Friday 24 May 2013

Tanpa "CIMB", undi popular BN mungkin hanya 30% - Zunar

Sabtu, 25 Mei 2013
"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat menolak 'CIMB'.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'.

"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan 'CIMB' ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.

Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.

"BN sedang menghadapi barah tahap keempat dimana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan," katanya.
Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN.
"Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia.

"Kita banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak kita akan gulingkan kerajaan BN," katanya yang sekali lagi membuatkan para perwakilan ketawa.aily.
Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena