Thursday 28 February 2019

[Video Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j] Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu! Lebai ditinggal bas? Poi pokan naik basika..Tongahari tongah paneh..

Jumaat, 1 Mac 2019
Image may contain: 1 person, outdoor

Poi pokan naik basika..Tongahari tongah paneh..

Nasrudin: Akaun pada cek RM1.4 juta palsu

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendakwa menafikan gambar cek dan nombor akaun yang dikatakan sebagai bayaran RM1.4 juta yang dibuat PAS.
"Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta.
"Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer(memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Kenyataan itu turut disertai dengan tanda pagar "#tolakakaunpalsu".
Meskipun tidak menyebut secara spesifik, ia dipercayai merujuk cek RM1.4 juta yang didakwa diterima Clare Rewcastle Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.
Dalam artikel terbaru Sarawak Report hari ini, turut disertakan beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi.
Bagaimanapun, cek yang dikongsi Clare di Sarawak Report itu tidak mendedahkan nombor akaun.
Clare juga menjelaskan bayaran RM1.4 juta itu bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu.
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu kedua-dua pihak merahsiakan bayaran yang terlibat," katanya.
Sementara itu, dalam penafiannya hari ini, Nasrudin berkongsi akaun Bank Islam PAS yang menurutnya akaun sebenar.
"Beginilah, cuba hantar RM5 atau RM10 atau RM100 ke akaun ini," katanya menyertakan perincian akaun PAS yang dimaksudkannya.
Kelmarin ditularkan gambar cek dan no akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta. Ada kawan-kawan cek no akaun yang ditular itu dengan cuba transfer duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud.
Begini lah, cuba try test hantar RM5 atau RM10 atau RM100 ke akaun ini :
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
No Acc : 14023010000885
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Insyaallah mesti lepas punya. Ini akaun yang ori. So kalau kawan-kawan nak try masuk lebih pun dialu-alukan. Tidak perlu was-was, memang masuk dan Insyaallah dapat pahala infaq ke jamaah Islam.
Malaysiakini.
Read More

[Video UMNO KEPANASAN ISU UCAPAN NAZRI DI SEMENYIH?] Peguam sahkan cek RM1.4j sudah jelas

Jumaat, 1 Mac 2019
Image may contain: text
Image may contain: 1 person, outdoor
Perjuangan yg penuh ikhlas. 
Harap ia bukan mimpi atau khayalan... 

Peguam sahkan cek RM1.4j sudah jelas

Peguam Americk Sidhu mengesahkan nombor akaun yang digunakan pada cek RM1.4 juta yang diterima anak guamnya, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
Americk tampil membuat pengesahan itu selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu.
"Saya boleh sahkan cek ini sudah dijelaskan melalui akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar," katanya kepada Malaysiakini.
Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan menambah bahawa cek berkenaan ditulis di hadapannya, namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek itu.
Malaysiakini.
Read More

[Video Tun M & SPRM + PDRM "MELINDUNGI" HADI & PAS] Rekod 0 PAS disiasat SPRM dah ada berapa? Tak sangka selama ni mereka ni berbohong je ye..Mursyidul Am, bekas MP PAS pula dipanggil SPRM.

Jumaat, 1 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Seperti yang kita jangka, Mereka (Pimpinan Pas dan SR) masing2 bersetuju untuk merahsiakan pembayaran tersebut. Tapi mereka telah melanggar syarat perjanjian, mungkin kerana gelabah rahsia mereka mula dihidu.
Menafikan tuduhan bukan satu jenayah! Teruskan nafi, nafi dan nafi. Jangan risau masih ada walaunbodo yang akan percaya.
Imej mungkin mengandungi: teks

Rekod 0 PAS disiasat SPRM dah ada berapa? Sama macam Najib dah ke?
Tak sangka selama ni mereka ni berbohong je ye..

Mursyidul am, bekas MP PAS pula dipanggil SPRM



Mursyidul Am PAS, Hasim Jasin dan bekas ahli parlimen Kuala Krai, Nasir Daud hari ini dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM.
Menurut portal Berita Harian Online, mursyidul am PAS itu akan memberi keterangannya di pejabat SPRM Perlis, manakala Nasir pula di pejabat SPRM Kelantan.
Difahamkan siasatan itu berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana berkaitan 1MDB yang diberi oleh Umno.
Semalam, SPRM merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatan ke atas PAS.
Sumber memberitahu Malaysiakini, kenderaan, akaun bank dan rumah kedai berkenaan dimiliki oleh beberapa pemimpin PAS.
Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.
SPRM juga mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan untuk memberi keterangannya semalam.
Pada 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa hadir hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1MDB.
Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya yang diterbitkan portal berkenaan, sebelum ini mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Isu itu timbul semula apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan berkenaan.
Clare hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada bulan lalu.
Malaysiakini.
Read More

[Video Mat Sabu 'naik angin'] Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j

Jumaat, 1 Mac 2019

Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.
Bagaimanapun Clare menjelaskan ia bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu kedua-dua ppihak merahsiakan bayaran yang terlibat," katanya.
Menurut Clare lagi memang sesuatu yang lazim untuk bayaran bagi penyelesaian luar mahkamah seperti itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib.
Langkah itu juga katanya dapat menjimatkan masa dan wang kedua-dua pihak daripada terus terlibat dalam proses perundangan.
"Mahkamah memerintahkan prosiding kes berkenaan ditarik balik dan tiada perintah dikeluarkan untuk kos kerana sumbangan Hadi sudah dibayar dan berada di escrow (pihak ketiga)," kata Clare dalam blognya hari ini.
Turut dipaparkan dalam hantaran terbaru di Sarawak Report itu ialah beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi.
Mahu maklumkan rakyat Malaysia
Beberapa hari lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim bertanya kepada PAS sama ada penyelesaian luar mahkamah saman Abdul Hadi ke atas Clare dan Sarawak Report melibatan wang bernilai lebih RM1 juta.
Beberapa jam kemudian Setiausaha Agung PAS yang juga seorang peguam, Takiyuddin Hassan, mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.
Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, PAS akan mendedahkan dokumen bukti bahawa tiada bayaran dibuat kepada Clare.
Malam kelmarin pula Anwar - semasa berceramah di Semenyih - menegaskan Abdul Hadi membayar Clare sebanyak RM1.4 juta. Takiyuddin semalam berkata PAS akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab tuduhan anggota parlimen Port Dickson tersebut.
Kata Clare, dokumen bukti yang dilihat Anwar itu ialah surat kepada Maybank tersesebut.
Clare menambah penafian dibuat Takiyuddin itu mengelirukan, tidak benar dan melanggar perjanjian kerahsiaan yang dicapai sebelum ini.
"Hadi tidak sepatutnya membincangkan butiran bayaran penyelesaian dengan mana-mana ahli PAS sama sekali.
"Tindakan Takiyuddin mewakili Hadi adalah pelanggaran dan penolakan perjanjian kerahsiaan yang sangat ketara kerana ia tidak benar.
"Justeru Sarawak Report berhak mempertimbangkan untuk keluar daripada kerahsiaan juga supaya kebenaran dapat diberitahu kepada rakyat Malaysia dikelirukan," katanya.
Menurut Clare dia mula-mula dihubungi untuk ditawarkan penyelesaian luar mahkamah sejak akhir tahun lalu melalui orang tengah Abdul Hadi.
Kata Clare asalnya presiden PAS itu mahu membayar wang tunai tetapi ditolak sebaliknya memilih untuk menggunakan cek tarikh tertangguh.
Malaysiakini.
Read More

[Video Giliran Khalid Samad BOOM PasUmnoo] Lain macam BN sejak berkawan dgn PAS ni..Mentang² bodo tu free & EPISOD PEMBOHONGAN PEMBANGKANG.

Jumaat, 1 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Haaaa, arahan sudah dikeluarkan secara rasmi
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
Lain macam BN sejak berkawan dgn PAS ni..
Satu persatu pemimpin UMNO tunjuk bodo ,ini petanda yg dok ada dlm UMNO sekarang semua bodo.
Mentang² bodo tu free...!
EPISOD PEMBOHONGAN PEMBANGKANG
1. Kalau PH menang, Lim Kit Siang akan jadi PM. [Fakta: LKS tiada sebarang jawatan dalam kerajaan PH]
2. JAKIM akan dihapuskan. [Fakta: JAKIM kekal dan kerajaan tambah lagi peruntukan RM100 juta]
3. Peruntukan untuk Sekolah Agama kurang [Fakta: Selain mengekalkan peruntukan dari kerajaan dulu, kerajaan baru tambah lagi RM50juta]
4. Tabung Haji dikuasai DAP [Fakta: Tabung Haji sepenuhnya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri]
5. Subsidi haji dihapuskan [Fakta: subsidi haji dikekalkan termasuk untuk perayu dan pengiring yang layak]
6. Peguam Negara Tommy Thomas akan hapuskan undang-undang Islam. [Fakta: Kerajaan PH menubuhkan Majlis Tertinggi Pengurusan Agama Islam di bawah Majlis Raja-Raja Melayu. Peguam Negara tiada jurisdiksi ke atas undang-undang Islam]
7. Lambang salib terbesar di Pulau Pinang. [Fakta: Ianya sekadar lakaran karakter huruf Cina yang belum sempat disiapkan oleh pemaju. Patung Buddha terbesar ada di Kelantan]
8. Manifesto PH adalah satu pembohongan [Fakta: Kerajaan PH sedang gigih berusaha mekaksanakannya secara berperingkat]
9. Najib difitnah [Fakta: Najib sedang dibicarakan dengan pelbagai kesalahan jenayah dan rasuah. Bukti-bukti jenayah akan dikemukakan kepada mahkamah sepanjang perbicaraan.]
10. Audio #anatahu adalah fitnah. [Fakta: PAS terpaksa menarik saman ke atas SR kerana audio tersebut telah dijadikan bahan bukti dan akhirnya Pas mengaku berbohong berkenaan audio tersebut]
Read More

[Video Muhyiddin Yassin PRK Semenyih] Pagi ni, belum sempat Hadi nak buka mata, Clare Rewcastle Brown bakar satu lagi 'mercun gajah'. Berdentum pom, pom!

Jumaat, 1 Mac 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Ok. Selesai luar mahkamah. Ini rahsia antara kita. Ahli parti ana jangan tahu.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks

Revolusi Anak Muda Malaysia
Tazkirah subuh.
Belum sempat Lebai Hadi nak buka mata , Clare Rewcastle Brown bakar satu lagi "mercun gajah"
Nah ambik habuan lebai kaki kencing.
P/s: buat walaunbodo, tak usahlah nak komen sangat. Kau tu dah bodoh, jangan nak perasan bijak pulak. Kah kah kah kah!
Read More

[Video Lim Guan Eng di Semenyih] Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.

Jumaat, 1 Mac 2019
「Gambar Nasaruddin mat isa Anti Rasuah」的圖片搜尋結果
Nasharudin Mat Isa didakwa Rafizi Ramli mendapat dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – Foto FMT

Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.
Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharuddin, yang kalah kepada pemimpin agresif PAS ketika itu Mohamad Sabu, sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara partinya dan Umno.
Beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan PAS menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pernah menjadi pemimpin PAS dan pernah ditegur oleh bekas mursyidul am allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ramai pihak telah membuat spekulasi bahawa Rafizi memang merujuk kepada Nasharuddin, termasuk penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menamakannya.
Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Malaysiakini terus cuba mendapatkan penjelasannya selepas Rafizi menamakannya hari ini.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
Maklumat penyiasat SPRM
Sementara itu, akaun berkanun Rafizi itu menyebut beliau mendapat maklumat itu daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas dana 1MDB.
Katanya, bekas pegawai yang tidak dinamakan itu, mempunyai maklumat sahih dan terperinci mengenai siasatan berkaitan, termasuk aliran dana 1MDB yang didakwanya mengalir ke akaun Najib, seterusnya tokoh-tokoh politik lain.
Rafizi berkata beliau diberitahu bahawa pembayaran dibuat dalam bentuk cek melalui “peguam tertentu”.

“Perkara ini ada unsur salah guna kuasa yang boleh disiasat bawah pelbagai undang-undang negara sekiranya bayaran kepada seorang mantan pimpinan PAS itu adalah pertukaran kepada usaha melunakkan suara PAS (sebagai parti pembangkang utama) dalam isu-isu bersabit skandal 1MDB dan pemindahan wang ke akaun YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,” menurut SD itu.
Rafizi juga berkata beliau nekad mendedahkan nama Nasharudin memandangkan beliau dilantik sebagai anggota panel perundingan dan pencegahan rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana rakyat 1MDB (melalui SRC International Sdn Bhd) yang telah disiasat oleh SPRM, beliau tidak layak berada di kedudukan itu dan wajar meletakkan jawatan segera,” katanya.
Rafizi berkata beliau akan membuat laporan kepada SPRM dengan harapan kertas siasatan terhadap dana SRC yang dilapor dipindahkan ke akaun Najib dibuka kembali.
SD itu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah di Sungai Besi hari ini.
Read More

[Video Semenyih Bravo, Bravo Mat Sabu] Dr M: BN sudah Innalillah, Umno sudah hancur. Glup!

Jumaat, 1 Mac 2019

Dr M: BN sudah innalillah, Umno sudah hancur

Dalam menyeru sokongan untuk Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bahawa lawan mereka Umno BN, "sudah hancur".
"Sia-sia saja kalau pilih calon BN. Sebenarnya, BN dah tak ada.
"Qolu innalillahi wa innailaihi rojiun. Sudah habis.
"Yang ada Umno, Umno pun dah hancur. Tak ada ahli. Banyak yang minta mahu jadi ahli parti PH," katanya dalam program kempen sempena PRK Semenyih malam tadi. 
Innalillah merupakan ucapan yang diungkapkan apabila orang Islam apabila mendengar berita kematian seseorang.
Selepas kekalahan pada pilihan raya umum lalu, BN dilihat kehilangan punca apabila satu per satu parti komponen dan wakil rakyat meninggalkan gabungan itu.
MCA, parti komponen utama BN, sebelum ini mengusulkan agar BN dibubarkan. Selain MCA, BN kini hanya terdiri daripada Umno dan MIC.
Selain itu, Umno yang selama ini menjadi parti tunggak dalam BN turut menghadapi masalah dalaman yang menyaksikan sekumpulan wakil rakyat meninggalkan parti itu.
Justeru, Mahathir menyeru agar pengundi Semenyih menyokong calon PH Muhammad Aiman Zainali pada PRK Sabtu ini memandangkan dia calon dari parti kerajaan.
"Saya fikir orang Selangor tahu apabila kerajaan didirikan oleh parti lawan (Pakatan Rakyat) dulu, Selangor mendapat banyak perubahan.
"Bantuan-bantuan kepada rakyat diberi. Saya dengar kata ada bas percuma. Macam-macam lagi.
"Dan apabila Aiman menang dia akan duduk DUN Selangor dan dia akan dibantu menteri besar Selangor," katanya.
Sementara itu, Mahathir turut mengakui dirinya tidak sentiasa betul, namun yakin bahawa menjatuhkan Najib Razak dari tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) lalu adalah tindakan tepat.
Kenyataan itu dilihat mengulangi kenyataan serupa sebelum ini apabila Mahathir berkata tindakannya menyokong Najib sebagai perdana menteri merupakan salah satu kesilapan yang dikesalinya.
"Saya mungkin salah kadang-kadang (dalam membuat keputusan), tapi saya tak salah bila jatuhkan Najib," katanya.
Malaysiakini.
Read More

[Video Tun M Semenyih Kerajaan Tak Kan BERTUKAR] Breaking News 7 ke 9 pemimpin Pas akan disiasat SPRM pagi ini! Dia yang saman, Dia yang tarik balik, Dia pulak yang kena bayar? Memang betul2 bodoh puak2 ni! Walaun dah mula nak main UGUT2 pula.

Jumaat, 1 Mac 2018
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: teks
Breaking news
Info baru kami terima. Difahamkan 7 ke 9 pemimpin Pas akan di ambil keterangan di SPRM..esok.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Dia ugut dengan solat hajat pula berbanding nak saman hasil pendedahan 1.4Juta wang dikutip untuk mendiamkan Sarawak Report
Revolusi Anak Muda Malaysia
Dia yang saman...
Dia yang tarik balik...
Dia pulak yang kena bayar?
Memang betul betul bodoh puak lebai haprak ni. Yang sadisnya, ada pulak melayu yang percaya terutama para walaunbodo. Siap bertakbir lagi tu.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri dan orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 20 orang, orang senyum, orang berdiri
Read More

[Video Tun M: Di Santai 2-Roda Semenyih 28/02/2019] Itulah dah di khabar..Siasatan belum selesai pasai apa Pas cakap dah menang kes? SPRM rampas kereta, beku akaun bank RM2.3 juta pemimpin PAS.

Khamis, 28 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Itulah dah di khabar. Siasatan belum selesai pasai apa pas cakap dah menang kes dan dah bersih. Tak faham ayat setakat ini ke?
Pakatan Harapan Supporters

SPRM rampas kereta, beku akaun bank pemimpin PAS 

SPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatan ke atas PAS.
Menurut sumber, kenderaan, akaun bank dan rumah kedai berkenaan dimiliki oleh beberapa pemimpin PAS.
Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.
Menurut sumber, rumah kedai berkenaan bernilai RM2 juta manakala terdapat kira-kira RM2.3 juta dalam akaun bank. Jumlah wang tunai yang dirampas pula tidak didedahkan.
"Hari ini, SPRM menyoal Setiausaha Agung PAS untuk membantu siasatan. Lebih ramai pemimpin kanan PAS dijangka dipanggil bermula esok untuk membantu siasatan," kata sumber.
Malaysiakini.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan teks
Ingatkan 1Juta je bayar pemohonan selesai luar makamah. Rupanya wang walaun yang bayar minta Sarawak Report diam ialah 1.4 Juta. 
Yang cakap tak bayar apa-apa tu bohong wajib ke sunat demi maslahah diri sendiri?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Siapa kata DAP tak bantu Pakatan Harapan di Semenyih. Ini program DAP malam ini di Semenyih.
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai, malam dan luaran

Read More

[Video Anwar: Kenapa PAS Tarik Balik Tutuhan Pada Sarawak Report?] TAKBIR SAMPAI SENGET KOPIAH? "Membuka budu tengah kedai" Pendedahan Anwar malam tadi sungguh memalukan Pas.

Khamis, 28 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Revolusi Anak Muda Malaysia
TAKBIR SAMPAI SENGET KOPIAH
Apa dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah sesuatu yang mengejutkan saya. Jarang sekali Anwar mendedahkan aib orang walaupun aibnya sendiri didedahkan orang.
Anwar bukan seorang pemimpin yang berdendam dan suka cari gaduh dengan sesiapa. Beliau seorang pemimpin berjiwa pemaaf dan juga suka bersahabat dengan sesiapa sahaja.
Tetapi apabila malam tadi tiba-tiba beliau mendedahkan rahsia Pas yang sekaligus meletakkan Pas dalam keadaan sangat tidak berintegriti sebagai parti agama, ia sesuatu yang perlu difikirkan kenapa tergamak Anwar berbuat demikian.
Untuk apa Anwar mendedahkan maklumat terbaharu mengenai Pas yang cuba dinafikan oleh parti itu, mengenai pembayaran kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown sebanyak RM1.422 juta setelah kedua pihak bersetuju untuk menarik balik saman berkaitan wang RM90 juta. Bayaran disebut Anwar itu sebagai imbuhan kepada Clare.
Anwar “membuka budu tengah kedai itu” dalam ceramahnya di Semenyih malam tadi.
Pendedahan Anwar malam tadi sungguh memalukan Pas. Sebelum ini Pas mempertahan dan menfikan yang mereka tidak membayar Clare untuk bersetuju menerima penarikan balik terhadap saman oleh Abdul Hadi Awang. Kononnya penarikan balik itu secara suka rela.
Sampai keluar urat sembereh pemimpin Pas; Hadi Awang, Takiyuddin Hassan dan Tuan Ibrahim menafikannya. Mulanya bukan main lagi Pas bersemangat dan yakin akan menang ke aas SR dengan saman itu. Penyokong Pas lalu bertakbir sampai senget kopiah, kata Anwar. Alih-alih tarik balik, kenapa?
Pendesahan oleh Anwar mengenai perkara itu menjadikan Pas dan seluruh partinya malu besar. Malu dari kepala sampai ke hujung kaki. Malu sampai ke dalam jubah dan palikat.
Memang sebelum ini apabila pemimpin Pas memberi tahu penarikan balik samannya terhadap SR diceritakan tanpa ada apa-apa bayaran, sudah memelikkan. Orang tidak mempercayai dakwaan itu, seperti Pak Da dan Mak Da, Wan Wang dan Pak Wang di kampung-kampung. SR bukan sebarang portal berita yang boleh dilakukan mengikut kehendak Pas.
Dan apabila portal itu tidak membuang laporan menuduhkan pemimpin menerima RM90 juta, walaupun isu saman menyaman sudah ditarik balik, ini menunjukkan penarik balikan saman itu tidak berjalan mengikut sepatutnya. SR tetap menganggap Pas menerima wang itu.
Pas ada mendakwa penarikan balik itu atas persetujuan Clare dengan terma-terma tertentu yang tidak boleh didedahkan. Kenapa? Penyembunyian ini secara automatik tindakan itu songsang dan ada sesuatu yang tidak kena. Ada perkara yang mengunci Pas.
Saya sudah memberi sedikit bayangan kesongsangan penarikan balik itu dalam status sebelum ini. Jadi apabila Anwar mendedah Pas membayar RM1.422 juta semalam segalanya terjawab, bahawa penarikan balik itu seperti Pas terpaksa melakukannya.
Dan berbalik kenapa Anwar bertindak mendedahkan rahsia dan kemaluan besar Pas malam tadi, ia tidak bukan dan tidak lain kerana Anwar sudah hilang sabar kali ini. Semuanya ialah apabila Anwar dituduh Pas cuba hendak menjatuhkan Dr Mahathir menerusi undi tidak percaya di parlimen.
Jadi walaupun apa didedahkan Anwar malam tadi satu yang mengaib dan boleh menjejaskan maruah Pas sebagai parti agama, beliau terpaksa lakukan begitu apabila beliau juga diusik demikian rupa oleh Pas. Sepatutnya kalau Pas tidak bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM, parti itu tidak memberi gambaran buruk kepada Anwar. Pas tidak perlu dengki dan cemburu dengan Anwar.
Tindakan Pas mengusik Anwar itu samalah mengusik sarang tebuan. Jadi terimalah bahanannya. Kata orang berani buat berani tanggung. Ayat Quran dan Hadith tidak lagi mudah menjadi penawar melindungi pembohongan Pas, kecuali bagi orang di dalam hatinya ada penyakit. Trims.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena