Thursday, 21 February 2019

[Video Muhyiddin jawab Najib - 'Semua berpunca dari masalah dia juga'] Parti Pas mungkin di HARAMKAN? 'Wang Tunai Umno' kepada PAS yang disalurkan pada Mac 2018 digunakan sebagai wang deposit calon2 PAS dalam PRU14.

Jumaat, 22 Februari 2019
KinTV
Presiden BERSATU Tan sri Muhyiddin Yassin membidas kembali bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca masalah semasa FGV Holding Bhd kerana memotong dana Felda pada tahun 1996. Menurut Muhyiddin bebanan Felda dan FGV adalah kerana salah laku yang dilakukan oleh pengrusan dan kerajaan terdahulu. Oleh yang demikian menurut Muhyiddin apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini bukan disengajakan, ia adalah kerana bebanan kewangan yang dihadapi hari ini. Najib hari ini dalam Facebooknya berkata Mahathir yang adalah perdana menteri keempat ketika itu, memaksa Felda supaya mencari dana sendiri daripada bergantung kepada kerajaan persekutuan. Ini kata Najib mengakibatkan Felda menghadapi kesukaran untuk menanam pokok kelapa sawit baru.

Saya nak tengok PAS sokong saya atau tidak - Dr M



Lepas isu RM90 juta disiasat, PAS ‘minta nyawa’ pada PM...
Selepas episod Nik Mohamad Abduh Nik Mat kantoi berbohong sehingga membawa kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap PAS berhubung dana RM90 juta daripada UMNO, PAS kini mencipta pula drama dan naratif pembohongan baru.  

Semua ini dilakukan PAS semata-mata untuk menyelamatkan tembolok mereka selepas habis semua pekung pecah. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mencium bau bahaya berikut langkah SPRM yang dilaporkan mahu menyiasat penderma tetap dan kroni partinya itu.  

Abdul Hadi membuat keputusan untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas alasan kononnya mahu membincangkan hal berkaitan pentadbiran. 

Ini adalah Abdul Hadi yang sama yang pernah menyeru agar pengundi menolak Dr Mahathir pada PRU lepas.  

Pun begitu, tembelang Abdul Hadi bocor. Pertemuan itu bukan sekadar tentang soal pentadbiran tetapi lebih jauh dari itu. 

PAS dikatakan menyatakan sokongan pula menerusi draf bertulis bahawa akan menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika timbul undi tidak percaya terhadap Presiden Pakatan Harapan itu. 

Ia sekadar untuk mencipta persepsi bahawa kononnya wujud perpecahan dalam Pakatan Harapan. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pembohongan tersebut dan menyifatkan ia sebagai helah PAS untuk menutup isu RM90 juta. 

Politik PAS begitu dinamik, daripada menggunakan alasan berbohong demi menjaga kemaslahatan sehingga mencipta cerita karut bahawa kononnya Pakatan Harapan diambang perpecahan. 

Semua ini dilakukan untuk menutup cerita pembohongan dan isu RM90 juta yang membelit parti itu kini. 

Entah apa lagi yang tinggal dalam kamus kewujudan PAS, mungkin hampir tidak ada, apatah lagi integritinya sendiri. – Roketkini.com 
TS.
Deposit PAS untuk PRU14  dibiayai oleh UMNO...
UMNO Donations To PAS Were Used To Pay Election Deposits - EXCLUSIVE
Deposit untuk PAS bertanding dengan rekod jumlah kerusi tertinggi pada pilihan raya umum ke-14 dibiayai oleh Umno, dakwa Sarawak Report. Portal pendedah maklumat itu melaporkan seorang pembantu bendahari Umno, Salleh Said Keruak telah memasukkan wang tunai RM2.5 juta ke dalam akaun Bank Islam milik PAS. 

"Sarawak Report mendapat pengesahan bahawa wang yang dibayar kepada PAS itu digunakan sebagai membayar deposit pilihan raya untuk calon parti yang bertanding dengan rekod jumlah kerusi terbesar. 

“Kira-kira sejuta ringgit lagi juga dimasukkan secara tunai oleh Umno ke dalam akaun PAS pada masa yang sama dengan cara sama," katanya. 

Menurut Sarawak Report, pada 21 Mac, tiga minggu sebelum Hadi membuat kenyataan itu, seorang utusan dari UMNO bernama Shamsul Zairil bin Kamaruddin (yang bekerja untuk Bendahari UMNO Salleh Keruak) membawa beg berisi RM2. 5 juta tunai masuk ke dalam akaun PAS dalam Bank Islam. 
Image may contain: 1 person, smiling, meme, eyeglasses and text
Deposit itu telah didokumenkan dengan jelas dan tidak ada penafian oleh UMNO atau Shamsul bahawa dia mendepositkan wang itu, yang dipercayai adalah arahan langsung pemimpin UMNO Najib Razak. Hadi sendiri mengakui bahawa PAS menerima wang itu, tetapi menafikan wang itu berasal dari UMNO. Bagaimanapun, dalam kenyataan mahkamahnya, Hadi tukar cerita dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu dari mana wang itu datang. 

'Wang Tunai Umno' kepada PAS yang disalurkan pada Mac 2018 digunakan sebagai wang deposit untuk calon2 PAS dalam PRU14. Sarawak Report juga mengesahkan bahawa satu juta atau lebih ringgit kemudiannya juga didepositkan secara tunai oleh UMNO ke dalam akaun PAS sekitar masa yang sama dengan cara yang sama. 

Pada pilihan raya umum lalu, PAS bertanding di 155 kerusi, kerusi Parlimen paling banyak yang dipertandingkan oleh mana-mana parti di negara ini. Deposit untuk bertanding kerusi parlimen adalah RM10,000 manakala kerusi negeri pula bernilai RM5,000. 
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Hadi masih bertegas bahawa tidak ada pakatan sulit semasa pilihan raya antara PAS dan UMNO. PAS masih mendakwa pada PRU14 PAS menjadi parti pembangkang untuk menentang UMNO / BN.  

Hadi juga menegaskan bahawa keputusan PAS bertanding di semua kerusi persekutuan dan negeri  tidak ada kaitan dengan rancangan untuk memecah undi pembangkang bagi pihak UMNO. Hadi dalam pernyataannya bersumpah mengakui bahawa kos untuk bertanding adalah tinggi dan mendakwa wang untuk deposit kerusi itu datang dari sumbangan  ahli2nya. 

Sesungguhnya UMNOlah secara rahsia memberi wang kepada PAS untuk deposit kerusi2 itu dalam PRU14. Sejurus selepas pilihan raya, kedua-dua pihak mula bersatu secara terbuka bersama-sama sekutu, walaupun setakat mereka menyokong sikap masing-masing calon pada pilihan raya kecil di mana hanya beberapa minggu lalu mereka bertindak sebagai lawan politik. 

Kini timbul persoalan sama ada sikap baru Hadi untuk menyokong UMNO semata-mata disebabkan kesediaan secara tiba-tiba "untuk melupakan kesalahan lalu dan menyatukan orang Islam" atau hanya persoalan persahabatan yang dibeli dalam bentuk wang ringgit yang  diterima secara tunai daripada UMNO masuk ke dalam akaun PAS untuk deposit PRU14 seperti yang sebut oleh orang kuat Hadi, Nik Abduh dalam rakaman audionya.  

Pada mulanya Nik Abduh menafikan rakaman audio itu bukan tulen, tetapi fitnah semata2.  Apabila Hadi menarik balik saman,pihak peguam PAS mengesahkan bahawa rakaman audio Nik Abduh adalah tulen dan disahkan oleh Setiausaha Agong PAS barulah Nik Abduh mengesahkan yang rakaman audio itu adalah benar dan tulen, lantas Nik Abduh  mengakui bahawa "Hadi restu saya nafi rakaman audio" - SR/mk 
(Artikel di atas adalah terjemahan diadaptasikan dari Sarawak Report berjudul "UMNO Donations To PAS Were Used To Pay Election Deposits " dengan beberapa ubahsuaian - tumpang sekole)

1 comments:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Saya ucapkan tahniah kepada Nik Abduh kerana berjaya menjahanamkan PAS. Dengan kelancangan dan keceluparan mulut Nik Abduh maka banyak isu dalam PAS termasuk integriti parti juga tercalar. Apa-apa pun diucapkan tahniah pada Nik Abduh yang berjaya secara tidak langsung memecahkan rekod PAS.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena