Thursday, 21 February 2019

[Video Mesti Pandai pembohong Mesti Pandai temberang] Pas sekarang terkenal sebagai parti pembohong, kata Mohamad Sabu.

Khamis, 21 Februari 2019
Pas sekarang terkenal sebagai parti pembohong

‘Pas sekarang terkenal sebagai parti pembohong’
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengulangi penegasannya bahawa Pas sekarang sebagai parti pembohong seperti diakui pemimpinnya sendiri.
Menurut Menteri Pertahanan itu, hal tersebut jelas dibuktikan melalui pengakuan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz berhubung suaranya dalam audio rakaman tentang penerimaan sejumlah wang daripada Umno.
“Pas sekarang terkenal sebagai parti pembohong sebab pemimpinnya mengaku berbohong.
“Nik Abduh pula kata pemimpin suruh dia berbohong dan pemimpin (Pas) tidak nafikan sehingga hari ini. Nik Abduh juga menyebut ayahnya juga berbohong.
“Keadaan ini bagi saya soal meletakkan sesuatu kepada orang yang sudah meninggal dunia yang tidak boleh menafikan (dakwaan),” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif di FB Live Malaysia Dateline dalam segmen ‘Apa Khabar Malaysia?’ di sebuah restoran di Taman Jenaris, Kajang malam tadi.
Mohamad yang juga ahli Pas selama 38 tahun berkata, rentetan daripada pendedahan Sarawak Report sebelum ini turut menjadi bukti Pas pada masa ini dipimpin golongan pembohong.
 Sehubungan itu, beliau yang mesra dipanggil Abang Mat berkata, sokongan yang dinyatakan pemimpin Pas dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah bohong.
“Seorang (pemimpin) yang duduk di Jawatankuasa Pas Pusat dalam Sarawak Report mengatakan dia tahu siapa pimpinan yang menerima wang, selama ini dia nafi, penafian itu adalah pembohongan.
“Jadi, orang yang berbohong, bertemu dan berjanji untuk menyokong Tun Dr Mahathir, saya anggap mereka adalah berbohong.
“Minggu lepas, ada (pemimpin Pas) yang turun berkempen (di Dun Semenyih) menyokong calon Umno. Oleh itu, ahli-ahli Pas diharap mengambil pendirian kerana pemimpin-pemimpin mereka berbohong dan tidak iklhas.
“Sertailah mana-mana parti sama ada AMANAH, PKR, Bersatu kerana mereka tahu pemimpin mereka selama ini berbohong terutama dalam menafikan wang yang diterima dalam pilihan raya lalu,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Mohamad hadir memberi ceramah kelompok di Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai di Dun Semenyih.
Beliau kemudiannya bersembahyang Maghrib di PDM Penjara Kajang. Kunjungannya di Dun Semenyih malam tadi diakhiri dengan pertemuan mesra bersama beberapa komuniti peniaga dan pengunjung di deretan premis perniagaan di Jalan Puncak Saujana, Taman Jenaris, Kajang.
Kehadiran Mohamad dilihat menarik perhatian orang ramai apabila mereka ingin bergambar bersama Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pas-sekarang-terkenal-sebagai-parti-pembohong/

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena