Wednesday, 29 April 2015

Saham FGV merudum...Peneroka & Koperasi Permodalan Felda rugi besar!

Khamis, 30 April 2015

2 BEKAS PEGAWAI KANAN FELDA TAMPIL ATAS PENTAS ANAK DI PRK ROMPIN



 Dua bekas pegawai kanan FELDA tampil ke pentas PAS dan ANAK di Keratong 4.

1. Dato Sarchu Sawal. Bekas CEO KPF (Koperasi Permodalan FELDA Bhd). Anak Melayu yang mendapat kelulusan degree ekonomi UM dan Master (Finance) Belgium pada tahun 1977. Berkhidmat dengan FELDA selama 38 tahun sebelum diberhentikan oleh Isa Samad pada tahun 2013. Dato Sarchu merupakan 2 tokoh besar FELDA yang menentang penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. 
Seorang lagi Dato Zulkefli Abdul Wahab (Pengurus Besar FELDA). Kedua duanya dibrrhentikan terus daripada FELDA dan Dato Sarchu telah dianiaya dengan pelbagai dakwaan yang tidak terbukti sehingga hari ini di mahkamah

 2. Hj Mohd Ghani Mahmood. Bekas CEO Felda Plantaion dan Senior Vice President Felda Global Vantures (FGV). Berkhidmat dengan FELDA selama hampir 40 tahun.

Turut bersama mereka semalam ialah bekas CEO Felda Plantation juga yang menyertai PAS sebelum pilihanraya 2013 yang lalu. Beliau ialah Mohd Said Jonid. Hari ini komited bersama dengan Persatuan ANAK ANAK Peneroka Felda menjelajah ke kawasan FELDA untuk menjelaskan kepincangan FELDA yang perlu diselamatkan.


Ini perkembangan cukup positif. Sejak awal perjuangan ANAK untuk memastikan hak, kebajikan dan keadilan untuk peneroka FELDA dan keluarga mereka dikembalikan, ANAK dilihat bersendirian. Apabila kita menolak penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, ANAK dituduh dengki kepada kemajuan atau kehidupan baru serba kaya dan durian runtuh yang bakal dinikmati peneroka FELDA. Namun hari ini semua pakat merasai keperitannya apabila terpaksa berhutang di atas saham FGV yang merosot teruk yang dipaksakan kepada mereka untuk membelinya.

Sepanjang penyenaraian ini, dua Pengarah Besar FELDA diberhentikan kerana tidak sependapat dengan Isa Samad yang rakus iaitu Dato Zulkefli Abdul Wahab dan Faizul Ahmad (terkini) dan hari ini semakin ramai bekas pegawai kanan FELDA tampil menyatakan penentangan. Mereka berkhidmat dengan FELDA 20 hingga 40 tahun dan pastinya mereka lebih tahu selok belok FELDA, sebab itu mereka tentang. Tetapi Isa Samad hanya dilantik beberapa tahun ini untuk pengerusikan FELDA dalam keadaan rekod buruk beliau yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin UMNO sebagai perasuah yang merasuah perwakilan untuk menang pemilihan Naib Presiden UMNO.

Alhamdulillah hari ini sebaris dengan ANAK ialah bekas pegawai pegawai kanan FELDA yang berjawatan besar telah menzahirkan penentangan mereka terhadap salah urus FELDA yang merugikan peneroka, warganya dan negara. Maka tidak ada sebab untuk peneroka, generasi kedua dan ketiga serta kakitangan FELDA untuk tidak bersama perjuangan kami. Ayuh sertai bersama.

Oleh > Nasaie Ismail 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena