Tuesday 21 April 2015

Selepas Muhyiddin, Shafie Apdal sertai Mahathir pulak...Eh eh! Dalam diam Najib dah sampai Kazakhstan? Hmmm...

Selasa, 22 April 2015

Shafie Apdal Sertai Mahathir Beri Tekanan Kepada Najib

Najib harus jawab Dr Mahathir, kata naib presiden Umno

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan menegakkan kebenaran, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Putrajaya dan parti Melayu itu menjawab persoalan yang dilontarkan bekas perdana menteri itu dengan terperinci.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu yakin penjelasan demikian akan turut meyakinkan rakyat di samping Dr Mahathir sendiri, sekaligus dilihat memberikan tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Shafie yang merupakan pemimpin Umno Sabah turut menolak kenyataan Najib yang mendakwa Dr Mahathir mengkritiknya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan membatalkan pembinaan jambatan bengkok dari Johor ke Singapura.

"Beliau bertanyakan banyak soalan yang memerlukan penjelasan, jadi amat penting bagi kita menjelaskan dengan terperinci, saya percaya bukan sebab jambatan bengkok," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini

"Ini penting supaya apabila penjelasan dapat dilakukan, kita dapat meyakinkan bukan hanya Tun Mahathir, tetapi juga rakyat.

"Di samping kita menunggu ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai maklumat contohnya Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan terperinci berhubung isu yang dilontarkan," katanya dalam satu sidang media pada program Pemuda Umno di Ipoh, semalam.

Kenyataan Shafie senada dengan Muhyiddin yang berpandangan Dr Mahathir sentiasa "menyatakan perkara yang benar" apabila bercakap.

Kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat pada satu forum jenayah perang di ibu kota semalam bagaimanapun tidak memperincikan sama ada ia merujuk sikap Dr Mahathir terhadap perang, atau merujuk kepada siri kritikannya kepada Najib.

Dr Mahathir sebelum ini turut meminta Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri bagi menyelematkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir turut membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.
– tmi
BLM.

Eh? Dalam diam Najib dah sampai Kazakhstan?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.

Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Usaha untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini lapor Free Malaysia Today

Majlis resepsi perkahwinan anak Najib iaitu Nooryana Najwa dengan pemuda dari Kazakhstan Daniyar Kessikbayev telah diadakan pada 28 Mac 2015 di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Kemudian Najib tiba-tiba hilang dari persada berita negara kita..

18hb April Najib dilaporkan berada di Kazakhstan bertemu dengan Presiden Kazakstan pula..

Hmmm...

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena