Saturday, 23 February 2019

[Video YADIM Ust Nik Omar Nik Aziz] Bosskamu pencuri dan penipu! SPRM gesa firma guaman bawa Stadlen ke Malaysia.

Sabtu, 23 Februari 2019
Bosskamu pencuri dan penipu!
Image may contain: text
Image may contain: 1 person, text
Paul Stadlem rakyat Britain bangsa YAHUDI ini bekerja selama 9 tahun mulai 2009 sebagai Public Relation Consultant kepada Najib Razak. 

Dia adalah pekerja kepada APCO Worldwide, syarikat ISRAEL yang diberi kontrak PR oleh Kerajaan NAJIB. Apabila BN tumbang pada PRU14, Paul Stadlen lari meninggalkan Malaysia. 
No photo description available.
Pada November 2018, Paul Stadlen menjadi orang yang dikehendaki oleh SPRM untuk siasatan. Dia tidak muncul hingga sekarang. 

Pada Februari 2019, Paul Stadlen bersama² peguam Umno, Mohd Hafarizam telah didakwa di Mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta. 

Paul Stadlen dilantik sebagai PR Consultant kepada Perdana Menteri, tetapi Najib menafikan bayaran RM15 juta itu adalah dari Kerajaan. 

Persoalannya:- 
1. Jika Kerajaan yang lantik, mengapa bukan Kerajaan yang bayar upah itu? 

2. Najib berkata bukan dia yang bayar, tetapi mengapa cek² pembayaran datang dari akaun peribadi Najib? 

3. Jika Najib tidak bayar, siapa yang bayar dan mengapa pihak itu yang bayarkan? 

4. Mengapa Paul Stadlen perlu lari bersembunyi jika Najib atau dia tidak lakukan apa² kesalahan? 

5. Apa perlu Najib bersendirian mempertahankan bayaran RM15 juta itu? 

Mengapa dia tidak minta Paul Stadlen kembali ke Malaysia untuk beri keterangan kepada SPRM? 

Jawapannya:- Hanya Penyamun dan Penyangak yang faham mengapa mereka bertindak sedemikian. Sebab itulah ciri² Penyamun dan Penyangak yang sangat mencurigakan. Setiap kali Najib bercerita, jalan ceritanya sungguh meragukan. - f/bk / TS.

SPRM gesa firma guaman bawa Stadlen ke Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggesa firma guaman yang mewakili Paul Stadlen - bekas perunding media Najib Razak - untuk membawanya ke Malaysia bagi membantu siasatan.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata itulah yang sepatutnya dilakukan firma tersebut, bukannya mengulas kes Stadlen di media.
"Beritahu dia untuk kembali ke Malaysia. Tak perlu cakap banyak (tentang tindakan pihak berkuasa terhadap Stadlen).
"Saya minta peguam dia (Stadlen) bawa dia ke sini...Datang jumpa kami," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Azam mengulas kenyataan media oleh peguam Stadlen, Kevin Gold pada 21 Februari lalu. Gold daripada firma guaman terkemuka di London, Mishcon de Reya.
Dalam kenyataan itu, Gold mendakwa Stadlen "terperangkap dalam tindak balas politik terhadap Najib", susulan pendakwaan tanpa kehadiran dan pengeluaran waran tangkap terhadap Stadlen untuk tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.
Turut didakwa dalam kes itu adalah peguam Umno Hafarizam Harun, yang didakwa di mahkamah Khamis lalu.
Najib kemudian menolak pertuduhan pengubahan wang haram itu dan berkata RM15 juta tersebut adalah bayaran terhadap syarikat Stadlen untuk "kerja selama beberapa tahun".
Stadlen merupakan penasihat media Najib ketika beliau menjadi perdana menteri.
Pada November lalu, Azam berkata SPRM sedang memburunya bagi membantu siasatan terhadap skandal 1MDB dan dia telah meninggalkan Malaysia sebelum PRU 9 Mei lalu.
malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena