Thursday 30 April 2015

Zaid: Najib tak ubah seperti 'sang maharaja'! Ingat! Anda berhak berdiam diri sebaik sahaja anda ditangkap polis...

Khamis, 30 April 2015

URGENT ARREST:
Sekiranya ditangkap pihak polis, sila sms sahaja maklumat berikut dan hantar ke talian hotline berikut: 0198013149 , 0173608240.
若有任何人被捕,不要慌张,请传短讯给律师团队求助。
将被捕者的姓名、身份证号码、被捕地点及被扣押的警局资料通过手机传送短讯到热线。
Nama 姓名:______________________________
No IC 身份证号码:_________________________
Lokasi ditahan被捕地点:____________________
Lokasi Balai Polis yg dibawa 被扣留的警察局:___
Hotline PEGUAM 法律支援热线电话:
0198013149 , 0173608240.
-------------------------------------------
Ingat!!! Anda berhak berdiam diri sebaik sahaja anda ditangkap. Semasa anda disoal siasat, anda perlu berani untuk minta bertemu peguam dan anda tidak perlu menjawab semua soalan. Anda hanya perlu jawab, 'Saya ingin jawab di Mahkamah' untuk semua soalan.
Kita Perlu Berani Untuk Tegakkan Hak Kita.
Tolong sebarkan..
如果被警方扣留,您有权利保持沉默,请坚持一定要见您的代表律师。对警方的所有盘问,您只需回答:"我想在法庭作答 Saya ingin jawab di Mahkamah" .
请传。 谢谢。


Mana gambar NAJIB...??.Ohh...Najib dah kena boikot dgn geng nya sendiri...kiki

Zaid: Najib tak ubah seperti maharaja

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memangpun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

“Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapapun,” kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.

“Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu ditanya sebabnya.

“Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.

“(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).

“Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu,” tambahnya.

Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.

“Beliau juga nampaknya tidak segan bila syarikat kerajaan ini terpaksa minta sedekah baru-baru ini untuk mendapatkan RM2 bilion bagi membayar faedah kepada bank.

"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja,” kata Zaid.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena