Wednesday, 20 February 2019

[Video Tun M: Saya nak tengok nanti PAS sokong saya atau tidak] Ho hak ho hak! Deposit PAS untuk PRU14 dibiayai oleh Umno.

Khamis, 21 Februri 2019

Mahathir: Saya nak tengok PAS sokong saya atau tidak

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sama ada PAS akan mengotakan janji untuk menyokongnya sekiranya usul undi tidak percaya dikenakan terhadapnya.
“Saya tunggulah. Kalau ada undi tak percaya, nak tengok sama ada PAS sokong saya ataupun tidak,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai janji parti itu untuk menyokong kepimpinannya.
Beliau berkata demikian selepas melawat ibu pejabat Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Takiyuddin mendakwa bahawa dokumen yang dikemukakan kepada Mahathir adalah draf ikrar menjanjikan sokongan oleh 18 ahli parlimen PAS jika usul undi tidak percaya dibuat ke atas perdana menteri.
Beliau mendakwa dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang untuk menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di parlimen.
Namun beberapa pemimpin parti komponen PH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohammed Sabu telah tampil menafikan kewujudan plot sedemikian.
Malaysiakini.

Deposit PAS untuk PRU14 dibiayai oleh Umno

Deposit untuk PAS bertanding dengan rekod jumlah kerusi tertinggi pada pilihan raya umum ke-14 dibiayai oleh Umno, dakwa Sarawak Report.
Portal pendedah maklumat itu melaporkan seorang pembantu bendahari Umno, Salleh Said Keruak telah memasukkan wang tunai RM2.5 juta ke dalam akaun Bank Islam milik PAS.
"Sarawak Report mendapat pengesahan bahawa wang yang dibayar kepada PAS itu digunakan sebagai membayar deposit pilihan raya untuk calon parti yang bertanding dengan rekod jumlah kerusi terbesar.
“Kira-kira sejuta ringgit lagi juga dimasukkan secara tunai oleh Umno ke dalam akaun PAS pada masa yang sama dengan cara sama," katanya.

Salleh Said Keruak 
Sarawak Report berkata bukti-bukti berkenaan sepatutnya dikemukakan ke mahkamah London sebagai sebahagian daripada pembelaan editor Clare Rewcastle-Brown terhadap saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Walau bagaimanapun, PAS telah menarik balik saman tersebut atas alasan kosnya adalah terlalu mahal.
Abdul Hadi menyaman Rewcastle-Brown susulan dakwaannya bahawa Umno menyalurkan sejumlah RM90 juta kepada PAS dalam usaha untuk “melamar” parti itu menjelang pilihan raya umum ke-14.
Pada pilihan raya umum lalu, PAS bertanding di 155 kerusi, kerusi parlimen paling banyak yang dipertandingkan oleh mana-mana parti di negara ini.
Deposit untuk bertanding kerusi parlimen adalah RM10,000 manakala kerusi negeri pula bernilai RM5,000.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Salleh, PAS dan Umno berkaitan dakwaan itu.
Sebagai rekod, Salleh Said adalah antara pemimpin Umno Sabah yang bertindak meninggalkan parti itu pada Disember tahun lalu dan berjanji untuk menyokong Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena