Tuesday 25 August 2015

Surat yang 'Mengecewakan' Penyokong PAS...

Selasa, 25 Ogos 2015
Surat Yang Mengecewakan Penyokong PAS? Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak mengerahkan ahlinya turun ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini kerana tarikhnya tidak sesuai kerana hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Alasan itu adalah di antara 4 alasan parti itu bertindak hanya menghantar wakilnya ke himpunan itu.

"Tarikh himpunan Bersih 4.0 yang hanya berselang satu hari dengan sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 2015 dirasakan tidak sesuai," kata ahli Parlimen Kota Baru itu.
Posted by 

Yang Kerap Ponteng Parlimen Itulah Yang Khianat Dan Bakal Terlaknat...

Mat Sabu: MP, ADUN PAS tak perlu kosong kerusi 

Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu. 

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.

"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth.

Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan.

Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. -Bernama 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena