Sunday 24 February 2019

[Live Mengapa Tun M & SPRM SEMBUNYIKAN SEMUA BUKTI RASUAH RM90 JUTA Hadi & Pas Round ke-2] Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin

Isnin, 25 Februari 2019
LIVE! KENYATAAN TERBUKA KEPADA TUN M & SURUHANJAYA PEROMPAK & RASUAH MALAYSIA (SPRM) Kepada Tun M & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Saya amat kecewa dengan wayang siasatan Skandal Rasuah RM 90 JUTA Najib Razak, Hadi Awang & UMNO-PAS. Skandal ini bukan saja melibatkan dana 1MDB. Skandal ini melibatkan dana Kementerian Kewangan yang dirompak Najib Razak, Hadi Awang & PAS. Skandal ini melibatkan dana politik rasuah Pilihan Raya Negeri Sarawak & PRU-14. Saya mengecam tindakan Tun M & SPRM menyembunyikan semua bukti skandal rasuah ini yang sudah saya serahkan sejak 4 Febuari 2019. Saya mengecam tindakan Tun M & SPRM membersihkan nama Hadi Awang Perompak & PAS dalam Skandal Rasuah RM 90 Juta ini.
CHECKMATE HABIS MAHATHIR!
CHECKMATE BETUL BOSSKU!
Image may contain: one or more people and text
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and text

Apa Najib buat bertahun-tahun jadi PM, tanya Muhyiddin

'Perang tol' di antara PH dan pembangkang berterusan lagi.
Kali ini giliran Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membidas bekas presiden Umno Najib Razak yang menyindir pengumuman kerajaan untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada.
Kata Muhyiddin walaupun dianggap remeh oleh pembangkang, sekurang-kurangnya kerajaan PH berjaya mengambil langkah awal bagi mengotakan janji mereka untuk menghapuskan tol.
Keadaan itu, katanya, berbeza dengan BN semasa menjadi kerajaan apabila mereka hanya tahu berbincang tetapi tanpa penyelesaian.
“Mereka (BN) juga berjanji dulu untuk menyelesaikan masalah tol.
"Saya duduk dalam jemaah menteri, bincang punya bincang, punya bincang, tapi tak ada keputusan,” katanya yang pernah menjadi timbalan Najib dalam kerajaan dan parti.
Muhyiddin berkata demikian dalam ceramah isu-isu semasa di padang permainan Pangsapuri Fasa 6 di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasek Kesuma malam ini.
Tambah Muhyiddin, Najib sekarang hanya tahu mempersoalkan kenapa PH tidak melakukan pengumuman mengenai tol itu lebih awal.
Sedangkan kata Muhyiddin bekas perdana menteri keenam Malaysia itu sendiri tidak dapat melunaskan janji mengenai tol setelah beberapa tahun menjadi perdana menteri.
“Waktu awak jadi perdana menteri, kenapa awak tak buat? Apabila kita sudah buat, dipersoalkan balik... sepatutnya rakyat bersyukur dengan keputusan kerajaan, walaupun secara berperingkat di tempat-tempat tertentu.
"Ini langkah awal. (Baru) sembilan bukan sahaja (mentadbir kerajaan).
“Najib dah berapa tahun jadi perdana menteri? Apa dia buat?” soalnya lagi.
Semalam, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mempunyai pegangan syarikat terbabit.
Pengambilalihan tersebut adalah bagi menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada, dan akan digantikan dengan pengenalan caj kesesakan (congestion charge).
Melalui perkiraan baru caj tersebut, pengguna lebuh raya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sekarang pada pada waktu puncak selama enam jam sehari.
Bayaran tol untuk waktu di antara 11 malam dan 5 pagi pula dihapuskan. 
Selain isu tol, Muhyiddin turut membangkitkan janji BN untuk membina sejuta unit rumah dalam masa lima tahun yang juga gagal dilaksanakan. 
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena