Wednesday 20 February 2019

[Video Amiruddin Hamzah di Semenyih] Hospital Semenyih tetap di hati Aiman.

Khamis, 21 Februari 2019

Hospital Semenyih tetap di hati Aiman

Biarpun Kementerian Kesihatan melihat belum ada keperluan untuk membina hospital di Semenyih, calon Pakatan Muhammad Aiman Zainali akan tetap memperjuangkan hal itu.
Kata Aiman, dia hanya membawa suara rakyat Semenyih yang sudah lama mahukan sebuah hospital di daerah itu.
“Saya akan tetap bawa suara rakyat Semenyih ini hinggalah (tercapai), dan saya harap suara mereka akan dipertimbangkan oleh pihak atasan,” katanya kepada Malaysiakinipagi ini.
Muhammad Aiman berkata demikian ketika ditemui di Warung Mama Ogee, di pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Batu 26, Beranang untuk bersarapan.
Cadangan untuk memperjuangkan pembinaan hospital dibangkitkan Muhammad Aiman kelmarin apabila ditanya tentang manifestonya
Muhammad Aiman yang juga bendahari Bersatu Hulu Langat berkata walaupun tidak mempunyai janji manifesto tetapi dia ada perancangan tersendiri untuk meningkatkan kemudahan penduduk di Semenyih termasuklah pembinaan hospital.
Semalam Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan "janji untuk membina hospital" di Semenyih sebagai tidak munasabah.
Beliau berkata, untuk kawasan seperti Semenyih, pembinaan klinik kesihatan lebih wajar berbanding sebuah hospital.
Mengulas soal itu, Aiman berkata isu tentang klinik kesihatan akan turut dibawanya jika dipilih sebagai wakil rakyat Semenyih pada 2 Mac ini.
“Saya akan bawa juga isu ini ke atas, dan kita harap klinik kesihatan yang ada ini dinaik taraf.
“(Tapi) cadangan untuk membina hospital juga (saya) akan bawa, suara rakyat yang inginkan hospital di sini,” jelasnya lagi.
Untuk rekod hospital terdekat untuk orang di kawasan Semenyih ialah di Kajang.
Bagaimanapun bagi penduduk yang berada di Beranang - yang bersempadan dengan Negeri Sembilan - jarak antara petempatan itu dengan Hospital Kajang ialah hampir 20km.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena