Thursday, 21 February 2019

[Video Terkini KONTRAK SCORPENE & ALTANTUYA didedah] Pembunuhan Altantuya tak dianggap jenayah politik walau diarah kerajaan.

Jumaat, 22 Februari 2019
Image may contain: text
TS.

Pembunuhan Altantuya tak dianggap jenayah politik walau diarah kerajaan


Bekas komando polis Sirul Azhar Umar tidak boleh dianggap terlibat jenayah politik meskipun beliau mendapat arahan kerajaan Malaysia membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata Timbalan Presiden Tribunal Rayuan Pentadbiran Australia Brian Rayment.
Definisi kesalahan Sirul penting bagi menentukan keputusan rayuannya untuk mendapatkan suaka politik daripada kerajaan Australia.
Rayment, dalam keputusannya berkata, pemohon telah mengaku dia diarahkan untuk membunuh Altantuya atas alasan warga Mongolia itu merupakan "perisik Rusia".
"Bukti yang tidak dapat disahkan yang diberikan pemohon bahawa arahan diberikan kepadanya untuk membunuh perisik Rusia tidak meyakinkan saya kerana arahan diberikan kepadanya dengan alasan seperti itu, atau dia bertindak atas apa-apa alasan seumpama itu," katanya.
Memetik kes undang-undang, Rayment berkata tiada satu pun yang mencadangkan pembunuhan atas arahan kerajaan boleh dikategorikan sebagai jenayah politik.
Maka, katanya, meskipun Sirul menerima arahan daripada kerajaan untuk membunuh Altantuya, ia tidak boleh dianggap sebagai jenayah politik.
Justeru, Rayment dalam keputusannya Isnin lalu menolak rayuan permohonan Sirul untuk suaka politik.
Sirul dan rakan setugasnya Azilah Hadri dituduh membunuh Altantuya dan meletupkan mayat warga Mongolia itu dengan bahan letupan gred tentera.
Kedua-dua mereka pernah menjadi pengawal peribadi kepada Najib Razak yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri.
Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2015 menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-dua mereka, dan seterusnya menjatuhkan hukuman gantung.
Bagaimanapun, Sirul yang bebas ketika proses rayuan kes berkenaan telah melarikan diri ke Australia dan mendapat suaka politik.
Meskipun dengan penolakan suaka oleh kerajaan Australia, Sirul tidak akan dihantar ke Malaysia sehingga kerajaan Malaysia mengenepikan hukuman mati ke atasnya kerana kerajaan Australia tidak mengiktiraf hukuman mati.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena