Friday, 24 April 2015

Ringgit Malaysia Jatuh Teruk... Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi?

Sabtu, 25 April 2015

Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun RM3.63-RM3.70 2 Bulan Terakhir? Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi?

Punca Nilai Ringgit Malaysia Jatuh Teruk Turun Lagi RM3.63-RM3.70 2 Bulan Terakhir? Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi? Matawang Ringgit Malaysia lagi jatuh lagi bagus kata menteri. Nah…sekarang nilai ringgit Malaysia berada pada paras RM3.60 dan ke atas bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia dan pelabur luar contohnya. Sudah 2 bulan ringgit turun naik antara 3.65 hingga 3.70 bagi setiap 1 usd.
  • Jika dahulu, setiap nilai ringgit Malaysia RM1 boleh tukar kepada Rp2500. Sekarang? setiap matawang ringgit Malaysia RM1 boleh tukar menjadi Rp3700. Makin berbondong-bondonglah serumpun Malaya boleh hantar wang ke Indonesia.
  • Jikalau dahulu nilai Ringgit Malaysia RM1 boleh dapat SGD1. Sekarang? SGD1 bersamaan RM2.70. Makin laris bisnes perniagaan warga Malaysia terutamanya warga Johor? Berbondong-bondong warga asing sapu hartanah rumah, kondo mewah dan kedai di Malaysia. Semakin kaya warga asing dek kerana tidak putus-putus apabila projek semakin banyak.
ringgit jatuh
Bukankah ini yang dimahukan para menteri?

Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun? Jawapan Tun Daim

Adakah negara kita berada dalam krisis ekonomi hari ini. Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara kita bukan ke arah kemeselatan ekonomi. Ya….sama sekali Berita Semasa percaya kata Perdana Menteri. Tetapi…..tetapi mengapa matawang Ringgit jatuh dan berada pada paras yang begitu lemah pada hari ini? Apa sebabnya?
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mengatakan baru-baru ini, matawang ringgit jatuh kerana “undervalue” dan tidak adil untuk menurunkan nilai matawang ringgit Malaysia sekarang ini.
Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Ekonomi Malaysia di zaman Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan jikalau “fundamental” Malaysia adalah baik mengapa dan kenapa matawang Ringgit jatuh teruk sekarang? Mesti ada sebabnya mengapa jadi teruk begini.
Jawapannya adalah berpunca daripada orang luar sudah tiada keyakinan kepada Malaysia. Perlu berjaga-jaga di situ apabila mentadbir ekonomi Malaysia jikalau orang sudah tidak percaya kepada kerajaan Malaysia.
Penganalisis ekonomi menjangkakan yang mana matawang ringgit Malaysia akan berada pada paras RM3.80 bagi setiap USD1 tidak lama sahaja lagi.
P/S : Datuk Seri Najib Razak ada peluang semasa sesi soal jawab (DI SINI) mengapa tidak jawab persoalan isu matawang ringgit jatuh teruk? Rakyat perlukan jawapan. Jangan tinggalkan mereka tertanya-tanya.
PP/S : Sekarang ekonomi China dalam fasa yang semakin perlahan yang mana akan turut memberikan kesan kepada Malaysia kelak.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena