Monday, 25 February 2019

[Video SPRM Perlu Ambil Masa Siasat Pas] BILA PM TAK PUAS HATI DENGAN SPRM berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut atau Sengaja SPRM bagi peluang 'walaun bodo' seronok seketika dengan pengumuman terbaharu.

Selasa, 26 Februari 2019
Sengaja SPRM bagi peluang walaun bodoh seronok seketika dengan pengumuman terbaharu. Pengubahan wang haram memang tak masuk ke akaun PAS Pusat, sebab itu PAS tak mampu bayar hutang printing Harakah...f/bk 
TS.

BILA PM TAK PUAS HATI DENGAN SPRM.

Nampaknya ada rasa tidak puas hati yang ketara dalam diri Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap SPRM berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut, Shukri Abdull yang baru semalam mengesahkan tiada kemasukan dana RM90 juta daripada UMNO ke dalam akaun rasmi Pas.

Kata Tun Mahathir, SPRM mungkin belum mendapat maklumat secukupnya berhubung siasatan perkara tersebut, selain memerlukan masa untuk menyiasat kecurian wang oleh Najib Razak yang dikaitkan dengan 1MDB.

"Yang itu SPRM kata. Dia ambil masa. Ini tak bermakna Najib tak curi, cuma tak diselidik.

"Kita tunggu sama ada benar atau tidak," kata beliau ketika ditanya berhubung kenyataan SPRM yang dilihat telah membersihkan nama Pas, meskipun siasatan belum lagi selesai sepenuhnya.

Dalam bab ini, ramai juga yang hairan sebenarnya mengapa Shukri Abdull begitu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan sebelum ini agensi anti rasuah itu turut mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan juga merangkumi akaun bank beberapa pemimpin Pas.

Sudahkah disiasat juga akaun pemimpin-pemimpin Pas itu?

Jika siasatan belum selesai lagi, untuk apa sebenarnya Shukri Abdull mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan nama Pas seolah-olah telah dibersihkan berkaitan dana RM90 juta itu?

Kenapa tidak ditunggu sehingga siasatan selesai, termasuk dapatan dalam akaun pemimpin-pemimpin tertentu Pas, barulah beliau bercakap mengenainya dengan media?

Bukankah dalam banyak keadaan,  kedudukan akaun peribadi dan akaun bank parti ada hubung-kaitnya?

Apa pun, terzahirnya rasa tidak puas hati Tun Mahathir itu menggambarkan seperti ada yang tidak kena dalam SPRM sekarang ini. 

SPRM sebenarnya tidak perlu terlalu banyak bercakap dengan media atas sesuatu perkara kerana yang ingin dilihat oleh rakyat berkenaan dengan agensi itu ialah tindakannya dalam menyelesaikan kes-kes rasuah dalam negara ini.

Bercakaplah hanya bila perlu saja atau jika siasatan masih belum selesai, tutuplah mulut terlebih dahulu sehingga kes sudah benar-benar muktamad.

Dalam kes dana RM90 juta ini misalnya, dengan Perdana Menteri sendiri menzahirkan rasa tidak puas hatinya, bukankah ia sesuatu yang memalukan SPRM?

Yang nyata, daripada teguran tidak puas hati ini, Perdana Menteri mahu SPRM terus menjalankan siasatannya, malah dengan lebih teliti,  bukan saja berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Pas, tetapi juga siapa pemberi atau perantaranya.

Dapatan SPRM sehingga ini jelas tidak menggembirakan Perdana Menteri. Ini yang SPRM dan Shukri Abdull harus betul-betul faham. (ShahbudinHusin 25/02/2019)

1 comments:

ahmad salleh said...

Kenyataan yang dibuat oleh SPRM itu menyebutkan SETAKAT INI, itu bermakna siasatan belum lagi selesai. Dan juga disebutkan adalah DARI AKAUN 1MDB, bukan dari akaun pemimpin UMNO. Loyar buruk sungguh kenyataan SPRM itu.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena