Monday, 26 May 2014

Macai Rasa Cemburu: Kecoh 'sesi selfie' Dyana Sofya & Nurul Izzah di Menara Condong

Isnin, 26 Mei 2014


 Kecoh di Menara Condong semalam


Sumber Imej: Facebook Abah Anas Ar Rembawi

Dataran Menara Condong Teluk Intan petang ini panas seketika apabila pertengkaran tercetus di antara penyokong BN yang mendirikan khemah di situ, dengan penyokong Pakatan Rakyat yang menantikan kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk sesi 'selfie' di kawasan yang sama. 

Kekecohan bermula sekitar jam 4 petang apabila penceramah BN yang diperkenalkan sebagai pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berceramah di bawah khemah BN, dengan bahasa badan dan intonasi pidato seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pada masa sama, ceramah Faizal itu disiarkan melalui sistem pembesar suara dengan salah satu pembesar suara dihalakan ke arah kumpulan yang menanti kehadiran Dyana, yang berada dalam jarak kurang 10 meter dari khemah itu.

Kira-kira sepuluh minit Faizal berceramah, seorang remaja lelaki dari kumpulan yang menanti Dyana berjalan ke arah Faizal dengan wang kertas RM1 dihulurkan kepadanya, isyarat untuk memperolok-olokkan beliau sebagai individu yang boleh 'dibeli'.

Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan seorang penyokong BN di bawah khemah yang meluru ke arah remaja itu dan menyuruhnya berundur ke belakang.

Penyokong BN itu kemudian disusuli oleh beberapa orang penyokong BN lain yang turut menyerbu remaja lelaki itu.

Pada masa sama, beberapa remaja lelaki dari kumpulan penyokong Pakatan bergegas ke arah penyokong-penyokong BN yang menyerbu remaja lelaki itu.

Tiada 'selfie', cuma bergambar

Tolak-menolak dan jerit-menjerit ke arah satu sama lain tercetus di antara kedua-dua kumpulan tersebut selama kira-kira dua minit dengan penyokong BN (berpakaian putih) yang mula meluru ke arah remaja itu menjerit, "Ini kawasan Teluk Intan! Jangan buat kacau di sini!".

Keadaan kembali terkawal apabila penyokong BN itu ditarik rakan-rakannya untuk kembali ke bawah khemah BN dan remaja lelaki penyokong Pakatan itu ditarik jauh dari kawasan pertengkaran tercetus.

Sekitar jam 4.20 petang, Dyana Sofya tiba di Menara Condong untuk sesi 'selfie' bersama pengunjung menara itu.

Pada masa sama, kelihatan tujuh orang anggota polis dengan vest rasmi ' kelihatan berada berhampiran kawasan menara untuk mengawal keadaan.

Sesi 'selfie' bersama Dyana dihadiri kira-kira 300 orang.

mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk bergambar dengan Dyana di hadapan replika buku yang memaparkan maklumat tentang menara itu.

Sebelum sesi bergambar bermula, Dyana sempat merakamkan penghargaan kepada inisiatif perpustakaan indie dikenali sebagai “Buku Jalanan Seri Manjung” yang turut berada di tepi menara itu. .

"Kenapa saya tak nak ke sana (ke tangga pintu masuk menara) dan saya berdiri di depan ini?
"Kerana di depan ini ada buku," kata Dyana sambil tersenyum dan menunjuk ke arah replika buku dan kumpulan Buku Jalanan yang menghampar tikar di atas dataran untuk pameran buku.

Polis neutralkan keadaan

Keadaan bagaimana pun kembali 'tegang' apabila kira-kira sepuluh orang dengan baju-T BN mula bergerak ke sesi bergambar dan bergerak ke arah Dyana sofya yang kini berdiri di tangga masuk ke menara keran hujan rintik-rintik mula turun.

Polis mengekori kumpulan penyokong BN itu dan keadaan kembali aman apabila kumpulan tersebut beredar perlahan-lahan selepas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, ACP Fadzil Ahmat berdiri berhampiran mereka.

Dyana kemudian meluangkan masa selama kira-kira 40 minit sehingga jam 5 petang untuk bergambar dengan pengunjung yang beratur sepanjang kira-kira 10 meter untuk sesi tersebut.

Beliau kemudian beredar ke satu lagi majlis untuk sesi menonton pertandingan akhir Piala Thomas di antara Malaysia dan Jepun bermula pada jam 5.30 petang.

ACP Fadzil dalam sidang media ringkasnya kemudian menyatakan rasa syukurnya kerana polis berjaya meneutralkan ketegangan yang berlaku apabila tiba segera di tempat kejadian.

"Kita berjaya meneutralkan keadaan. Awak nilai sendiri keadaan, Alhamdulillah," katanya sambil tersenyum puas, selepas sesi taklimat kepada anggota-anggota yang bertugas.

Hujan rintik-rintik yang berterusan dari tadi kemudian bertukar menjadi hujan lebat, seolah-olah mahu menyejukkan ketegangan di Menara Condong Teluk Intan, pada petang Ahad.

Sumber: Mountdweller


Sumber: PRK Teluk Intan : Kecoh di Menara Condong semalam | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/05/prk-teluk-intan-kecoh-menara-condong.html#ixzz32p9zm6ss
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena