Thursday 30 May 2019

Bosskau sembang lebat dalam FB tapi di mahkamah? Kastam - 265 kontena sisa plastik tersadai di P Pinang! Saya akan sentiasa ikut nasihat mufti negeri - Chris Lee [Video DAULAH TERPENDAM BERMAHARAJA LELA DALAM SKMM?]

Jumaat, 31 Mei 2019
Jom Channel
Menurut Pekerja Veteran SKMM itu, Black Panther and Trio Ladies mahu menyingkirkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), seorang pakar kes siber yang cemerlang, yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara. "Malah, "Black Panther and Trio Ladies" ini dibantu oleh pegawai atasan SKMM berpangkat Datin dan direstui oleh Pengerusi SKMM, dan mereka telah bersekongkol melakukan penyingkiran beberapa pegawai, dengan memberi tekanan-tekanan kerja, sehingga mereka meletak jawatan.” "Antara yang telah menjadi mangsa ialah Andrian, Nor Hisham. Manakala dalam radar mereka untuk disingkirkan ialah Sulyna, Dato Ali dan ramai lagi yang bakal menyusul" dakwanya.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, meme dan teks
Sembang lebat dalam FB tapi di Mahkamah?

265 kontena sisa plastik tersadai di P Pinang - Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan terdapat 265 kontena yang mengandungi sisa sampah plastik telah dibawa masuk ke negeri itu dan kini tersadai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak Januari lalu.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail berkata, sebanyak 149 daripada kontena itu di ikrarkan sebagai barangan kitar semula manakala bakinya masih belum di ikrar dan tidak memiliki Lesen Import (AP).
"Pemeriksaan pihak kastam mendapati kebanyakan kontena itu mengandungi sisa sampah dan ia kebanyakkan dari negara maju seperti Hong Kong, Kanada, Belgium, Jerman serta Amerika Syarikat. Kami percaya ia di import sebagai bahan kitar semula,” katanya ketika di hubungi di Butterworth malam tadi.
Katanya, semua kontena itu tidak dituntut sehingga menyebabkan NBCT menjadi sesak malah pihak kastam terpaksa meminjam kawasan lapang lain untuk meletakkan kontena lain.
Beliau berkata berikutan kemasukan kontena itu, kerajaan kerugian lebih RM5 juta dalam tempoh hampir enam bulan tahun ini kerana terpaksa menyelenggara kontena tidak di tuntut itu dan menanggung caj tempat letak kontena.
Katanya, pihak Kastam tidak mahu Pulau Pinang menjadi tempat longgokan sampah sehingga kerajaan terpaksa membazirkan wang untuk membayar kos yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, siasatan mengikut dokumen senarai muatan kapal, mendapati terdapat 11 syarikat yang terlibat dalam aktiviti haram ini.
“Sebanyak 130 kontena telah dikenakan tindakan kompaun RM1,000 untuk setiap satu kontena manakala usaha untuk menyiasat kontena yang selebihnya masih dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, modus operandi mereka adalah mengisi kontena itu dengan barangan kitar semula di bahagian depan dan barangan sisa sampah plastik haram di bahagian belakang kontena.
"Kontena yang ikrarkan sebagai barangan kitar semula adalah hanya di bahagian hadapan dan bahagian belakang kontena adalah sisa sampah plastik untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata pihak kerajaan negeri masih menunggu arahan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) untuk mengambil langkah seterusnya.
"Kemungkinan kami akan menghantar balik kontena-kontena ke negara asal namun itu akan terpulangkan kepada cadangan dari Mestecc sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.
Selasa lepas, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, sebanyak 450 tan metrik sisa sampah dari 10 kontena akan dihantar semula dalam masa terdekat ke negara asal masing-masing.
Di samping itu, Yeo berkata, Kabinet pada 24 April lalu juga telah memberi mandat kepada kementeriannya untuk menubuhkan pasukan khas yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi membolehkan siasatan terhadap kegiatan penyeludupan sisa plastik ke Malaysia.
- Bernama
Malysiakini.

Saya akan sentiasa ikut nasihat mufti negeri - Chris Lee

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit, yang terpalit kontroversi pengagihan bantuan zakat akhirnya membuka mulut.
Lee berkata beliau sebelum ini berdiam diri kerana tidak mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia dalam isu itu.
“Orang sebegini mencari salah dari perbezaan kita, bukan hendak mempromosikan nilai-nilai bersama rakyat Malaysia yang menyatupadukan kita,” kata Lee kepada Malaysiakini.
“Saya juga menyerahkan tafsiran yang betul dan salah kepada pihak berkuasa agama untuk menjelaskannya.
“Sekarang Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor sudah menjelaskannya, saya hormat sepenuhnya pada penjelasan beliau,” kata Lee.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Zakat itu salah satu drpd Rukun Islam... berdasarkan kpd kepercayaan kpd Allah.
Ianya merupakan ibadat khusus yg disyariatkan...diambil drpd org Islam & diserah/diagih kpd org Islam @ asnaf yg berhak.
Bila org bukan Islam yg mengurus @ yg mengagih... lakonan apakah yg sdg dimainkan itu?
Dr Wan Salim berkata, berdasarkan fikah, harus untuk orang bukan Islam diwakilkan dalam hal berkaitan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.
Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum itu membidas tindakan Lee mengagihkan zakat di kawasannya di Pulau Pinang.
Zahid menyifatkan perkara itu sebagai lakonan kerana zakat adalah urusan umat Islam dan tiada kena mengena dengan golongan bukan Islam.
Semakan Malaysiakini mendapati status itu tiada lagi di Facebook Lee.
Pemuda PAS turut menyelar tindakan Lee itu.
'Pecah dan perintah'
Sementara itu, Lee juga mendakwa seseteh pemimpin pembangkang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan mengetengahkan perkara sensitif dalam agama.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pecah dan perintah.
“Kenapa pemimpin pembangkang tidak mengetengahkan pendidikan dan pemahaman tentang perbezaan antara satu sama lain?” katanya.
Lee berkata akan terus menjalankan tanggungjawabnya selari dengan pandangan mufti negeri dan pihak berkuasa agama dalam isu sensitif berkaitan agama.
“Saya hormat kepercayaan Islam dan pemimpinnya dan saya akan sentiasa dapatkan nasihat mereka apabila penjelasan diperlukan.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena