Thursday 23 April 2015

Bapa Adam Adli meninggal jam 6.45 am akibat kemalangan malam tadi...

Jumaat, 24 April 2015

Bapa Adam Adli meninggal akibat kemalangan


Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 pagi ini di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang selepas terlibat dalam kemalangan teruk malam tadi.

Kejadian berlaku ketika beliau menunggang motosikal di Penaga, Kepala Batas selepas bertemu sekumpulan wartawan Keadilan Daily dan petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, lewat petang semalam.

Dalam temubual terakhir lebih sejam bersama Keadilan Daily, Allahyarham sempat berbicara perihal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk hasratnya untuk menyertai dalam perhimpunan 1 Mei nanti.

Allahyarham juga turut menawarkan penginapan di rumahnya di Permatang Bertam, Kepala Batas kepada wartawan terbabit, termasuk penulis berita ini, yang baharu sahaja tiba di Permatang Pauh semalam untuk membuat liputan PRK Parlimen itu.

Allahyarham akan dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat.

Adam Adli mendapat perhatian media selepas bekas pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris itu menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno beberapa tahun lalu.

Ekoran itu, dia dipecat dari universiti tersebut. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Undang-undang di Asia College, Brickfields.

Abd Halim merupakan penyokong kuat anaknya itu, yang pernah beberapa kali ditahan polis lapor KeadilanDaily


Komunikasi aku yang terakhir dengan Allahyarham ialah dua hari yang lepas.. tanda dah ditunjukkan tapi aku yang tak jelas..

Apa pun.. bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..

Semoga rohnya tenang di sana...

Al-Fatihah!!

Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena