Sunday, 24 February 2019

[Video Mat Sabu: Ucapan Ceramah PRK Semenyih..UmnoBN, Pas KURUS di S' gor & P Pinang] Pas ambil tindakan jika terus fitnah terima dana RM90 juta! Erk, Sarawak Report selamba sahaja tidak menurunkan artikel pemimpin Pas makan rasuah 90 juta & Bila tok batin disuruh beri ucapan depan PH.

Isnin, 25 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Erkkk Bosskau walaun!

Pas ambil tindakan jika terus fitnah terima dana RM90 juta

Sarawak Report selamba sahaja tidak menurunkan artikel Pemimpin PAS makan rasuah 90Juta bertujuan menarik sokongan kepada Najib Razak. 
Tindakan apa PAS dah ambil? Tindakan tak jadi saman?

Bila tok batin disuruh beri ucapan depan PH

Semasa acara sembang santai di antara pemimpin PH bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Lalang Baru tadi, acara sempat bertukar janggal seketika apabila ucapan tok batin kampung tersebut terhenti seketika.
Aleh Abdullah, 53, sedang memberikan kata-kata aluan apabila dia terhenti kerana tidak dapat mengenal beberapa pemimpin PH yang hadir.
“Assalamualaikum dan selamat petang. Yang saya dihormati… ,” katanya sebelum berhenti berucap sambil memandang ke arah pemimpin yang duduk semeja dengannya.
Kejanggalan itu segera dipintas pengerusi majlis yang bercakap melalui pembesar suara memintanya membaca sahaja teks yang telah disediakan.
“Saya dah bagi teks ni, bacalah,” kata pengerusi majlis.
“Minta maaf ya,” jawab tok batin sambil mengeluarkan satu lipatan kertas daripada poket bajunya.
Pemimpin PH yang menghadiri tersebut ialah Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin; anggota Jawatankuasa Tertinggi Amanah, Hanipa Maidin; selain bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin serta calon PH, Muhammad Aiman Zainali.
Aleh kemudian meneruskan membaca kertas yang dipegangnya, biarpun beberapa kali mengalami kesukaran untuk membaca beberapa perkataan dalam teks tersebut.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Aleh pada mulanya memberitahu bahawa dia menulis teks itu ditulis "separuh-separuh" dan dibantu seorang bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Bagaimanapun, kemudian Aleh mengakui teks itu sebenarnya disediakan orang lain dan dia hanya membacanya sahaja.
“Bukan saya sebenarnya. Dia tulis dan saya ikut.
“ [...]Macam kita sendiri tak cakap, orang lain cerita kita pun bangga tak bangga. Tapi kena baca juga,” katanya lagi.
Sementara itu, mengulas tentang lawatan parti politik ke kampung itu, Aleh memaklumkan PH akan sekali lagi melakukan lawatan pada 26 Feb manakala BN akan datang sehari selepas itu.
Bagaimanapun, dia mengakui serba-salah kerana acara pada lusa acara PH akan melibatkan aktiviti karaoke, pemberian hamper, dan jamuan makan.
“Mereka cakap sepatutnya bagi hamper untuk memujuk orang mengundi tak boleh, tapi aku tengok, boleh. Hairan pula. Macam mana? Kalau orang lain ambil gambar, macam mana?” katanya lagi.
Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Aleh itu.
Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena