabu sedang umum nama parti baru, Parti Pekerajaan.
GHB telah mengambil alih parti Pekerja Malaysia sebagai wadah baru mereka setelah usaha mereka untuk mendaftarkan parti baharu bernama Parti Progresif Islam ditolak oleh ROS. Penolakan nama parti baru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. (Zaid Amaran).

Menurut Mohamad Sabu parti Pekerja Malaysia itu akan bertukar kepada nama Parti Amanah Negara (PAN). Perkara itu sedang diuruskan dengan pihak ROS dan pengumumkan khas mengenai perkara itu dicadangkan pada 19 September sempena hari Malaysia. Diharap ROS tidak ada masalah untuk membenarkan nama parti itu dan perlembagaannya ditukar.

Tegas Mohamad parti baru itu tetap mengambil Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.

Dengan pengesahan itu, tertubuhnya sebuah parti, kini GHB yang menggunakan tangline,Amanah Progresif dan Peduli sudah ada partinya sendiri. Usaha untuk menahan atau memulihkan kumplan GHB ini daripada tidak menubuhkan parti, gagal. Situasi ini mengecewakan mereka yang sayangkan PAS. Pandangan dan nasihat yang dilontarkan tampaknnya tidak cuba difikirkan kesan buruk baiknya. Kekecewaam mereka mengatasi segala-galanya.

Penubuhan itu juga rasmi bahawa PAS sudah berpecah dua, golongan progresif dan agama dan memberi penunjuk bahawa orang Melayu, (sebab PAS dan GHB Melayu), terus mengekal dan suka kepada bersikap nafsu nafsi. Sifat dan sikap inilah yang melemahkan bangsa Melayu dalam serba aspek. Perpecahan dalam organsasi menimpa Melayu sejak tahun 50an lagi.

Menurut perlembagaan PAS secara automatik mana-mana anggota yang menyertai parti politik lain status mereka sebagai ahli PAS akan gugur. Mungkin peraturan ini tidak relevan lagi buat masa ini dan perlu dibuat pindaan. Dimanakah salah dan ruginya kalau seseorang mempunyai dua keahlian, sedangkan parti yang hendak didokong itu mempunyai dasar dan prinsip sama? Politik poligami harus dibenarkah.

Kerana ia sudah ditubuh, semua pihak kena ucap selamat kepada GHB. Bermula semalam bermakna, GHB tidak perlu mengenangkan PAS lagi dan begitu juga PAS tidak perlu menyesali apa yang berlaku. Kedua-dua pihak kini harus bergerak untuk memperkukuh dan memulihkan wibawa masing-masing. Mereka yang berharap sangat wujud parti baharu dan mereka yang kalah itu dinyahkan daripada PAS tentu gembira dengan sejarah yang terlakar semalam. Apakah sudah dibaca untung dan rugi rasa gembira itu?

Dengan kenyataan yang sukar ditelan ini, tidak perlu, baik PAS atau GHB cuba saling mempengaruhi ahli atau anggota masing-masing. GHB tidak boleh berkempen agar rakan-rakan mereka dalam PAS keluar dan menyertai mereka. GHB harus gentlemen dan membiarkan rakan mereka kekal dan terus memperkuatkan PAS. Serahlah PAS kepada mereka atas segala pancar budi dan tenaga yang ada.

Tindakan saling buruk memburuk dan menghina sesama sendiri tidak banyak memberi manfaat ke atas nawaitu untuk membangunkan agama, bangsa dan negara yang menjadi prinsip dan dasar bersama itu. Pertelingkahan dan membesarkan perbezaan merugikan semua.

Demikian juga dengan anggota PAS khasnya, tidak perlu memperli ataupun meremahkan tindakan kumpulan GHB itu. Apa lagi dengan membuat fitnah kononnya ia dialatkan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya penubuhan parti baru itu perlu disambut dan dialu-alukan. Penubuhan parti itu sebenarnya menyenangkan dan menjelaskan keadaan kepada PAS. Kalau sebelum ini penyokong GHB dalam PAS boleh dianggap sebagai musuh, kini mereka sudah ada wadah baru, dan PAS sudah suci dari musuh.

Kalau pun PAS tidak mahu berdoa kerana bimbang parti baru itu akan menjadi parti besar laksana ular lidi akan menjadi naga, tetapi usahlah perkecil-kecilkannya. PAS tidak seharus menganggap GHB atau parti baru sebagai seteru, begitu juga sebaliknya. Apa disebut sebagai pembersihan sudah berlaku, dan bukankah itu yang dikehendaki? Usaha afdal PAS untuk memperkuatkan sokongan ialah dengan mendakwah ahli-ahli UMNO menyertai mereka. Ini tindakan paling baik daripada PAS berhajat bergabung dengan UMNO.

Langkah yang perlu dimulakan oleh GHB pula ialah cuba mendapatkan seberapa ramai ahli. Menurut Mohamad buat permulaan sudah 35,000 orang akan menjadi ahli parti baru itu. Kita percaya mereka terdiri hampir 90 peratus adalah ahli dan penyokong PAS. Dalam menambah keahlian dan membangunkan PAN ini nanti, mereka tidak perlu menumpukan kepada PAS. Sasaran yang baik ialah dari kalangan anak-anak muda, anggota NGO dan mereka yang tidak berparti.

Lebih 60% anak-anak muda masih belum berparti, bahkan mereka jauh dari politik. Jadi GHB boleh menjadikan mereka sebagai sasaran dan tenaga menggerakkan utama harapan itu. Selera anak-anak muda ini mungkin mereka tidak mesra dengan PAS yang dibawa secara kosevertif jadi, sebagai jalan alternatif bagi mereka ialah GHB. GHB patut memancing yang ini. Dan dengan tenaga dan profesionalisme yang ada kepada GHB mereka mampu berbuatnya.

Dalam sudut lain penubuhan PAN itu juga tidak perlu disangsi dan curigai oleh PAS kerana ia juga bersifat parti penentangan kerajaan. Selagi PAS berpegang kepada sifat dan filsafah sebagai pembangkang (oposisi) ertinya prinsip dan matlamat PAN itu sama dengan PAS. Yang berbeza mungkin dari segi pendekatan, falsafah melaksanakan dasar, tetapi tujuannya tetap sama; menentang kemungkaran UMNO dan kebejatan pemimpinnya terutama bernama Najib Razak.

Kalau ianya sama mengapa harus bergaduh? PAS boleh berseteru dengan GHB sekiranya ia mengkhianti konsensus seperti mana PAS bersetuju ketika bersama DAP dan PKR dahulu. Lainlah kalau PAS sudah buat konsensus baru yang bertentangan. Memansuhkan perjanji terdahulu. Sekiranya PAS sudah mengkhianti konsesus, semangat kepembangkangan secara total, jangan marah kalau ahlinya berhijrah beramai-ramai kepada GHB, atau DAP atau PKR. Setakat ini belum ada hitam putih daripada PAS.

Untuk memantapkan keadaan dan menenangkan ahli serta mereka tidak berfikir negatif dengan perkembangan yang ada kini, PAS perlu membuat deklarasi terang mengenai kedudukan PAS terhadap politik masa depannya. Apakah PAS benar untuk bersama UMNO ataupun tidak. Ketidakjelasan ini menyebabkan ahli dan penyokong keliru dan "semabur" dengan PAS dan sebagai perlariannya mungkin mereka akan menyertai GHB. PAS kena jawab dan jelas persoalan mengenai ini dimana ketika ini banyak ahli PAS yang keliru dan kesal.

PAS kena bersikap kalau padi katakan padi, agar ahli tidak tertapi-tapi. Kalau pun mahu berpakat dengan UMNO, PAS perlu menjelaskan dengan jelas.Tidak baik ikan dijeruk begitu lama sebab ia akan jadi perkasam yang membusukkan.

Bagaimana pun adalah diharap PAS konsisten dan istiqamah menentang UMNO. Ketetapan itu boleh mengekalkan wibawa PAS sebagai sebuah parti pembangkang terbesar. Dalam hal ini Abdul Hadi Awang dan Haron Din, dua pemimpin utama yang dilihat mesra UMNO perlu membuat ralat segera. Beberapa kenyataan mereka sebelum ini yang bersimpati dengan Najib menjadi mantan yang ditafsirkan secara negatif.

Dalam deklarasi itu nanti sebaik-baiknya PAS membuat pendirian tegas, tanpa sumpah laknat, yang PAS tetap akan tidak bersama UMNO dan kekal sebagai pembangkang yang berwibawa dan istiqamah dengan perintah Allah menentang kemungkaran dan kebatilan. Apakah PAS sudah melihat dalam UMNO kini sudah tidak ada kebatilan lagi?

Sekiranya PAS membuat deklarasi itu, apa lagi PAS menerima baik kawan baharu bernama GHB atau PAN itu dan berjanji untuk bersama dalam pilihan raya ke-14, kegoncangan yang dihadapi PAS kini akan kembali teguh kembali. Saya percaya "geruk" dan guruh yang berdentum dentam di langit kini ia tidak akan menurunkan hujan sampai jadi banjir dan melemaskan PAS. [wm.kl.12:53 t/hari 01/09/15]

Read More

[Video] BERSIH 4.0 SOLIDARITY SKYDIVE dari udara Kansas, Amerika Syarikat...Anti-Bersih ada berani ka?

Isnin, 31 Ogos 2015

Himpunan Bersih 4 di ruang udara Kansas

terjun2
Dua penerjun udara membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas. - Sedutan daripada YouTube
Lain daripada yang lain. Ketika ribuan orang menyertai himpunan Bersih 4 dengan berarak ke Dataran Merdeka, seorang rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat menggunakan cara unik untuk menunjukkan solidaritinya terhadap Bersih 4.

Lelaki itu menzahirkan sokongannya kepada Bersih 4 melalui aktiviti payung terjun bersama rakannya, dengan membentangkan kain rentang Bersih di ruang udara Kansas.

Rakaman video lebih tiga minit itu dimuat naik Teo Kwang Peng ke laman YouTube, bagi menunjukkan sokongan kepada himpunan Bersih 4 yang berlangsung di Malaysia serta beberapa lokasi di negara lain.

“Objektif utama di sebalik video ini adalah untuk menambah kepelbagaian promosi Bersih kita dan sasaran saya adalah kumpulan rakyat yang masih teragak-agak untuk menyertai himpunan Bersih.
“Pergilah keluar menyertai Bersih. Dengan ribuan saudara bersama, anda tidak perlu berganjak walau seinci pun dan suara kita akan didengari,” katanya.

Keberanian pemuda itu terjun dari ketinggian 10,000 kaki di ruang udara, turut mendapat pujian pengguna media sosial lain.

“Anda sungguh berani!! Sangat bangga dengan kamu!” komen Venus Cassie.

“Terima kasih atas sokongan walau di mana jua anda berada. Ini demi negara Malaysia ke arah lebih baik, untuk generasi kita akan datang!” kata Ga Weng Yau.

Rakaman video itu diakhiri dengan kata-kata daripada penerjun udara itu: “Saya KP Teo, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan salam Bersih dari udara Kansas, Amerika Syarikat.”

Rakaman video itu telah ditonton 5,821 kali dan mendapat 104 like.

Anti-Bersih rancang anjur himpunan sejuta orang

IMG_7170

Jamal berkata, perhimpunan Bersih 4 "membazikan masa rakyat" dan "tiada matlamat". - Foto TRP/ Mokhsin Zamani
Read More

Penganjur dakwa 500,000 hadiri BERSIH 4...Kawan2. Bersedia untuk BERSIH 5 pula?

Isnin, 31 Ogos 2015

Penganjur dakwa 500,000 hadiri BERSIH 4


Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.

"Keseluruhan peserta yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai 500,000 orang," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.

"Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5," katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.

"Hari ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi institusi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Maria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO, pemimpin parti politik dan kumpulan BangsArt yang turut menghiburkan peserta dalam perhimpun itu malam tadi.

Dataran Merdeka bertukar menjadi lautan kuning ketika Bersih 4 memasuki jam terakhirnya malam tadi.

Jalan di sekitar dataran bersejarah itu penuh padat apabila ramai peserta tiba pada saat penghujung acara.

Khalayak turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan di pentas utama malah orang ramai turut melaungkan "Bersih, Bersih" dan mencipta suasana meriah dengan bunyi tiupan vuvuzela memenuhi ruang udara.

Pada awal malam, beberapa speaker menyampaikan ucapan di depan peserta di beberapa lokasi, termasuk di Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
KedahLanie.
Read More

GHB ambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara.

Isnin, 31 Ogos 2015

GHB ambil alih parti tak aktif

Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara.
Ketua GHB Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.

Mohamad, ketua protem parti baru, berkata parti baru itu menjangkakan seramai 35,000 ahli menjelang pelancarannya.

Beliau menjelaskan bahawa kesukaran untuk menubuhkan parti baru maka GHB memutuskan untuk mengambil alih parti yang tak aktif.
Read More

'Bersih 5?' Orang Melayu pasti ramai macam Bersih 1,2,3,&4! Sedihnya musuh kepada musuh aku adalah kawan aku...

Isnin, 31 Ogos 2015

Musuh kepada musuh aku adalah kawan aku...

Tak kira lah apa pun niat asal Tun M turun bersama-sama rakyat lain yang berbaju kuning dalam perhimpunan Bersih 4.0. Yang penting Tun M telah bersama-sama ratusan ribu yang lain yang telah turun ke jalan raya yang mahu jatuhkan Najib.

Sejarah Bersih ini awalnya di ilhamkan dan di ketuai olih Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yang lain. Bila Tun M turun ke jalan raya nampak nya Tun M telah terkena hukum karma dan secara tidak disedari rakyat telah nampak Tun M telah menggantikan tempat Anwar Ibrahim yang sedang terpenjara.

"The enemy of my enemy is my friend ..."

dollah yankee -
Orang melayu yang datang pada Bersih 4.0 ini tetap ramai macam Bersih yang lepas-lepas...

Read More

[Video] 'Pemakan Dedak' penumpang LRT marah Pendemo Bersih 4! "Gambar tok arab yg derma 2.6billion tu..."

Isnin, 31 Ogos 2015
'Pemakan Dedak' penumpang LRT
Waw.. pemakan dedak marah marah takde FAKTA..
Kamu naik LRT yg kerajaan bina tak malu.. kami juga tax payer maa.. LRT tu kerjaaan bina guna duit siapa?
Tu.contoh pemakan dedak yg bodoh tak sekolah...

sekeping gambar, seribu maksud...!!!
bukan gambar madey turun #bersih4, tapi gambar tok arab yg           derma 2.6billion tu...

Read More

Sunday 30 August 2015

[Video] Terbaik, Untuk Rakyat..The people's power! Uncle saw's BERSIH 4 berpantun lagi!

Isnin, 31 Ogos 2015
The people 's power

1 hr · 
Berdosa besar kalau Utusan melaporkan TOLERANSI,KERJASAMA antara kaum.

Dapat pahala besar jika utusan lapor perkara rasis,perkauman pecah belah,melaga laga antara kaum.

Lebih afdal pahala extra jika ambil gambar EDIT pastu propaganda supaya berlaku krisis perkauman.

Jika bersih 1,2,3, dok kutuk majoriti peserta kaum melayu, cina tak peduli.. bersih 4 kutuk cina sebab majoriti.
Begitulah lidah syaitan yg direjam melaksanakan tugasannya.
Untuk halau syaitan2 ini.. kita baca surah Yaasin...

Kaum cina sediakan air untuk wudhuk muslim..
Apa ada hal..kan..
Read More

Syabas kawan2..."MAJU MENUJU KEHADAPAN"

Ahad, 31 Ogos 2015
Mereka yang hadir Bersih 4..
 Ustaz Azhar Idrus
 Ustaz Ahmad Awang
 Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Ghani Shamsuddin.
Dato' Wan Rahim Kelantan.
Mohamad Sabu di tengah-tengah muslimah.
Mohamad Sabu sebagai imam solat..
Posted by 
Read More

Apakah Ini Satu Fitnah? Ini jawapannya...PERMOHONAN MAAF

Isnin, 31 Ogos 2015
Apakah Ini Satu Fitnah? Ini jawapannya....
BismillahirRahmanirRahim

PERMOHONAN MAAF
Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.

Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.


Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.

Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.

Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring
Pengerusi Harapan Baru Malaysia
Untuk Bersih 4.0








Read More

#Ipoh #Merdeka58 #Inimalaysiakita Sultan Perak...Ironisnya. Kuning itu warna diRaja

Isnin, 31 Ogos 2015
#ipoh #merdeka58 #inimalaysiakita Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersama Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Kayuhan Merdeka 2015 bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh. PIX Mohd Nazrulaswad


PEMAKAI BAJU KUNING INI POLIS TAK BERANI TANGKAP

Ironisnya. Kuning itu warna diRaja:


Ada siapa berani tegur Sultan Perak, Tuanku Nazrin dan Permaisurinya supaya jangan pakai baju kuning?

Tetapi malang bagi mamat ini. Kejadian di Melaka:
DITANGKAP KERANA MEMAKAI BAJU KUNING

Adakah kerana Melaka tiada Sultan?

Wakaka!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!

Read More

GHB Taman Meru Ipoh, 34 jam di Dataran Merdeka...#BERSIH 4

Isnin, 31 Ogos 2015
#BERSIH4 - GHB Taman Meru Ipoh




































BERSIH 4 bersurai dengan aman sejurus selepas jam 12 tengah malam.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena