Monday, 20 May 2019

ROMBAKAN KABINET! Maszlee Malik dah bertukar jadi Menteri Pertanian? Walaun BODO tahap dewa dah ni..Mujahid gesa berhenti keluar kenyataan isu kuota matrikulasi [Video NASIHAT KETUA SRIKANDI PPBM PADA MASZLEE]

Selasa, 21 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
ROMBAKAN KABINET! Maszlee Malik dah bertukar jadi Menteri Pertanian?
Satu jer nak cakap.. Kalau tak BODOH, bukan walaun la nama dia..
BODOH tahap dewa dah ni.. Kesian.

Mujahid gesa berhenti keluar kenyataan isu kuota matrikulasi

Menteri agama Dr Mujahid Yusof menyeru agar semua pihak berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi dan menghormati keputusan yang ditetapkan kabinet.
Mujahid berkata demikian sebagai merujuk keputusan kabinet menambah pengambilan matrikulasi sebanyak 60 peratus dengan mengekalkan kuota 90 peratus untuk pelajar Melayu dan 10 peratus untuk pelajar bukan Melayu.
Jelas Mujahid, keputusan untuk mengekalkan kuota itu bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.
"Kenyataan (Menteri Pendidikan) Dr Maszlee Malik berhubung isu kuota pelajar matrikulasi hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan Kabinet.
"Keputusan untuk mengekalkan kuota tersebut itu juga bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.
"...Sehubungan dengan itu, saya berharap agar semua pihak berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi ini agar menghormati keputusan yang telah ditetapkan Kabinet," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Maszlee.
Maszlee sebelum ini mendapat kritikan susulan kenyataannya yang mengaitkan kuota matrikulasi dengan syarat fasih berbahasa Cina dalam permohonan pekerjaan.
Maszlee dilapor berkata kerajaan hanya boleh mempertimbangkan kuota matrikulasi dihapuskan jika Bumiputera yang tidak fasih bahasa Cina tidak ditolak permohonan pekerjaan mereka.
Selain daripada pemimpin pembangkang, kritikan terhadap Maszlee turut didengar daripada pemimpin DAP.
Susulan itu, wujud dakwaan dan spekulasi menggambarkan DAP berusaha untuk menyingkirkan Maszlee.
Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai percubaan untuk menyebabkan ketegangan, keretakan dan perpecahan PH.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena