Wednesday 20 February 2019

[Video NGO PH & GMPN: Ketirisan RM500 juta "Cari ke lubang cacing siapa yang terlibat"] PAS patut jawab isu terima wang drpd Umno! Australia ABC: Sirul mungkin dihantar pulang ke Malaysia selepas negara ini memansuhkan hukuman mati.

Rabu, 20 Februari 2019
KiniTV
NGO Pakatan Harapan dan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis berhubung urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengakibatkan kerugian dan ketirisan lebih RM500 juta.

Semalam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perkara itu didedahkan dalam laporan penelitian khas Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.Ketua NGO Pakatan Harapan, Asri Talib menyeru supaya Polis dan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat perkata itu sehingga ke lubang cacing.

Malaysiakini difahamkan terdapat 16 projek sebegitu sejak 1997 sehingga sekarang.
PAS patut menjawab isu pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO sepertimana yang didedahkan oleh Sarawak Report (SR) yang disahihkan benar bila Presiden PAS sendiri telah menarik balik tindakan saman malu beliau terhadap SR, tanpa meminta laporan SR dipadamkan, tanpa memerlukan SR meminta maaf, dan tanpa SR membayar sesen pun kos mahkamah kepada Presiden PAS.
Roketkini.com 

Sirul gagal dapat suaka politik dari Australia

Mahkamah di Sydney menolak permohonan suaka politik bekas polis elit Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Seorang rakyat Malaysia rakan Sirul di Australia – yang enggan namanya disebut – berkata Sirul sebelum ini membuat permohonan itu di Tribunal Rayuan Pentadbiran di Sydney.
“Dia mahu dibebaskan dalam masyarakat Australia, dibebaskan dari tahanan supaya dia boleh masuk dan hidup dalam masyarakat Australia, kerana katanya jenayah dia adalah jenayah politik,” katanya.
Tribunal itu menolaknya, termasuk rayuannya, pada Isnis lalu atas alasan ia bukan jenayah politik.
“Terdapat alasan serius dengan mempertimbangkan pemohon melakukan jenayah serius bukan politik di Malaysia sebelum masuk ke Australia,” menurut tribunal itu.
Sementara itu, laporan jaringan media Australia ABC menyebut Sirul mungkin dihantar pulang ke Malaysia selepas negara ini memansuhkan hukuman mati.
Undang-undang Australia melarang penghantaran pesalah yang berdepan hukuman mati di negara asal.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul dan Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.
Pada 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada sabitan itu sebelum keputusan itu diketepikan Mahkamah Persekutuan.
Sirul bagaimanapunm tidak hadir ke mahkamah kerana telah melarikan diri ke negara itu.
Permintaan Malaysia agar Sirul diekstradisi ditolak Jabatan Peguam Negara Australia.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena