Thursday 29 May 2014

[Video] Kemaskini: Pelajar sekolah dirogol 38 lelaki termasuk anak-beranak...Laporan polis bocor?

Jumaat, 30 Mei 2014


suspek kes rogol 38 lelaki ditahan reman



Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek


ANGGOTA polis membawa sembilan individu termasuk beberapa remaja ke Mahkamah Majistret, pagi ini bagi membantu siasatan kes dua pelajar tingkatan tiga dirogol 38 orang berusia 15 hingga 40-an dalam kejadian pada 20 Mei lalu di Ketereh. - Foto Zaman Huri Isa

Kes 38 orang rogol 2 pelajar perempuan telah membangkitkan kemarahan masyarakat. Ada yang nak anu si pesalah dipotong, ada yang nak kepala dia kena potong, ada yg nak si pesalah dibakar hidup2, ada yg nak pesalah ditukar jantina dan biar gay rogol dia, ada yang nak si pesalah kena jail seumur hidup.

Tapi bila kita minta hudud, ada je manusia taknak terima. Mereka lebih terima anything but hudud seperti yang admin nyatakan dalam perenggan pertama. 

LAPORAN POLIS BOCOR, PUNCA PELAJAR SEKOLAH DIROGOL 38 LELAKI TERSEBAR?

Kes remaja peremuan berusia 14 tahun dirogol 38 lelaki masih dalam siasatan polis. Kejadian berkenaan berlaku di Ketereh, Kelantan. Ketika ini, hangat di media sosial dengan penyebaran maklumat lanjut laporan polis mengenai kes berkenaan. Bagaimana laporan berkenaan boleh disebarkan?
Laporan berkenaan adalah sebagaimana dibawah yang dipetik dari Facebook Tan Sri Annuar Musa:
PDRM POLIS LOGO
  • Makluman kejadian rogol oleh lebih 30 lelaki di Ketereh, Kota Bharu, Kn.
  • Ketereh Rpt: 785/14, Tarikh: 26/5/14 @ 0022hrs.
2/ Pengadu/ Mangsa
  • Nama:—————————-
  • KPT: 99—————————–
  • Umur: 14thn 8bln
  • Alamat:——————– Kuala Krai, Kn
  • Kerja: Pelajar Tingkatan 3
3/ Ringkasan Kes
  • Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama —– yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah. Pengadu hubungi rakan nama —– yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. —- telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan —- nama —- di Ketereh. —- telah bawa pengadu dan —- ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada —- dalam rumah tersebut. Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan —- dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa —- dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur. Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.
  • Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal —–. —– memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki. —- naik m/sikal bersama —- dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi —- tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.—– telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama —-. Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak —- dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara —-. —– telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah —- sehingga 24/05/2014.
  • Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran. Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.
4/ Tindakan/Hasil siasatan
  • Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di —————— dan bersekolah di SMK ————————, Kn. Ayah pengadu seorang ——————— manakala ibunya surirumah sepenuh masa.
  • Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan ———————————————————. Terdapat kesan ———————————————————— mangsa. Terdapat juga kesan ————————————- mangsa.
  • Maklumat saspek telah diperolehi daripada pengadu dan selepas mesyuarat projek bersama Tn KBSJD, saya telah salurkan maklumat kepada anggota CPJ IPD Kota Bharu, L/Kpl 165819. Tangkapan akan dibuat ke atas saspek yang telah dikenalpasti secepat mungkin.
5/Klasifikasi
  • Arahan Tn.KBSJD KB untuk siasat kes di bawah Sek.376 KK. IO Insp. Alina.
Pihak berkenaan sewajarnya tidak menyebarkan laporan ini. Sudah tentu ia bakal menjejaskan pelajar, keluarga dan saksi yang brkenaan. Apapun, benda sudah terjadi. Semoga kes yang berlaku ini dijadikan pengajaran kepada remaja lain dan sesiapa sahaja. Kalau remaja itu tidak keluar rumah tanpa kebenaran dan pergi ke lokasi terpencil bersama ‘rakan’ (menjadi tanda tanya kenapa mereka ke rumah kosong itu) benda ini mungkin tidak akan berlaku. Rasanya banyak tempat lagi mereka boleh bertemu dan bukannya rumah kosong berkenaan. Selain ini,  amat diharapkan mereka yang terlibat dapat di tangkap secepat mungkin dan dikenakan hukuman yang setimpal. Baso jenis bangang abadi!
UPDATE: 10 SUSPEK SUDAH BERJAYA DITAHAN – LAPORAN LANJUT BAKAL MENYUSUL…
p/s: Ammboi dah padam nama mangsa, dan lain-lain. Harap mereka yang lain juga ambil langkah yang sama bagi mengelakkan mangsa dan mereka yang terlibat (kecuali si bangang) menerima aib.

AMMBOI.COM

KEMASKINI Gadis 14, Dirogol 38 Lelaki, 12 ditahan ..


 Gambar hiasan

KEMASKINI
KL: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan bagaimana laporan polis secara terperinci mengenai kes rogol pelajar bawah umur tersebar.

Beliau yang menulis menerusi facebooknya menyatakan pihak polis dan lain-lain hendaklah melindungi identiti mangsa kerana masih di bawah umur.

Kes pelajar perempuan berusia 14 tahun lapan bulan yang mendakwa dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh mendapat perhatian media dan laman sosial sejak semalam.

Menulis sebelum itu, beliau yang berada di luar negara terkejut dengan laporan berita sebuah stesen tv swasta jam 8.00 malam mengenai kejadian itu. - HARAKAHDAILY 

Rogol Ramai-ramai. Lagi 3 Beranak Ditahan. Kaji Balik Hudud?


Seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.

"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, setakat ini seramai 14 orang sudah ditahan polis termasuk tiga beranak.

Foto

Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok. Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu. Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.


Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.
- Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak berwajib, sila fikir balik pengambilan sistem perundangan Islam atau 'hudud' sebagai faktor pengurangan jenayah untuk jangka panjang di Malaysia..
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pelajar-sekolah-dirogol-38-lelaki-polis-tahan-10-suspek-36700?cp

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena