Thursday, 21 February 2019

[Video Lebih 90 % Pengundi Cina Akan Mengundi PH] Lebai..oohh lebai! Nak sokong Tun M kononn! Berapalah kerusi PAS yg ada nak sokong nanti? Nik Abduh: Sikap keras PAS pada DAP amalan sihat.

Jumaat, 22 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Patutlah tiba-tiba menyokong Tun M sepenuh hati dan sanggup pula buat cerita konon-konon undi tak percaya terhadap Tun M. Jika ada betul undi tak percaya pun berapa kerusi PAS nak sokong nanti? Huhu
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Lebai..oohh lebai..!

Nik Abduh: Sikap keras PAS pada DAP amalan sihat

Seorang pemimpin kanan PAS menyatakan tiada salah untuk parti itu bersikap keras terhadap DAP kerana masih berada dalam ruang yang dibenarkan demokrasi.
Malah menurut catatan Nik Abduh Nik Abdul Aziz apa yang berlaku itu dibenarkan dalam sistem demokrasi serta mewujudkan persaingan yang sihat.
"Ia bukan pertembungan fizikal dan permusuhan zahir. Ia perebutan menguasai minda rakyat," katanya dalam hantaran di media sosial semalam.
Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS serta bekas ketua pemuda parti itu menjelaskan sikap parti itu yang keras terhadap DAP juga disebabkan pendirian DAP kepada mereka.
Katanya PAS hanya berpolitik berasaskan kewajiban agama manakala DAP pula memusuhi amalan sedemikian.
"Maka, persaingan adalah tidak dapat tidak. Ia semula jadi politik dan pemerintahan," katanya.
Padang politik demokrasi
Nik Abduh menegaskan sikap itu sebenarnya tiada kaitan dengan rasisme, kezaliman atau kebencian sesama masyarakat kerana ia bukan diajar oleh agama.
"Melayu lain, PAS lain. Cina lain, DAP lain.
"Ia bukan pertembungan bangsa, bahasa atau warna. Ia pertembungan pemikiran dan hala tuju politik. Itulah padang politik demokrasi," katanya.
Untuk rekod Nik Abduh adalah antara tokoh pelapis yang diyakini sesetengah pihak bakal menjadi pemimpin utama PAS pada masa depan.
Beliau ialah anak bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Hello lobai bodoh kalo sikap keras pd DAP amalan sihat ...doktor Tentu
X setuju.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena