Thursday 21 February 2019

[Video Komplot guling Tun M tidak benar: Mat Sabu] Curi SERINGGIT dipanggil pencuri, curi 2.6 billion digelar BOSSKU! Ekstradisi Jho Low belum dapat kerjasama lagi, kata Muhyiddin

Jumaat, 22 Februari 2019
Image may contain: text

Ekstradisi Jho Low tak dapat kerjasama lagi, kata Muhyiddin

Malaysia masih belum mendapatkan kerjasama dari negara berkenaan untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Jho Low di Malaysia, menurut Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
"Kementerian Dalam Negeri dah keluar satu waran tangkap dia punya visa kita dah rampas.
"Kita dah tahu dia kat mana tetapi kita tak boleh buat urusan bawa balik tangkap kecuali negara itu beri kerjasama.
"Kita dah adakan rundingan sampai hari ini kita belum dapat kesan tapi tahu dia kat mana," katanya ketika berucap pada suatu majlis ceramah di Semenyih malam ini.
Dilaporkan sebelum ini Malaysia sedang berurusan dengan China untuk membawa pulang ahli perniagaan itu. 
Tetapi ketiadaan perjanjian ekstradisi di antara kedua negara merumitkan keadaan mengenai hal ini.
Bulan lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah mengadakan mesyuarat bersama pihak berkuasa China bagi mengesan Low.
Low didakwa menjadi dalang skandal 1MDB yang menyaksikan lebih AS$4.5 bilion dilesapkan dari syarikat pelaburan negara itu.
Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya PH yang mengetuai kempen di Semenyih berkata kerajaan juga akan membuat pengumuman mengenai tol tidak lama lagi.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut hal itu.
Ini selepas Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim mencadangkan kerajaan menutup satu tol bagi meraih kemenangan di Semenyih.
Semalam, calon PSM Nik Aziz Afiq Abdul mengadakan tunjuk perasaan cara flashmob di Lebuh Raya Kajang-Seremban bagi membantah keputusan kerajaan mengekalkan tol.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena