Thursday, 16 May 2019

48 tahun PAS perintah Kelantan, masih ada lagi rakyat tinggal dalam reban ayam? Baru setahun penyamun melayu jadi pembangkang dah tak tahan? SKANDAL ‘LAND SWAP’ Siasat kemenangan Zahid! [Video SIAPA YANG AMAL POLITIK DENDAM?]

Khamis, 16 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Selama 48 tahun PAS memerintah Kelantan, masih ada lagi rakyat tinggal dalam reban ayam?
Malah pemimpin PAS hidup dgn penuh kemewahan.
Takbirrrr!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Baru setahun jadi pembangkang dah tak tahan...penyamun melayu.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Tiada penerangan foto disediakan.

SKANDAL ‘LAND SWAP’ MENGEJUTKAN, GESAAN SIASAT KEMENANGAN ZAHID HAMIDI ADA ASASNYA

Pendedahan berkenaan skandal “land swap” yang melibatkan Kementerian Pertahanan ternyata amat mengejutkan sekali.
Skandal yang melibatkan pembinaan kem tentera melalui pertukaran tanah itu bukan saja menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, tetapi juga merupakan suatu penyelewengan kerana telah digunakan untuk kepentingan memenangi pilihanraya.
Laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung pembinaan kem tentera di Hutan Melintang, Bagan Datuk antara lain mendapati:-
⁃ Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu pernah memberi amaran dalam suatu mesyuarat bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika kem gagal disiapkan sebelum Ogos 2017.
⁃ Wakil SPR didapati turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Zahid Hamidi itu.
⁃ Wakil SPR juga didapati melawat tapak projek sebanyak tiga kali.
⁃ Wakil SPR turut memaklumkan pendaftaran pengundi hanya dapat dilakukan pada Ogos atau September 2017 iaitu tarikh akhir sebelum pengundian pada PRU14 dengan syarat beberapa kriteria perlu dipenuhi terlebih dahulu seperti penyempurnaan kem, infrastruktur, pagar, dapur dan stor senjata.
Laporan seterusnya mendapati penglibatan langsung SPR dalam memindahkan 1,563 pengundi – 935 anggota tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu di kem Tambun, 628 tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-3 Rejimen Artileri Diraja kem Kamunting ke kem Hutan Melintang itu.
Pembinaan kem Hutan Melintang itu adalah atas inisiatif pihak swasta dan sebagai balasannya, pemaju diberikan tanah seluas 18.6 hektar di Pahat, Perak dan Rasah, Negeri Sembilan.
Berdasarkan laporan tersebut, bukan saja pegawai SPR berkenaan wajar diambil tindakan kerana melangkaui tugasnya yang sebenar sebagai kakitangan badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya adil dan bebas, tetapi sangat wajar sebagaimana desakan Lim Kit Siang agar kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datuk itu disiasat untuk menentukan kesahihannya.
Tidak itu saja, kemenangan BN di Sembrong dan Bera juga wajar disiasat sama kerana dibimbangi elemen penyelewengan yang hampir serupa dalam pembinaan kem tentera di kedua-dua kawasan tersebut mungkin juga berlaku.
Dalam hal ini, Malaysia Baru mesti menunjukkan ia benar-benar berbeza dengan Malaysia Lama. (Shahbudindotcom 16/05/2019)

2 comments:

abc7 said...

Malang ko bang.. Kes kt Kelantan ko main bedal je.. Buat homework baru nampak cerdik penulisan tu

Nobody said...

Apa kata kau pulak buat homework, pemimpin kaki jual agama bodoh tak reti mentadbir kenapa kau salahkan blogger pulak???

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena