Tuesday 28 May 2013

Video: Aik Stadium Bolasepak Pulak Yang Merusuh! Kecoh..Kecoh..Kecoh....

Rabu, 29 Mei 2013
FIFA RANKING FIFA BOLA SEPAK MALAYSIA TURUN LAGI KE 162 DUNIA
ranking fifa RANKING FIFA BOLA SEPAK MALAYSIA TURUN LAGI KE 162 DUNIA
Pahang vs Johor DT Dibatalkan Rusuhan Penonton 28-05-13

Nilaikan sendiri penyokong JDT di SDM
Penyokong JDT di baling objek oleh penyokong Pahang 28/5/2013





Read More

NGO Umno Boikot 'Barangan Pakatan Rakyat'

Rabu, 29 Mei 2013

NGO Umno Boikot 'Barangan Pakatan Rakyat'
Sekumpulan NGO Islam menjelaskan, mereka menjalankan kempen boikot ke atas produk yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat pro-Pakatan Rakyat sebagai reaksi balas ke atas kempen kumpulan penggiat media sosial digelar 'Red Bean Army'.
PANGLIMA LUDAH KAT SEBELAH BELIAU TU !
Mat Indera Sipejuang
Setiausaha eksekutif diketuai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, yang mengetuai kumpulan NGO tersebut mendakwa, kumpulan 'Red Bean Army' memulakan kempen "fitnah" tersebut sejak tahun 2011 lagi.
"Antara fitnah-fitnah yang ditohmahkan, kata (bahawa) kita akan rosakkan ekonomi, perbuatan kita ekstrim dan macam-macam.

"Tapi saya nak kongsi di sini, sebenarnya yang kita buat pada 2013. Saya rasa ini pun sebahagian daripada Red Army. Red Bean Army yang mula bergerak daripada 2011 secara terancang," katanya dalam satu sidang media.

Beliau mendakwa 'Red Bean Army' itu mula kempen secara dalam talian pada 2011 dengan menyeru memboikot satu jenama roti.
"Mereka kata boikot Gardenia kerana ia adalah (jenama yang dikaitkan dengan) Umno, ini dikaitkan dengan politik, tapi saya pun tak tahu sejak bila Gardenia jadi jenama Umno.

"Dia nak merosakkan atau memburukkan, nak jatuhkan umno," katanya.

Kumpulan Red Bean Army, didakwa dianggotai 200 cybertrooper yang didakwa diupah oleh DAP sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu.

Ia mendapat liputan meluas dalam akhbar Utusan Malaysia dan News Straits Times. DAP menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan ia hanyalah khayalan Utusan.
Bloglist Malaysia.
Red Bean Army cerita dongeng moden – Kit Siang


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Zahid telah mengarahkan agar polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia untuk menangani fitnah siber.

“Saya cukup berharap polis, SKMM dan CyberSecurity dapat mencari dalang dan membersihkan racun perkauman yang disebarkan oleh cybertrooper Umno BN dalam internet ketika PRU13, terutamanya yang melibatkan saya dan DAP, yang ditohmah sebagai pencetus rusuhan kaum Mei 13 pada 1969, dan segala penipuan bahawa saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu,” kata Lim.

Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai dana yang disebut dan tidak pernah membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper.

“Tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) duit awam untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudkan pasukan cybertrooper berjumlah 10,000 orang PRU13.
"Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini 'Belachan Army', 'Ikan Bakar Army' atay 'Cincin Army'?" sindir Lim.
Harakahdaily.

Red Bean Army serang kerajaan

KUALA LUMPUR 27 Mei - Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

"Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.

"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.

Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: "Negara ini bukan milik bapak kau!!!".

Mengulas lanjut 'tangan-tangan' jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: "Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara".

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130528
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Read More

Tian Chua, Tamrin & Haris MAKAN NASI BUNGKUS di Balai Polis Dang Wangi

Rabu, 29 Mei 2013
[GAMBAR TERKINI]
Sdr. Tamrin dan Sdr.Haris di Balai Polis Dang Wangi
Polis sedang mngambil statment YB Tian chua

Suasana di hadapan IPD Dang wangi.

Semua yang ditahan (Tamrin, Haris & Safwan TELAH dibebaskan dengan police bail. Esok didakwa di mahkamah. Tian Chua masih diambil statement

Tian Chua juga telah dibebaskan sekitar jam 1.15 pagi. 29 Mei 2013 setelah selesai diambil kenyataan. Beliau juga akan didakwa di mahkamah esok

Kerajaan Minoriti Haram terus mengganas... Tamrin & Haris diberkas semula!!
Selasa, 28 Mei 2013

Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepadaMalaysiakini ketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.

"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.
"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya.
Posted by Kedah La at 10:42 PM
Read More

Monday 27 May 2013

Tuntutan Perkasa: 60 peratus ekuiti Bumiputera & kuota universiti awam...

Selasa. 28 Mei 2013

Perkasa tuntut 60 peratus ekuiti Bumiputera, kuota universiti awam

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Perkasa akan mendesak untuk mendapatkan 60 peratus sasaran ekuiti Bumiputera dan kuota untuk kemasukkan di universiti tempatan, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kata pemangku presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar.

Abd Rahman mengatakan, Barisan Nasional (BN) telah mendapat peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei, menyatakan Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.

“Kita tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” kata Abd Rahman (gambar) dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, membangkitkan Bumiputera adalah 67 peratus daripada populasi.

“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu,” tambah timbalan presiden Perkasa, merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.

Abd Rahman walau bagaimanapun, mengatakan Cina sebagai tidak menghargai kerajaan dengan menolak BN dalam pilihan raya umum ke 13, walaupun analisis awal menunjukkan kelas menengah dan pengundi bandar telah menyokong Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengira kaum.

“Jangan mencurah air di daun keladi,” katanya memetik pepatah Melayu merujuk kepada “pembaziran” usaha kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina.

Tuntutan Perkasa meningkatkan kuota kaum akan menyebabkan kesukaran usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan reformasi dan menamatkan polisi berdasarkan kaum bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

***********************
Pakatan Rakyat
Foto terbaik malam Himpunan Blacout 505 di Amcorp Mall... Peserta berbangsa Cina memayungi seorang Pakcik berbangsa Melayu yang sudah berumur dalam hujan renyai sepanjang Program berlangsung... -kredit foto: Topeng Perak Unmasked

Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar & blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Posted By Greenboc


Posted By Greenboc

***********************
Malaysia baru-baru ini merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 4.1 peratus dalam suku pertama tahun ini, pertumbuhan paling rendah semenjak suku ketiga pada 2009, lebih rendah berbanding 5.5 peratus disasarkan oleh ahli ekonomi.

Apabila Najib mula-mula mengambil alih kuasa pada 2009, beliau mengumumkan pelan reformasi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan ketelusan dan menamatkan polisi afirmatif pro-Bumiputera.

Akan tetapi impian Najib telah ditolak untuk kumpulan hak asasi Melayu dan golongan konservatif dalam Umno. Beliau masih lagi belum berani dengan langkah besar untuk menamatkan hak keistimewaan berasaskan etnik — dilihat memberikan manfaat kepada elit Melayu berbanding majoriti yang miskin.

Abd Rahman juga mengatakan syarikat Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan dalam projek mega kerajaan dan mendesak agar Kementerian Pembangunan Usahawan perlu dihidupkan semula untuk membantu peniaga Melayu.

Beliau menambah universiti awam seharusnya menyediakan 60 peratus kuota kemasukan untuk Melayu dan Bumiputera lain.

Abd Rahman juga mengatakan kerajaan seharusnya berhenti memberikan dana atau tanah untuk sekolah Cina dan Tamil, selain mengurangkan kemasukkan mereka ke universiti awam dan biasiswa kerajaan untuk pelajar dari sekolah kebangsaan.

“Kita juga mahukan pelajar Melayu dan Bumiputera diberikan biasiswa penuh,” katanya.

“Kerajaan harus pertimbangkan untuk meneruskan Sekolah Wawasan… mereka mempromosikan perpaduan,” tambah timbalan presiden Perkasa itu.

Abd Rahman juga meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menukar pinjaman mereka kepada biasiswa bagi pelajar Bumiputera yang mendapat gred 2.5 keatas dalam ijazah mereka.

Abd Rahman menegaskan beliau bukan “rasis”, mengatakan Perkasa hanya memperjuangkan hak Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kumpulan lobi Melayu itu dinaungi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mempunyai 407,000 ahli di seluruh Malaysia.

Abd Rahman mengatakan Perkasa mensasarkan untuk meningkatkan keahlian mereka kepada sejuta orang akhir tahun ini selepas pemilihan Perkasa pada September.

“Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan di negara ini,” katanya.
Gambar hiasan: Artis melayu
Pontianak versi Melayu
Read More

MB: Persetujuan Sultan Selangor melantik 10 ahli MMKN - Nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu

Selasa. 28 Mei 2013
PAS mempunyai empat wakil dalam Exco Selangor , tiga PKR dan tiga DAP.
Dr Rani Dan Azmin Tiada Dalam Senarai Exco Selangor ???
SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis,  jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.

"Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas segala pandangan dan nasihat baginda demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," kata Khalid.

Harakahdaily difahamkan, PAS akan mempunyai empat wakil dalam MMKN itu, tiga PKR dan tiga DAP.

Sehingga kini, menurut maklumatnya,  ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.

Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula tidak layak kerana bukan Adun. Beliau hanya bertanding Parlimen Seputeh dalam PRU 13.

Dua anggota Exco lama dari PAS dijangka akan dikekalkan manakala dua exco baru akan mengangkat sumpah Khamis ini.

DAP sebagaimana sessi lepas akan mendapat kerusi Speaker manakala PKR mendapat kerusi MB.

PAS dikatakan akan mendapat empat kerusi Exco untuk membolehkan nisbah 6:4 antara Exco Melayu dan bukan Melayu dilaksanakan dalam barisan Exco kali ini.
Harakahdaily/TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Read More

Harga Kereta Tak Turun?: Nampaknya Rakyat Tertipu Lagi!

Selasa, 28 Mei 2013
Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?
Manifeto Ciplak


Turunkan Harga Kereta



Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..

Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI

Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..

Hari ini firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton..

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.

"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.

Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.

Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.

"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.

JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.

"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).

"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama 

Kesimpulan dari hasil penyelidikan  JF Apex ini ialah.. masa yang lebih lama diperlukan untuk menurunkan harga kereta..

Lebih lama itu mungkin empat tahun lagi atau lebih iaitu ketika menghampiri PRU14 nanti..

Selain itu untuk mengelakkan Proton dan Perodua yang dikuasai kroni UMNO/BN terkorban dengan penurunan cukai kereta itu adalah lebih baik rakyat diperah untuk membayar cukai itu..

Ini kerana..'Melayu mudah lupa....' bila tiba PRU14 nanti ramai yang dah lupa manifesto UMNO/BN ini terutama sekali macai-macai UMNO..

Kalau nak mencekik rakyat dengan GST mereka kata kita perlu mencontohi negara maju untuk turut maju.. tapi pasal apa harga kereta ni tak boleh diikut apa yang negara maju amalkan?

Tak cukupkah lagi 27 tahun Proton dilindungi oleh Kerajaan?
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, May 28, 2013 



Harga Kerata: Nampaknya Rakyat Pasti Tertipu Lagi !
[Kerajaan BN mungkin berhadapan dengan kemarahan rakyat jika janji untuk turunkan harga kereta tidak ditunaikan selepas mereka menang Pilihanraya Umum yang lalu. Selaras dengan motto "Janji Di Tepati" yang dilaung-laungkan menjelang PRU-13 itu, Kerajaan telah berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus. Namun, melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh  JF Apex Securities bahawa kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton. Firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara. "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex. Malah, JF Apex juga berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan tertipu lagi kali ini. Apapun, nantikan penjelasan yang lebih lanjut dari menteri berkenaan]. #sumber

Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com

'Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017'
Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur hari ini.
-Bernama
Read More

Mat Sabu: Mari Ketawakan SPR! KAH!..KAH!..KAH! & Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Dihukum Penjara 4 Tahun...

Selasa, 28 Mei 2013
Mari Ketawakan SPR.. Kah!..Kah!..Kah!


Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Thailand Dihukum Penjara 4 Tahun
Tiga orang pesuruhjaya pilihanraya Thailand, yang dilihat sebagai sekutu rapat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yng menghadapi tentangan, telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana membenarkan calon yang tidak layak untuk bertanding di dalam pilihanraya parlimen negara itu pada April lepas. 

Ketiga-tiga pesuruhjaya teesebut telah didapati besalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundingan pusingan kedua pada April 23. Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Keputusan mahkamah tersebut merupakan satu tamparan kepada Thaksin kerana ketiga-tga pesuruhjaya pilihanraya berkenaan dikatakan sekutu rapatnya dan tindakan mereka dilihat sebagai menyebelahi perdana menteri berkenaan.

Mahkamah juga telah membatalkan hak mengundi bagi pesuruhjaya berkenaan dan menghalang apa-apa penglibatan politik selama 10 tahun.

“Pesuruhjaya Pilihanraya berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan tidak adil,” demikian mahkamah memberitahu. “Mereka didapati bersalah ... dan mahkamah memerintahkan mereka dipenjara empat tahun.”

Jika mahkamah membenarkan mereka diikatjamin, pesuruhjaya-pesuruhjaya berkenaan – Vasana Puemlarp, Prinya Nakchudtree dan Virachai Naewboonnien – masih dibenarkan menjalankan tugasnya. Tidak dapat dipastikan buat masa ini samada mahkmah bercadang untuk membenarkan mereka diikatjamin.

Prinya berkata beliau dan lain-lain defenden akan merayu terhadap hukuman tersebut. 

“Saya berharap mahkamah akan bermurah-hati membenarkan kami diikatjamin,” tambahnya. 

Beliau berkata mereka akan kekal sebagai pesuruhjaya, dan akan tewas jika Mahkamah Tertinggi juga mendapati mereka bersalah. 

“Kami akan teruskan kerja kami hinnga minit terakhir,” kata Prinya . “Saya tekankan bahawa kami belum bersalah... saya akan merayu simpati awam. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Ketua parti pembangkang Thavorn Seniem, yang memfailkan tindakan undang-undang ke atas pesuruhjaya berkenaan, membantah supaya pesuruhjaya berkenaan dibenarkan ikatjamin.

“Mereka telah memperolehi kesan dari apa yang mereka lakukan... Jika mereka dibenarkan berada di luar penjara dan menyambung tugas mereka , mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan,” kata Thavor. 

Thaksin membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya pada 2 April , tiga tahun lebih awal dari tempohnya dalam usaha untuk menyekat gerakan protes rakyat yang menuntut perletakan jawatannya kerana rasuah dan penyalahgunaankuasa. 

Partinya menang setelah ketiga-tiga parti pembangkang memboikot pilihanraya dan berjuta rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap perdana menteri tersebut. 

Pemboikotan dan protes berkenaan bermakna di dalam beberapa kawasan, pemenangnya tidak dapat ditentukan kerana ia gaga untuk mendapatkan bahagian minimum bilangan pengundi yang duitetapkan oleh undanh-undang. Keputusan tersebut telah menyebabkan parlimen gagal untuk bersidang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memanggil pengundian yang baru pada 23 April, dimana menyaksikan parti Rak Thai yang diketuai Thaksin menang. 

Mahkamah Tertinggi Thailand telah membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan dan memutuskan Pesuruhjaya pilihanraya meletakkan jawatannya supaya pesuruhjaya yang baruy dilantik bagi memastikan pilihanraya yang adil dapat disempurnakan pada 15 Oktober. -brne.ws/terjemahan bebas:GB

Ulasan GB
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Yang bersalah tetap akan terima padahnya.

Kes di atas berlaku semasa Thaksin menjadi perdana menteri di Thailand sekitar tahun 2006. 

Seperti ia bakal berlaku di negara kita juga malah di Malaysia kesalahan Suruhanjaya Pilihanraya lebih dasyat lagi, dakwat tak kekal, pengundi hantu, padam lampu, proses kiraan meragukan, peti undi ditemui di belukar dan berbagai-bagai kesalahan lain lagi yang telah dikesan.

Jka Mahkamah Thailand telah menjatuhkan hukuman ke atas pesuruhjaya pilihanraya negara tersebut, kita berharap keputusan yang sama nanti berlaku di negara kita. Biar terkencet ketiga-ketiga, pesuruhjaya, timbalan dan setiausaha membacanya dan boleh buat persediaan untuk tinggal di penjara.

Selepas itu, barulah PM Malaysia terima nasibnya sama seperti bekas PM Thailand yang bernama Thaksin itu.

Dah banyak kali GB pesan, jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu. Islam menyebutnya sebagai "sunnatullah" dan Allah menyatakan kamu tidak dapat melihat perubahan pada sunatullah itu!

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. - Al-Ahzab 62

Yang bersalah PASTI akan terima hukumanNya, tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.
Posted By Greenboc
Read More

Anwar: Ribuan laporan setakat ini terhadap pertikaian dakwat kekal & Anwar sasar 100,000 laporan polis dakwat tanggal...

Isnin, 27 Mei 2013
Orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 27, 2013
PETALING JAYA, 27 Mei — Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, .

Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

“Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi,” kata Anwar dalam sidang media disini.


Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.

“Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah.

PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei.
Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan “Tribunal Rakyat”, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.

Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat  112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.

Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.

Pembangkang PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.

PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan  majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.

Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil  dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap  sistem pilihan raya di Malaysia.
MALAYSIAN INSIDER


Anwar sasar 100,000 laporan polis isu dakwat tanggal


PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat laporan polis mengenai penggunaan dakwat kekal esok dan mengganggarkan lebih 100 ribu laporan akan dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia mulai esok dan Isnin ini.
Beliau yang berucap pada himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur (Amcorp Mall) di hadapan lebih 80 ribu penyokong malam tadi berkata, akan terus bersama rakyat untuk menuntut hak yang telah dicuri melalui undi.
“Saya akan membuat laporan polis esok mengenai penipuan dakwat kekal dan berharap agar seluruh rakyat tampil membuat laporan yang sama demi mengambalikan undi kita yang telah dicuri.
Harakahdaily.
Read More

Anwar Ibrahim & Wan Azizah Wan Ismail Telah Membuat Laporan Polis Sebentar Tadi Berhubung Dakwat Tidak Kekal. Anda Bila Lagi?...

Isnin, 27 Mei 2013
Anwar Ibrahim & Wan Azizah Wan Ismail Telah Membuat Laporan Polis 
Tempoh Anda Buat Laporan Polis Berakhir Hari Ini... Simpan Salinan Report Polis Dan Hantar Ke Pejabat Parti Cawangan Masing-Masing Untuk Dikumpulkan Oleh Pihak Pakatan Rakyat Untuk Dibawa Ke Mahkamah Bagi Mencabar SPR..

FB Anwar/Sedakasejahtera.com
SEDAKASEJAHTERA.COM
SUMBER FB ANWAR IBRAHIM
Anwar Ibrahim
Laporan Polis Terhadap Penipuan Proses Pilihan Raya Umum ke-13 (3 photos)
Photo: Bersama Dr. Wan Azizah membuat laporan polis berhubung penipuan proses pilihan raya menerusi penggunaan dakwat hitam yang tidak kekal di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya.
Photo
Photo
Tan Lean Seng Malam ini I pergi report. Lawan TETAP!
61 · about an hour ago
11 Replies
Chibi Maruko dorng de kuasa ... polis pun taleh watpe...yg salah tetap benar... insyaAllah setiap kebenaran pasti akn menang.. kami tetap menyokong Anwar Ibrahim
Photo
Photo: This evening Malaysians once again showed we are united in peace and will stand for our rights, together. (FYI not the firefly park in kuala selangor)
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena