Friday, 7 June 2019

Puak2 Lobai perasan nak jadi helang lah tu! Kesombongan boleh membawa kepada kekufuran & Kesombongan itu pakaian Iblis dan Firaun..Helang ka! pipit ka! Bila mati esok semua dibalut kain kapan warna putih juga boboi [Video Dr M ulas isu RCI salah laku kehakiman]

Sabtu, 8 Jun 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak saranan supaya kerajaan mengadakan siasatan dalaman untuk menyiasat salah laku kehakiman. Ditanya mengenai saranan tersebut pada hari ini, Mahathir berkata kerajaan terikat dengan keputusan asal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti perkara itu. "Terdapat banyak pendapat yang berbeza, tetapi umumnya, rakyat mahukan RCI. "Dan kami memberi maklum balas terhadap saranan idea dan pendirian daripada orang ramai," katanya ketika sidang akhbar semasa Rumah Terbuka Hari Raya di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya pada Rabu. Semalam, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mencadangkan supaya kerajaan melalui Ketua Hakim Negara baru Tengku Maimun Tuan Mat menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan salah laku badan kehakiman. Gopal berkata, langkah itu adalah lebih baik berbanding menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang menurutnya boleh mencabul prinsip pengasingan kuasa. "Jawatankuasa itu boleh menyiasat sama ada terdapat salah laku oleh hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara dan melaporkan kepada ketua hakim. "Badan kehakiman itu, sebahagian daripada kerajaan (being an arm of the gment), ia tidak boleh diadakan RCI,” katanya, petik laporan FMT. Walaupun mengumumkan pada bulan Februari bahawa Putrajaya akan menubuhkan RCI menyiasat salah laku kehakiman susulan dakwaan menggemparkan daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer, namun setakat ini suruhanjaya diraja itu masih belum menjadi kenyataan. Diminta penjelasan lanjut mengenai perkara ini hari ini, Mahathir menjawab tidak dapat memberi tarikh penubuhan RCI tersebut. "Saya fikir mereka akan mula bekerja tidak lama lagi," katanya ringkas. Sumber dari Pakatan Harapan sebelum ini memberitahu Malaysiakini terdapat pihak dalam gabungan itu, serta hakim-hakim yang bersara, yang menentang saranan penubuhan RCI itu kerana mereka risau jika "kebenaran yang tidak menyebelahi mereka" akan dapat ditemukan.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Perasan nak jadi helang lah tu..
Imej mungkin mengandungi: teks
Pakatan Harapan Supporters 
Di laknat sepanjang masa bagi firaun-firaun kecil. Sombong hingga hanya mereka sahaja boleh pakai pakaian tertentu.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, meme dan teks
Orang Melayu itu terkenal dengan merendah diri, apatahlagi seorang muslim. Kesombongan boleh membawa kepada kekufuran. Kesombongan itu pakaian Iblis dan Firaun. Justeru, Firaun dan segala kesombongannya berakhir dengan kelemasan di lautan. Demikianlah fir'aun-fir'aun kecil akan berakhir dengan trajis.
- Dr Maza
Image may contain: 1 person, text
Helang ka! pipit ka! bila mati esok semua dibalut kain kapan warna putih juga.. f/bk 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena