Thursday, 28 February 2019

[Video Anwar: Kenapa PAS Tarik Balik Tutuhan Pada Sarawak Report?] TAKBIR SAMPAI SENGET KOPIAH? "Membuka budu tengah kedai" Pendedahan Anwar malam tadi sungguh memalukan Pas.

Khamis, 28 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Revolusi Anak Muda Malaysia
TAKBIR SAMPAI SENGET KOPIAH
Apa dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah sesuatu yang mengejutkan saya. Jarang sekali Anwar mendedahkan aib orang walaupun aibnya sendiri didedahkan orang.
Anwar bukan seorang pemimpin yang berdendam dan suka cari gaduh dengan sesiapa. Beliau seorang pemimpin berjiwa pemaaf dan juga suka bersahabat dengan sesiapa sahaja.
Tetapi apabila malam tadi tiba-tiba beliau mendedahkan rahsia Pas yang sekaligus meletakkan Pas dalam keadaan sangat tidak berintegriti sebagai parti agama, ia sesuatu yang perlu difikirkan kenapa tergamak Anwar berbuat demikian.
Untuk apa Anwar mendedahkan maklumat terbaharu mengenai Pas yang cuba dinafikan oleh parti itu, mengenai pembayaran kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown sebanyak RM1.422 juta setelah kedua pihak bersetuju untuk menarik balik saman berkaitan wang RM90 juta. Bayaran disebut Anwar itu sebagai imbuhan kepada Clare.
Anwar “membuka budu tengah kedai itu” dalam ceramahnya di Semenyih malam tadi.
Pendedahan Anwar malam tadi sungguh memalukan Pas. Sebelum ini Pas mempertahan dan menfikan yang mereka tidak membayar Clare untuk bersetuju menerima penarikan balik terhadap saman oleh Abdul Hadi Awang. Kononnya penarikan balik itu secara suka rela.
Sampai keluar urat sembereh pemimpin Pas; Hadi Awang, Takiyuddin Hassan dan Tuan Ibrahim menafikannya. Mulanya bukan main lagi Pas bersemangat dan yakin akan menang ke aas SR dengan saman itu. Penyokong Pas lalu bertakbir sampai senget kopiah, kata Anwar. Alih-alih tarik balik, kenapa?
Pendesahan oleh Anwar mengenai perkara itu menjadikan Pas dan seluruh partinya malu besar. Malu dari kepala sampai ke hujung kaki. Malu sampai ke dalam jubah dan palikat.
Memang sebelum ini apabila pemimpin Pas memberi tahu penarikan balik samannya terhadap SR diceritakan tanpa ada apa-apa bayaran, sudah memelikkan. Orang tidak mempercayai dakwaan itu, seperti Pak Da dan Mak Da, Wan Wang dan Pak Wang di kampung-kampung. SR bukan sebarang portal berita yang boleh dilakukan mengikut kehendak Pas.
Dan apabila portal itu tidak membuang laporan menuduhkan pemimpin menerima RM90 juta, walaupun isu saman menyaman sudah ditarik balik, ini menunjukkan penarik balikan saman itu tidak berjalan mengikut sepatutnya. SR tetap menganggap Pas menerima wang itu.
Pas ada mendakwa penarikan balik itu atas persetujuan Clare dengan terma-terma tertentu yang tidak boleh didedahkan. Kenapa? Penyembunyian ini secara automatik tindakan itu songsang dan ada sesuatu yang tidak kena. Ada perkara yang mengunci Pas.
Saya sudah memberi sedikit bayangan kesongsangan penarikan balik itu dalam status sebelum ini. Jadi apabila Anwar mendedah Pas membayar RM1.422 juta semalam segalanya terjawab, bahawa penarikan balik itu seperti Pas terpaksa melakukannya.
Dan berbalik kenapa Anwar bertindak mendedahkan rahsia dan kemaluan besar Pas malam tadi, ia tidak bukan dan tidak lain kerana Anwar sudah hilang sabar kali ini. Semuanya ialah apabila Anwar dituduh Pas cuba hendak menjatuhkan Dr Mahathir menerusi undi tidak percaya di parlimen.
Jadi walaupun apa didedahkan Anwar malam tadi satu yang mengaib dan boleh menjejaskan maruah Pas sebagai parti agama, beliau terpaksa lakukan begitu apabila beliau juga diusik demikian rupa oleh Pas. Sepatutnya kalau Pas tidak bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM, parti itu tidak memberi gambaran buruk kepada Anwar. Pas tidak perlu dengki dan cemburu dengan Anwar.
Tindakan Pas mengusik Anwar itu samalah mengusik sarang tebuan. Jadi terimalah bahanannya. Kata orang berani buat berani tanggung. Ayat Quran dan Hadith tidak lagi mudah menjadi penawar melindungi pembohongan Pas, kecuali bagi orang di dalam hatinya ada penyakit. Trims.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena