Thursday 30 April 2015

[Video] Dr M & Peserta Demo mohon tengok nii...Ahmad Maslan dok terang pasal GST...

Jumaat, 1 Mei 2015
Ambiga, Chegubard (SAMM), Kumpulan Royalti, Solidariti Mahasiswa Malaysia, Dr Jeyakumar ( Ahli Parlimen Sungai Siput ), Arul ( PSM), Himpunan Hijau, NUBE , Mahasiswa, Anak Muda & ramai lagi rakyat biasa dan aktivis akan bersama kami di Pasar Seni untuk menyambut Hari Pekerja dan TUNTUT BATAL Cukai GST ! Tunggu apa lagi...siapkan placard & banner untuk BATAL GST &Turun Bersama kami di Pasar Seni pada 2:30pm #1 MEI , 2015 &jalan dengan kami ke KLCC untuk BATAL CUKAI GST : Cukai yang Menindas Rakyat ! ANJURAN : JAWATANKUASA MEI 1, 2015 ..Maklumat lanjut : https:/www.facebook.com/bantahgst



16 hrs ·
Dr. Mahathir bin Mohamad mohon tengok nii...Ahmad Maslan dok terang pasal gst...
-10% +6% = matematik Ahmad Maslan kata turun...Tapi kenapa harga barang NAIK?..kikiki~
-tf

Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M

Hazly Aizi's photo.


Read More

"Ah... tolong tepuklah...Muhyiddin rayu guru-guru tepuk tangan ketika DIA BERUCAP !

Jumaat, 1 Mei 2015

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... MUHYIDDIN SAMPAI MERAYU SEBANYAK 4 KALI KEPADA GURU-GURU SURUH TEPUK TANGAN KETIKA DIA BERUCAP


Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu acara di Permatang Pauh hari ini disambut dengan acuh tidak acuh oleh kira-kira 500 orang pendidik yang hadir.

Hinggakan, Muhyiddin terpaksa meminta para hadirin menepuk tangan – sekurang-kurangnya empat kali sepanjang ucapan 40 minit itu.

Ada di kalangan para hadirin terbabit, yang sebahagian besarnya merupakan para guru, diperhatikan hanya menunjukkan wajah bosan dan ada juga yang mengambil peluang melelapkan mata.

Muhyiddin memulakan ucapannya dengan membangkitkan mengenai kadar kemiskinan dalam negara yang menurutnya berjaya dikurangkan.

Tambahnya, jumlah miskin tegar itu tidak mencapai tahap dua peratus.

Bagaimanapun, para hadirin tidak menepuk tangan selepas mendengar statistik yang dikongsinya itu.

"Tak apalah jika anda tidak tepuk, biasalah,” katanya

Beliau seterusnya menyebut pula tentang sistem e-Kasih yang bertujuan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam negara.

"Sistem ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sistem paling baik di dunia untuk mengukur kadar kemiskinan,” katanya.

Kata-katanya itu bagaimanapun tetap gagal meraih tepukan.

"Ah... tolong tepuklah. Saya bercakap dengan orang pandai... Saya tidak tipu,” katanya.

Ertinya para pendidik sudah tidak yakin dengan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri ... lagi mau pasang niat nak jadi Perdana Menteri?????

Sedarlah diri tu sikit.
Read More

[Video] BAKAL CALON YANG AKAN KALAH akui BN akan buat janji dicapati...Zahid Hamidi Buat Kejutan !

Jumaat, 1 Mei 2015
17 hrs · 
 

Ok dah makan semua?

Nak undi sapa prk Rompin nanti?

Nah amik Brim nih.. undi BN taw!!



BAKAL CALON YANG AKAN KALAH AKUI BN AKAN BUAT JANJI DICAPATI

Posted by 

PRK Permatang Pauh : Akhirnya Zahid Hamidi Buat Kejutan !



Itu pasal lah setiap yang dikatakan oleh Naib Presiden Umno merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan dipandang ringan oleh Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Penyokong PR, kerana Implikasinya pasti akan meninggalkan Kesan yang Mendalam buat PR. Maka itu Kejutan yang dikatakan oleh beliau akan ada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Zahirkan hari ini.

Ianya bukan Video Lucah (VL) seperti yang disangka-sangka oleh Orang Ramai, dimana sangkaan Kejutan VL adalah berdasarkan Sukanya Isi Perut Umno dengan Kelucahan. oleh itu sangkaan tersebut adalah Melesit sama sekali, Melesit nya sangkaan tersebut bukan Kecil tetapi Besar mungkin boleh disamakan dengan Besarnya Kerugian Wang dalam Syarikat Kerajaan yang bernama 1MDB seperti dakwaan oleh Tun Mahathir Kutty @Lanun.

Kejutan yang dibuat oleh Zahid Hamidi ialah "Manifesto BN Bukan Janji Kosong" menurut beliau lagi "Manifesto BN bagi PRK Permatang Pauh dibuat berdasarkan Kajian Empirikal yang mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat di sini". La.... Zahid oiiii.... gua ingatkan apa benda nya Kejutan yang lu nak buat, rupanya hanya Manifesto dengan Kajian Empirikal serta mengambil Kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh.

Zahid oh Zahid... tak sudah lu nak membuat LAWAK BODOH setiap kali adanya PRU mahu pun PRK, konon kajian yang dibuat adalah Empirikal serta mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Permatang Pauh. Mestilah kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat disitu, tak kan Kajian mengambil kira Keperluan dan Kehendak Masyarakat Saudara lu kat Indon tu.... kah kah kah !.

Lagi satu gua tengok lu ni jika tidak membuat Kejutan Lawak Bodoh maka lu akan membuat Kejutan Menipu... lu jangan cakap yang gua ni Memfitnah lu seperti yang selalu Isi Perut Umno lakukan ok. Atau lu sudah Lupa apa yang lu buat setiap kali ada nya PRU dan PRK. Lu ingat tak semasa Kempen PRU13 yang lu mengatakan bahawa ada 3 Pemimpin Pembangkang menjadi Dalang Insiden di Lahad Datu !. 

Ingat tak Zahid apa yang lu cakapkan semasa Kempen PRU13 tersebut, tak kan lu lupa kot apa yang lu cakapkan... kalau lu lupa apa yang sudah lu katakan tak apa, kat bawah ni gua ingatkan berkenaan apa yang lu katakan semasa dalam Kempem PRU13 yang lalu, yang mana sampai hari ini pun usahkan 3 tapi 1 pun nama Pemimpin Pembangkang tiada langsung keluar dari Mulut Longkang lu tu... kah kah kah !.

Pelik bin Ajaib kenapa lah lu masih lagi boleh Menang Kerusi Parlimen Bagan Datok, apa  ke Pengundi-Pengundi Bagan Datok Majoritinya Buta Hati ke beb, tak dapat nak bezakan sama ada yang bernama Zahud Hamidi ni seorang Pemimpin yang Jujur dalam Percakapan dan Perbuatan atau Pemimpin Kaki Temberang dan Kaki Penipu dalam Perbuatan dan Percakapan !.

hemmmmm..... kalau tak silap gua zahid ni pernah memegang sekejap jawatan bertaraf menteri agama islam satu ketika dulu iaitu di masa pak lah awal-awal menjadi pm... caya sama lu lah zahid... kah kah kah !. 

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 11:37:00 PTG

Read More

KP Kastam Tangguhkan! "Lepas ni jangan lagi cakap apa-apa" Rakyat marah meluap-luap!...Awak, awak kat mane Najib?

Jumaat, 1 Mei 2015

Untung Berbillion Sapa Tak Mau!!!

Korang ingat syarikat telekomunikasi tu bapak korang punya ka nak suruh turun harga. Lagi mau naik ada lah. Dah la sms sekarang ko dah balun gan Whatsapp, Line, Wechat lagi mau turun ka rugi tau. Yang pakai pepaid ni pun banyak student, petani, peladang, nelayan. Bukan banyak pun diorang pakai prepaid. Rm5 sebulan ja tu pun korang nak berkira.

Syarikat komunikas
i ni pun bukannya leh wat untung kat kerajaan sebab semua dah swasta. Turun pun tak guna baik suruh naikkan jer lagi. Bagi kaya raya keparat-keparat yang memiliki saham dalam syarikat Telekomunikasi. Diorang kaya raya korang jugak yang merasa tempiasnya... Phuihhh...
#ApaMalaysiaAdaSekarangUntukNegara???
#TolElektrikAirTelekomunikasiMediaSemuaDahJadiMilikMelaun
#CaraNakSelamatkanNegaraTerpaksaTarikRezekiKorangSikitSorang

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar pun kutuk KP Kastam..

Tunggang terbalik la UMNO/BN.. Inilah akibatnya tak berkat jika SELALU MENIPU RAKYAT..

KOH!!! KOH!!! KOH!!!


Di mana ketegasan menteri & KERAjaan UMNO/BN !!!

Kehendak syarikat telco KAMU TURUTI, kehendak rakyat KAMU KHIANATI..

MENGAPA menteri2 UMNO dah 'dayus' & mudah kena main dgn syarikat2 telco ???

Wahai menteri DAM, kamu dibayar gaji oleh taxpayer rakyat KAMU BUAT APA !!! Mkn gaji buta ka !!!



Jgnkan Tun Mahathir tak maafkan, KAMI pun tak kan maafkan apa yg Najib Razak & KERAjaan UMNO/BN buat hutang negara bertambah saban tahun...

yg akhirnya KAMI PULA YANG KENA TANGGUNG BAYAR HUTANG MEREKA DENGAN BAYAR GST !!!



Rakyat Marah Meluap-luap Apabila Kastam Tangguhkan Harga Asal Kad Prabayar




Arahan kad prabayar pada harga asal ditangguh, kata Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangguhkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal perkhidmatan kad prabayar yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Mei.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi.

"Maka, arahan Ketua Pengarah Kastam bertarikh 28 April kepada syarikat telekomunikasi mengenai layanan GST ke atas perkhidmatan kad prabayar yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei, adalah ditangguhkan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Khazali dalam satu sidang media mengumumkan bahawa mulai 1 Mei ini, harga kad prabayar telefon perlu kembali kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April, yang mana jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

Menurutnya, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat pada 28 April.

Semalam, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie dalam satu kenyataan selepas pengumuman Khazali itu, pula berkata isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%.

Menurut Halim, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem. – Bernama

ULASAN GB

Manalah tak rakyat terutama golongan muda yang rata-rata para pelajar IPT yang banyak menggunakan telefon pra-bayar memaki hamun Jabatan Kastam dan kerajaan. Kepada rakyat apabila hendak dikenakan GST tiada tangguh-tangguh, tetapi kepada syarikat telekomunikasi siap bagi alasan mustahil untuk kembali kepada harga asal kerana kerumitan konfigurasi sistem. Masa nak kena GST tak timbul pula kerumitan konfigurasi sistem. Bukankah jawapan itu cuba memperbodohkan rakyat?


Surat di atas nampaknya sudah tidak berguna lagi. Dan ternyata Jabatan Kastam cuba untuk bermain wayang dengan rakyat.

Jabatan Kastam juga nampaknya lebih berpihak kepada syarikat perniagaan tetapi tidak kepada rakyat.

Bukankah gaji pegawai-pegawai Kastam itu datang dari wang rakyat? JIka hendak jaga keuntungan syarikat telko, lebih baik Jabatan Kastam nanti hanya meminta gajinya dari syarikat-syarikat telko berkenaan.

Ia juga boleh menimbulkan persepsi buruk bahawa Jabatan Kastam telah dirasuah oleh syarikat telko berkenaan. Bukankah selama ini Jabatan Kastam amat terkenal dengan skandal rasuah dimana ramai pegawai-pegawai dan pengarah-pengarahnya yang telah ditahan oleh SPRM kerana rasuah?

Read More

Tuc Tok Usin Ceroi ajak turun bantah GST 1 Mei ni...pulak dah!

Khamis, 30 April 2015

tuc pi dulu stgi i follow



Jom kita turun bantah gst 1 mei ni,kita tuntut dibatalkan kezaliman cukai keatas kita,ramai saudara2 kita mengalami kesempitan hidup yg teruk kesan cukai GST...bygkan kehidupan mereka sebelum GST pon dah cukup tersepit,bgaimana depa hadapi kehidupan selepas GST sekarang???

Jom turun,wajib kita pertahankan hak kita dan hak rakyat,lebai2 yg jubah labuh2,yg kereta besaq2,mkn sedap2,sampul tebal2 x payah la turun,nanti jubah hampa kotoq dgn water canon...biaq kami yg susah2 dan nangoi2 ni jadi lah,ada duit lebih nanti,kami infak pada markas,dah byk nanti boleh la markas buat kenduri dan jemput hampa mai mkn...!!!!

Ini soal rakyat dan nasib kita,ayuhhhhh...!!!
Read More

Tuc Tok Usin Ceroi mendedahkan dirinya..."Tok pura-pura saja setelah pecahbelahkan hampa!"

Khamis, 30 April 2015
Tuc Tok Usin Ceroi

[PANAS] Tuc Tok Usin Ceroi telah mendedahkan siapa beliau sebenarnya...

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9BoYMdfz3ne_RFPc9FhJITLQTKgY4fZfaoqSDNF0YmWpZXR_jbtvO_JpvmhfewcWWEvzjoYak748Kr7JfVqrrXdEIgNtG9rqSamx7XSRQz8ojBHPDeNCYfVRHtyZumpU_1gNVP79gET2W/s1600/2015-04-30_120529.jpg
    12 hrs · Edited · 
    Smlm tok cuit sikit yusni mat piah dan din tantawi,berlambak walaun babi buta kelupoq....ooooo x boleh cuit rupanya geng " Abdullah bin Abdullah ' ni..!
    Hampa dengaq eloq2 tok nak pecahkan rahsia ni,tok ni sebenaqnya bukan ahli pas,tok ni adalah barua umno,kalau nak sedap lg,tok ni sebenaqnya babi umno kalau hampa nak tau...
    Selamanya ni tok bukan ikhlas pon dok lawan jebon dan pertahankan ulama tu,tok berpura2 saja pertahankan ulama tu sebab tok nak pecahbelahkan hampa dlm pas ni saja....tok buat semua tu sebab duit dan harta dunia saja.
    Lg kalau hampa nak tau,tok syok sgt la tgk hampa berpecah dah,dan yg tok paling syok PKR dan DAP boleh buat apa saja kat presiden dan MSU hampa...
    Tapi untung la hampa pasai syurga mmg dibuat khusus utk org mulia mcm hampa,org mcm tok x dpt la merasa...!!!org mulia mcm hampa buat tindakan bodoh pon boleh dikatakan tindakan bijak pasai hampa mulia2...maklumlah jubah semua putih2 melepak.
    Tp oleh kerana tok dah dok berpura2 pertahankan presiden dan msu,la ni tok dah jd kaya dah...kalau hampa nak tau,setiap posting dan komen tok dibayaq tau...!!!
    Pakat2 sebarkan dan bgtau kepada semua walaun babi buta bahawa apa yg depa dok syak dan tuduh pasai tok selama ni semuanya betoi belaka,yg dah tuduh tu,jgn risau lg sbb ianya bukan fitnah,x jadi dosa sbb betoi malah hampa adalah kategori manusia yg hebat,iaitu hampa dah kasyaf...!!! Jgn minta maaf dgn tok pasai hampa tuduh tu betoi sebetoi2 nya.
    Syssss
Read More

PAS jadi bahan jenaka akibat U-turn?...Makanya BN pun menyeboklah!

Khamis, 30 April 2015

PAS jadi bahan jenaka akibat U-turn

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp-6lwWQLnKhLNRBHg1zuRR3-YG9fXh1yvg9S-1S4GaoYKcC0vu4kyN3LQmudtRSqV1NI8JyYA7xcKwjarUesux0ztkZXSDe7U4Kb0zX1iprUT7XkVeT0iWdl_4p_2Kam5NX_T7YokTxQL/s1600/KetumFall+PASU-turn.png 
PRK Permatang Pauh mencatatkan sejarah tersendiri apabila Pas, parti yang tidak bertanding menjadi sebutan ramai dan lebih popular berbanding PKR. 

Dua kali Pas membuat kejutan dan menjadi tajuk muka depan kebanyakan media dalam tempoh seminggu ini. 

Pas Kawasan Permatang Pauh memecah kesunyian dan tembok halangan apabila membuat pusingan U dengan kembali menyokong PKR dalam pilihan raya ini walaupun sebelum ini bertegas dengan usul yang dibentangkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh.

Sengketa itu selesai pada malam pengumuman nama calon PKR apabila kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man Mat Aji.

Manakala PKR diwakili Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. 
Read More

PAS dan UMNO kini lalui situasi getir? PRESIDEN kedua-dua parti sedang hadapi krisis kepercayaan?

Khamis, 30 April 2015

PAS dan Umno kini lalui situasi getir dimana Presiden sedang hadapi krisis kepercayaan

Konsep ‘taat pemimpin’ bakal selamatkan Hadi, kata penganalisis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4eLtEl96YXBUzguKeODQUm8FvBDBZKWEZ9wkJy8gnSN1OK7k7ibFmQ3zsL3-sesleoFIEJ4HAAiWsLRtB-kxNYhAEdn6K9Ampifuvsx5Oc179aTT4JJMKwaU1KWb5theK-n7A1NiVGJc/s1600/Hadi_Awang_Najib_Razak.jpg

Dua parti politik utama Melayu di negara ini, PAS dan Umno kini menghadapi situasi getir apabila pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu berdepan ‘dugaan’ besar.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang bertubi-tubi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditekan dari dalam dan luar susulan beberapa isu membabitkan keputusannya yang tidak disenangi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dr Mahathir yang tidak putus-putus mengkritik pentadbiran Najib pernah dengan lantang berkata, Umno yang pernah diterajuinya selama 22 tahun itu kini dilihat lebih mengutamakan duit untuk "kesetiaan" berbanding semangat tinggi dalam perjuangan.

Berbeza dengan PAS, konsep ‘walak’ atau taat setia kepada pemimpin, menurut penganalisis, dijangka mampu menyelamatkan Hadi, meskipun bibit penolakan mula timbul.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena