Monday 3 June 2019

Memang banyak beza antara Tun M dengan Najib, Boskur bagi rakyat sepinggan, tapi dia dan gang sakau segunung! Hebat boskur kan kan kan & Amaran tegas kepada polis kutip dana raya [Video Aduan "WHATSAPP"! JPJ Segera Pergi Cari]

Isnin, 3 Jun 2019
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid bercakap pada sidang media mengenai laporan OPS Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
Tiada penerangan foto disediakan.
Memang banyak beza antara Tun M dengan Najib.
Boskur memang hebat dan dermawan tak seperti Tun M.
Boskur beri macam-macam pada rakyat...
Boskur bagi rakyat sepinggan, tapi dia dan gang sakau segunung!!!😁
Dalam senyum dia bagi kita GST. Katanya hasil akan dipulangkan pada rakyat..
Tapi hakikatnya subsidi barangan asas ditarik balik menyebabkan harga barangan naik mendadak.
Peruntukan perubatan dipotong, bekalan ubat, peralatan perubatan kekurangan.
Dan yang paling hebat, dia keluarga dan konco2 bermewah, rakyat disuruh berjimat!!!
Hebat boskur kan kan kan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, meme dan teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Amaran tegas kepada polis kutip dana raya.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dengan nada tegas mengulangi amarannya kepada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak terlibat dalam pengumpulan dana untuk kepentingan peribadi.
Menurutnya, walaupun beliau telah memberi amaran yang keras dan jelas sebelum ini, namun masih dapat dikesan ada pegawai atasan, termasuk Ketua Polis Daerah (KPD) yang mengerah anggotanya untuk mengumpul dana kononnya untuk membiayai majlis sambutan perayaan.
“Lebih menjengkelkan, ada yang mendakwa bahawa kutipan berkenaan adalah untuk dipanjangkan kepada golongan asnaf.
“Saya sekali lagi mengulangi amaran supaya perbuatan keji dan terkutuk seumpamanya ini, dihentikan serta merta sebelum padah menimpa diri dan tindakan keras diambil ke atas mereka yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Hamid menambah, jangan gadai maruah diri serta pasukan, dan tidak segan silu bergelumang dengan najis rasuah serta salah guna kuasa.
Difahamkan, kenyataan Abdul Hamid itu susulan daripada ada unit dalam pasukan polis melakukan kutipan dana untuk pembiayaan kos jamuan hari raya Syawal nanti dan perkara itu tular di media sosial.

1 comments:

nick said...

Najib bagi berbagai habuan kat rakyat dari hasil curi, lanun dan tipu tapi macai2 dan walaun bukan kisah sangat pun pada rezeki haram dan syubhah ni.Bagi mereka halal dan haram tu belakang kira, janji duit banyak dan pastu boleh pegi umrah dan haji berkali2 kononnya untuk cuci dosa macam bayi baru lahir. Begitulah songsangnya akidah walaun dan macai dan juga rakyat Malaysia yang begitu seronok dapat habuan dari kerja2 pencurian dan perlanunan.

Akidah mereka sudah songsang sampai dah tak kisah sumber rezeki tu datang dari mana pun asalkan perut kenyang. Halal dan haram dah tak kisah tapi bila suruh makan babi dan pegang anjing, jijik sangat (oxymoron). Tak sedar perut mereka yang penuh dengan duit haram dan harta syubhah tu lebih jijik dan hina dimata Allah SWT. Inilah sifat melayu dibawah asuhan lanun yang ditarbiah oleh ulamak2 longkang. Hancur dan hinanya umat islam!

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena