Thursday 23 April 2015

PKR Yakin PAS Takkan Boikot PRK Permatang Pauh

Jumaat, 24 April 2015

Terkini!!! PKR Yakin PAS Takkan Boikot PRK Permatang Pauh, Jom Terjah!!!

Azmin Ali - Kidex

KUALA LUMPUR – PKR yakin akan mendapat sokongan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh walaupun terdapat pergeseran di antara kedua-dua pihak mengenai isu hudud.
 
 Timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali berkata semua isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan atas dasar ‘semangat kekeluargaan’.
 
 “Akhirnya, matlamat utama Pakatan adalah untuk menang supaya kita boleh membawa perubahan. Kami mahu meyakinkan pengundi bahawa mereka mengundi untuk perubahan.
 
 “Saya harap semua pihak boleh berpegang kepada prinsip muafakat (kerjasama) dalam Pakatan untuk memastikan kemenangan kita pada masa akan datang,” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan aluan makan tengah hari di Asean People’s Forum, Khamis.
 
 PAS Permatang Pauh telah meluluskan usul tidak akan menyokong calon PKR bagi pilihan raya kecil kali ini jika pemimpin parti tidak memohon maaf kerana pendirian mereka mengenai hudud.
 
 Mereka juga mahu PKR menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan yang menyuarakan pendiriannya terhadap rang undang-undang hudud yang dicadangkan oleh parti Islam itu.
 
 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu berkata walaupun parti itu masih di dalam Pakatan Rakyat, ia adalah hak mutlak bahagian Permatang Pauh untuk tidak menyokong sekutunya dalam pilihan raya kecil akan datang. – Mstar
SEDAKA Sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena